Sekeluarga Terkejut Bumbung & Siling Bilik Hotel Tiba-Tiba Runtuh Ketika Tidur

Sedang enak tidur tiba-tiba bumbung & siling bilik hotel ini boleh runtuh! Dua tetamu tercedera. Ibu bapa harus amalkan 9 langkah keselamatan penting ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bumbung dan siling bilik hotel runtuh

Alangkah terkejutnya sebuah keluarga pada pukul 4 pagi 10 Oktober lalu apabila bumbung dan siling bilik hotel mereka tiba-tiba runtuh!

Yang lebih malang, mereka ketika itu sedang tidur nyenyak!

Bilik hotel di sebuah resort Port Dickson itu didiami oleh sebuah keluarga dengan seorang anak kecil. 

Mereka dikatakan menginap di hotel Avillion Hotel pada tingkat 7.

Kredit: Bernama

2 orang dewasa telah tercedera ringan akibat insiden kejadian, manakala kanak-kanak kecil terbabit tidak mengalami sebarang luka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketua stesen pasukan Kebakaran dan Penyelamat, Razif Mohd Haris berkata – pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.22 pagi.

Mereka pantas membawa 8 anggota bomba dan pasukan dari Perkhidmatan Perubatan Kecemasan ke tempat kejadian.

Semua mangsa kini sedang dirawat di Hospital Port Dickson.

Letupan pemanas air mungkin adalah punca

Menurut laporan NST, pengarah jabatan bomba – Norazam Khamis dipetik mengatakan punca kejadian mungkin adalah akibat letupan pemanas air di dalam bilik mandi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, siasatan masih giat dijalankan, dan pihak berkuasa tidak menafikan cuaca yang buruk juga mungkin adalah faktor penyumbang.

Pihak hotel tersebut telah mengeluarkan kenyataan maaf di Facebook mereka, sambil menegaskan keselamatan para tetamu di hotel itu adalah keutamaan mereka.

Mangsa kejadian telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Port Dickson.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka kini telah kembali ke resort itu untuk berehat sambil dilayan kakitangan resort yang memberi sokongan sepenuhnya.

Pihak pengurusan hotel kini telah menutup seluruh blok tempat kejadian buat sementara waktu.

Malah, semua tetamu yang berada di blok terbabit telah dipindahkan ke blok lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Langkah keselamatan ketika di hotel dengan anak kecil

Kejadian seperti ini benar-benar mampu merunsingkan ibu bapa dengan anak kecil. 

Mungkin keluarga ini bertuah kerana tidak mengalami kecederaan parah akibat bumbung dan siling bilik hotel mereka runtuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, bagaimana jika kejadian seperti ini berulang kembali?

Sebab itu ibu bapa harus mengamalkan beberapa langkah keselamatan ini ketika berada dalam bilik hotel bagi mengelak sebarang kecelakaan.

Antaranya adalah:

  • Periksa jalan keluar atau prosedur jika berlaku kebakaran di hotel. 
  • Periksa semua tirai atau bidai dalam bilik hotel yang mungkin ada kord bahaya
  • Periksa peralatan elektrik, perabot dengan bucu yang tajam, atau peralatan yang longgar dan rosak
  • Tanya pihak hotel jika ada bilik/kit yang mesra kanak-kanak
  • Alihkan semua perabot jauh dari tingkap
  • Jangan benarkan kanak-kanak ke balkoni tanpa pengawasan
  • Letak sabun, syampu, plastik beg dan mancis jauh dari kanak-kanak
  • Pastikan kanak-kanak tak dapat mencapai gelas, heater dan sebagainya di kaunter minuman
  • Periksa pemanas air dan berapa panas air sebelum anda/anak mandi.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit pengetahuan dan pengajaran buat anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: The Straits Times, Avillion Hotel dan Hotel Fun 4 Kids

Kredit gambar: Bernama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkara-yang-anda-tidak-patut-sentuh-dalam-bilik-hotel-anda/

 

Penulis

Ayu Idris