Pemakaian Korset Moden Untuk Ibu Yang Selepas Bersalin, Agar Kembali Ramping

Ada juga ibu biarpun sudah lama bersalin tetapi masih lagi ada masalah buncit perut, dan ini sebenarnya membuatkan mereka sedih. Usah risau, kami ada tips!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengandung dan seterusnya melahirkan bayi adalah satu proses yang sangat indah buat seorang ibu. Perut ibu yang mengandung biasanya akan membesar bermula dari trimester pertama sehinggalah trimester ketiga. Namun tidak dinafikan ada juga ibu biarpun sudah lama bersalin tetapi masih lagi berhadapan dengan masalah buncit perut.

Pastinya ibu ini akan berasa stress dan kurang keyakinan dalam diri. Ini kerana setiap ibu yang selepas bersalin memang sentiasa ingin kembali kepada pinggang mereka yang ramping.

Simpton perut buncit ini dikenali sebagai ““Diastasis Recti”. Diastasis Recti ini adalah situasi di mana ada lebihan di bahagian kanan dan kiri perut. Biasanya untuk ibu yang melahirkan anak, masalah buncit akan hilang atau berkurang setelah mencecah 6 bulan.

Walau bagaimanapun terdapat juga yang fizikal kekal sama seperti ketika mengandung awal bulan dan kelihatan buncit di bahagian perut. Keadaan ini sering terjadi untuk wanita yang melahirkan anak lebih daripada usia 35 tahun ataupun wanita yang yang sudah melalui proses bersalin beberapa kali.

Cara Mengatasi Masalah Buncit Perut

Ada beberapa cara yang telah disyorkan bagi mengatasi masalah buncit ini. Antara yang anda boleh cuba dan amalkan dalam kehidupan seharian termasuk:-

1# Cara atasi buncit perut: Kurang pengambilan makanan berlemak

Makanan berlemak bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan bahkan memberi kesan terhadap penampilan. Potongan badan menjadi melebar terutama di bahagian peha dan perut.

2# Cara atasi buncit perut: Jadikan bersenam sebagai aktiviti rutin

Bersenam bukan sahaja dapat meningkatkan metabolisma bahkan membantu penurunan berat badan. Terdapat juga senaman khas yang dapat membantu mengempiskan perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3# Cara atasi buncit perut: Memakai bengkung atau korset

Alternatif yang boleh kita gunakan bagi mendapatkan potongan badan yang cantik terutama di bahagian pinggang adalah dengan memakai korset.

Baca juga: 7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

Apa itu Korset Moden?

Kredit: instyle.com

Korset adalah seperti bengkung moden tetapi didatangkan dalam versi yang mudah digunakan. Jika dilihat pada bengkung ianya merupakan kain yang dililit kemas dari bahagian abdomen badan sehingga pinggul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Korset menggunakan cangkuk jadi cara pemakaiannya lebih mudah dan sangat praktikal. Manakala pemakaian bengkung tradisional adakalanya kita memerlukan bantuan orang lain untuk memakainya.

Namun untuk korset moden, ia lebih mudah malah cara pakaian atau menanggalkannya juga boleh dilakukan sendiri. 

Siapa yang boleh guna korset?

Korset sesuai untuk kegunaan semua orang terutama pada mereka yang inginkan postur badan yang cantik di bahagian perut dan pinggang. Dan sebenarnya pemakaian korset sangat digalakkan terutama buat mereka yang selepas melahirkan anak. Merujuk artikel di Parenting First Cry;

Bagi ibu yang melalui proses bersalin secara normal, boleh mula menggunakan korset setidaknya satu hari setelah waktu melahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bagi ibu yang melalui prosed bersalin secara caesar atau C-section, boleh menggunakan korset setelah luka jahitan benar-benar sembuh dan kering. Sebenarnya bagus untuk ibu yang menjalani pembedahan memakai korset kerana dapat mengurangkan rasa ngilu dibahagian luka jika bergerak banyak. Ini juga perlu mendapat nasihat daripada doctor (bergantung kepada jenis luka yang dialami).

Tidak hairanlah jika dilihat pada korset moden hari ini kebanyakanya direka khas bagi memenuhi keperluan mereka yang bersalin nomal mahupun caesarean.

Kepentingan penggunaan korset

Kredit: Freepik

Seperti yang diketahui pemakainan korset moden secara konsisten dapat mengembalikan bentuk badan idaman dan juga dapat memperbaiki kesihatan dalaman. 

Antara kebaikan memakai korset moden adalah seperti:-

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1# Membantu mengempiskan perut dengan lebih cepat

Melalui pemakaian korset dapat membantu kita untuk kempiskan perut dengan lebih pantas. Apatah lagi dilakukan secara konsisten, setiap hari tanpa culas nescaya kita akan dapat mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.

2# Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot agar kembali tegang selepas bersalin

Selepas bersalin antara kesan fizikal ketara yang kita akan dapat lihat adalah kulit badan menggeleber terutama di bahagian perut. Ini disebabkan oleh tisu yang menjadi perantara sebagai penyambung otot-otot perut terpisah disebabkan proses mengandung dan ianya tertarik ke bahagian tepi abdomen.

Jadinya melalui pemakaian korset dapat membantu wanita yang mengalami masalah ini untuk menguatkan kembali otot-otot mereka yang tegang. Dan kembali kepada bentuk asal, tidak menggeleber di bahagian tepi pinggang. 

3# Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik

Penggunaan korset yang sesuai selepas bersalin dapat menyokong masalah tulang belakang terutamanya buat mereka yang memang mengalami masalah ini. Selain itu ianya juga dapat memberi sokongan serta menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

4# Menyengkak peranakan daripada turun atau jatuh

Sebenarnya, ini antara yang paling ditakuti oleh setiap wanita yang selepas bersalin. Pesanan orang tua-tua, ibu yang lepas bersalin bukan sahaja perlu berjalan perlahan-lahan bahkan memang disuruh memakai bengkung. Ataupun zaman sekarang kita ada alternatif memakai korset moden. Ini bagi menjaga kawasan peranakan atau lebih dikenali sebagai rahim agar sentiasa disokong oleh otot jaringan dan ligamen. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini memandangkan semasa proses melahirkan anak akan menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah dan adakalanya ianya boleh jatuh. Pemakaian korset dapat  menguatkan kembali otot di bahagian rahim sekaligus dapat mengelakkan masalah peranakan turun.

5# Dapat menyusukan bayi dengan selesa

Salah satu ciri korset moden ialah ianya dapat memberikan rasa selesa kepada ibu terutama yang sedang menyusukan badan. Ini kerana rekaan korset hari ini memang mesra bayi. Selain daripada rekaan, material yang digunakan juga membuatkan ibu berasa selesa sepanjang hari.

Memperkenalkan Produk Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset

Produk Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset bukan sahaja hadir dalam dua warna pilihan yang menarik iaitu hitam dan juga nude. Untuk saiz pula ditawarkan saiz yang versatile iaitu dari Regular, Lightweight dan juga XXL. Jadi jangan risau bagi mereka yang berbadan besar masih juga boleh menggunakan Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset. Material yang digunakan sangat ringan sesuai untuk kegunaan harian dan juga aktiviti di luar rumah.

Ditawarkan pada harga antara RM57.90 sehingga RM67.90, sememangnya harga ini sangat berpatutan apatah lagi kualiti yang ditawarkan memang terbaik. Apa yang penting ianya didatangkan dengan ciri adjustable! Membolehkan kita memakai pada keadaan yang paling selesa.

Antara ciri-ciri Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset adalah seperti:-

  • Membantu melangsingkan bahagian perut dan pinggang.
  • Membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
  • Membantu mengetatkan dan memperkemaskan semula rahim yang mengembang semasa bersalin.
  • Didatangkan dengan Velcro dan ini memberi keselesaan ketika memakai korset.
  • Sesuai untuk penggunaan selepas bersalin.
  • Boleh juga digunakan oleh individu yang mengalami sakit belakang
  • Diperbuat daripada 65% polister, 35% gentian elastik

Pakai secara konsisten setiap hari untuk kesan yang lebih efektif efektif. Kita akan dapat lihat sendiri masalah perut buncit, sakit belakang dan pelbagai lagi boleh diatasi dengan menggunakan Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset. Perlu diingatkan bagi mengekalkan ketahanan dan kualiti korset, ianya hanya perlu dibersihkan melalui cucian tangan dan tidak digalakkan mencuci menggunakan mesin basuh.

Jom sihat dan cantik bersama Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset.  Untuk pembelian boleh dapatkan di Shopee

Baca juga: Ibu-Ibu Anda Perlukan Bra Menyusu Yang Bagus Untuk Memastikan Proses Menyusu Selesa

Penulis

Contributor