Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

Kenapa sanggup membunuh insan yang tak berdosa ini? Adakah ibu ini tak sedar itu darah dagingnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apalah salah anak hingga ada ibu sanggup nak bunuh darah daging sendiri? Ibu itu tak ingat ke kesakitan ketika beranak? Mana letaknya nilai tanggungjawab? Terkejut membaca berita menerusi media tempatan apa seorang ibu sanggup bunuh anak sebab hutang!

Buat hutang itu satu hal tapi yang libatkan anak itu kenapa pula? Tak pasal-pasal anak yang kena tanggung akibat kesilapan mak bapa sendiri. Bukannya mendera tapi terus bunuh! 

kredit: mid day.com

Bunuh anak sebab hutang – Wanita mengaku bersalah 

Menerusi petikan media tempatan, seorang wanita mengaku bersalah bunuh anak sebab hutang. Elena Karimova, 27, memberitahu, dia bercerai dengan suaminya beberapa bulan lalu dan sejak itu terpaksa menanggung hutang serta membesarkan anaknya seorang diri.

Akibat terlalu stres banyak benda nak kena urus, Elena bunuh anak sebab hutang yang perlu diselesaikan sendiri lantas tidak mampu kerana hutang itu terlalu banyak. Dia mengaku mencekik 2 anaknya hingga mati sebelum membakar mayat kanak-kanak itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia membunuh anak perempuannya bernama Khadizha dan anak lelakinya Suleiman di tempat duduk belakang keretanya di Barat Rusia.

Selepas itu, Elena membeli petrol di stesen minyak sebelum membawa kedua-dua mayat anaknya ke kawasan hutan untuk dibakar bagi menghilangkan bukti jenayah yang dilakukan.

Akibat takut dikecam bunuh anak sebab hutang, Elena membawa mayat anaknya yang sudah rentung pulang ke rumah dan keesokannya dibawa ke sebuah gudang untuk dibakar semula. 

Bunuh anak sebab hutang – bomba jumpa mayat kanak-kanak 

Keesokannya, bomba dipanggil kerana terdapat kebakaran yang terjadi secara tiba-tiba di gudang berkenaan. Pada mulanya, bomba mengingatkan ia bangkai anjing rentung tapi selepas menghampiri dengan lebih dekat, mereka mendapati itu adalah mayat kanak-kanak yang sudah dibakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya, polis berjaya menangkap Elena kerana kereta sewanya ditemui di tempat kejadian. 

Faktor berlakunya kes bunuh 

  • Tekanan hidup merupakan penyebab kepada berlakunya kes bunuh terhadap anak. 
  • Masalah kewangan juga menjadi punca ibu bapa bunuh anak kerana hutang keliling pinggang, tidak ada pekerjaan, dibuang kerja, kesempitang wang tabungan atau simpanan semakin kering.
  • Stres apabila anak tidak mahu mengikut kehendaknya atau tak mendengar cakap hingga sanggup membunuh darah daging sendiri.
  • Perceraian juga boleh jadi penyumbang berlakunya kes bunuh anak. 
  • Melahirkan anak luar nikah 
  • Dengki dengan pasangan sama ada suami atau isteri hingga anak jadi mangsa 
  • Tak ada pegangan agama dalam jiwa dan hati 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber:Hmetro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Sebab Yang Menakutkan Kenapa Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan