Gambar dari laman Facebook Ninja Joe
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan jenama Ninja Joe yang menamakan burger barunya sebagai P. Ramly burger yang menggunakan daging babi yang dipasarkan sejak 31 Ogos yang lalu.
Perkara ini mendapat kecaman daripada orang ramai khususnya umat Islam, memandangkan umat Islam di sini memandang serius berkenaan isu yang berkaitan halal haram di negara ini.
Berdasarkan pekerja di kedai makanan segera tersebut, P merujuk kepada daging babi = Pork manakala Ramly merupakan nama yang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Apabila namanya dicantumkan, ia merujuk kepada nama seniman negara iaitu P. Ramlee. Ramly juga merujuk kepada makanan sejuk beku halal keluaran bumiputera. Antara produknya yang terkenal di pasaran juga menjual burger daging lembu dan ayam.
Aduan orang awam mengatakan bahawa individu yang memiliki restoran makanan segera itu tidak patut menamakan dan memasarkan keluaran atau nama yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini.
Pengunjung Melayu Islam, Nur Hafeezah berkata dia nyaris terbeli 1 set burger tersebut kerana poster dan harga yang ditawarkan menarik.
Menurut Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan juga bersetuju perbuatan pemilik restoran itu amat mengelirukan orang ramai. Tindakan segera harus diambil oleh restoran yang tidak mematuhi akta Perlindungan Pengguna 1999 dan pihak berkuasa harus mengambil tindakan segera tentang ini.
Syarikat Pengilang makanan sejuk beku di negara ini yang mempunyai nama seakan-akan restoran ini juga telah membuat laporan tetapi tindakan susulan belum diambil. JAKIM telah mengambil inisiatif untuk mengkaji isu ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Orang ramai mula mengambil peduli isu nama makanan yang mengelirukan susulan isu Pretzel Dog oleh restauran franchais US ‘Auntie Annies’ belum pun reda.
Rencana dari Malay Mail dan Pen Merah