Dituduh Cari Publisiti Murahan Buat Photoshoot Di Kubur? Pemilik Butik Jelaskan Perkara Sebenar

Pemilik butik pengantin sangkal mencari publisiti murahan dan memohon maaf kepada orang ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelik. Itu saja perkataan yang boleh digambarkan kepada sebuah butik pengantin kerana telah mengundang kritikan ramai apabila mengambil gambar atau photoshoot di perkuburan agama Kristian, sedangkan masih banyak lagi tempat menarik yang boleh dilakukan.

Disebabkan mendapat banyak kecaman dari netizen, pemilik butik pengantin tersebut yang dikenali dengan nama Nur Amirah Mohd Amiruddin mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan gambar yang dimuat naik.

Beliau memberi respon kepada salah satu gambar seorang model wanita yang bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Selepas dimuat naik dalam Facebook, gambar tersebut mengundang kecaman dan kemarahan orang ramai kerana tidak bersetuju serta kurang senang dengan tindakan pemilik dan juga jurugambar yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam dan orang bukan Islam kerana ia dilakukan di kawasan perkuburan Kristian.

Pemilik butik pengantin tampil menjelaskan perkara sebenar

Nur Amirah menjelaskan perkara sebenar dan berkata gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook itu diambil pada Ahad lalu di kawasan perkuburan orang bukan Islam atau Kristian yang terletak di Batu Pahat, Johor.

Beliau menambah lagi, gambar tersebut diambil sebagai koleksi peribadi, namun kemudiannya dimuat naik di akaun Facebook miliknya bukan untuk mencari publisiti murahan. Beliau tidak menyangka ia akan menjadi viral. Bukan itu niat asalnya.

Malah, beliau sendiri yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi tersebut. Wanita yang bergambar itu pula bukannya pengantin, tetapi salah seorang model yang dipilih sendiri olehnya.

Katanya lagi kepada pemberita, lokasi perkuburan bukan Islam itu dipilih oleh kerana mahu mencari kelainan dan lari sedikit daripada kebiasaan yang selalu dilakukan untuk bergambar selain inspirasi dari luar negara.

Tiada niat mempermainkan agama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau turut menjelaskan, tujuan memuat naik gambar tersebut di Facebook juga adalah untuk suka-suka dan tidak berniat langsung untuk mempermainkan mana-mana agama tidak kira agama Islam atau bukan Islam.

Selain itu, Amirah turut menafikan gambar berkenaan diambil dengan tujuan pemasaran bagi perniagaan butik pengantin miliknya. Malah selepas tular pada pagi tadi, beliau terus deactivate akaun Facebook miliknya bagi meredakan kemarahan orang ramai.

Amirah turut menegaskan gambar berkenaan bukan untuk tujuan pemasaran semata-mata kerana beliau tidak akan menggunakan cara tersebut untuk melariskan perniagaan butik pengantin miliknya kerana perbuatan itu seakan memalukan diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun menerima kecaman hebat, namun beliau redha dan bersikap terbuka serta mengakui kesilapan yang berpunca daripada dirinya sendiri dan meminta orang ramai supaya tidak terus mengecam model tersebut secara berterusan.

Tolong hormat agama lain

Dalam masa yang sama, PU Amin turut memberi komen terhadap pemilik butik pengantin tersebut di mana beliau turut bertanyakan kepada rakan-rakannya yang bergama kristian tentang cara pakaian khas yang digunakan untuk ke kubur tanda menghormati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah mereka juga kecewa bila ada orang mengambil gambar sebegini rupa dan seolah-olah tidak menghormati agama lain. Sedangkan orang bukan Islam juga mempunyai adab dan cara apabila berada di kawasan perkuburan.

Beliau turut bertanya bagaimana jika agama lain berbuat sedemikian rupa kepada kawasan perkuburan Islam, tentu kita juga akan marah dan melenting juga, bukan?

Dengan insiden yang berlaku ini diharap para peniaga sekalian tidak kira dalam cabang atau bidang apa sekalipun agar tidak mempermainkan bab agama semata-mata untuk melariskan perniagaan.

Apapun, fikir dahulu baik dan buruknya kepada masyarakat. Kalau boleh minta pandangan daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Diharap tiada lagi butik pengantin atau perniagaan lain melakukan pengambaran di kawasan perkuburan supaya kita sentiasa menanam sikap hormat menghormati antara satu sma lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini memberi iktibar dan pengajaran untuk semua.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Oh Bulan , Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-meninggal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan