Buttonscarves Lancar Butik Keempat Di MyTOWN, Jom Shopping Tudung, Baju, Bag & Banyak Lagi!

Buttonscarves kini telah buka butik keempatnya di MyTOWN, bukan saja terdapat tudung, malah lengkap dengan baju, beg dan banyak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang diumumkan duta jenama Buttonscarves Malaysia Elfira Loy pada Disember lalu, Buttonscarves kini telah melancarkan butik keempatnya di Cheras.

Terletak di Pusat Beli-belah MyTOWN, butik Buttonscarves yang berkonsepkan hitam dan putih monokromatik mengambil alih ruang seluas 2,100 kaki persegi yang dipenuhi dengan pelbagai koleksi. Dari beg, kasut, pakaian dan tentunya pelbagai rangkaian tudung.

Buttonscarves Mendapat Sambutan Menggalakkan

“Melihat Buttonscarves mendapat sambutan begitu menggalakkan di Malaysia sememangnya satu pencapaian yang besar. Bagaimana kami sudah membuka kedai keempat kami? Rasanya seperti semalam kami merancang kedai pertama kami di Malaysia.

Kedua-dua team Malaysia dan Indonesia telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membantu Buttonscarves berkembang dan saya tidak sabar untuk menunjukkan projek lain yang kami sediakan untuk Malaysian BS Ladies jadi nantikan,” kata Linda Anggrea, pengasas Buttonscarves.

“Daripada mempunyai Elfira sebagai duta jenama pertama di Malaysia hingga kini membuka kedai keempat kami di Malaysia, ia benar-benar satu pengembaraan yang menarik untuk saya dan pasukan saya. Terdapat banyak projek sedang dalam perbincangan dan kami tidak sabar untuk berkongsi semua berita baik dengan BS Ladies,” kata Pengarah Negara Buttonscarves Malaysia, Sharifah Itasha Jamalullai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elfira Loy Duta Rasmi Buttonscarves

“Saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada perkembangan Buttonscarves di Malaysia dan walaupun ketika ini saya tiada, kasih sayang dan sokongan saya bersama pasukan. Saya tidak boleh bercakap banyak tentang apa yang berlaku di sebalik tabir tetapi pastikan sesuatu yang menarik akan datang,” luah Duta Jenama untuk Buttonscarves Malaysia, Elifra Loy.

Bagi meraikan pembukaan Buttonscarves di MyTOWN, satu acara pembukaan besar khas telah diadakan pada 27 Januari lepas dengan hadirin yang terdiri daripada rakan-rakan Buttonscarves daripada media, KOLs dan BS Ladies. Untuk menjadikan pengalaman pengunjung lebih manis, tetamu disajikan dengan dengan kopi lazat ihsan jenama kopi tempatan, Kopi Dua Darjat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemuncak acara itu ialah Sesi Penggayaan eksklusif bersama penggaya hijab selebriti Didiyana Ehsan dan perunding gaya Izrin Jupiterisma.

Buttonscarves juga memberikan popcorn dan gula-gula kapas percuma untuk dinikmati pengunjung yang hadir ketika pelancaran dengan hanya mengikuti Instagram rasmi Buttonscarves Malaysia, @thebslady_my, serta barangan eksklusif jika mereka turut menyiarkannya di Instagram Story mereka dengan hashtag #ButtonscarvesatMyTOWN.

Pengunjung boleh melawat Buttonscarves baharu di L1-031 MyTOWN Shopping Centre dan menikmati pelbagai koleksi di kedai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan