Setiap orang mempunyai selera yang berbeza, malah ada juga yang sangat sukakan makanan yang pedas. Namun bagi seorang lelaki yang telah mencuba cabai terpedas di dunia ini, mungkin tindakannya itu merupakan kali terakhir dia menambahkan Carolina Reaper di dalam hidangannya!
Carolina Reaper dikatakan sebagaikan cabai terpedas di dunia oleh Guinness World Record sejak 7 Ogos 2013. Ia merupakan kacukan asal antara lada hantu (bekas pemegang rekod dunia) dan habanero merah.
Lelaki Dimasukkan Ke ICU Akibat Makan Cabai Terpedas Di Dunia
Menurut China Press, kejadian itu berlaku di Thailand apabila seorang lelaki mencuba beberapa cabai terpedas di dunia dalam nasi daging basilnya.
Hasil siasatan, didapati dia telah meminta cabai terpanas di dunia, Carolina Reaper, untuk ditambah dalam hidangannya kerana ingin mencuba makanan baru.
Lelaki itu telah meletakkan 3 biji Carolina Reapers dalam makanan dan menelan kesemuanya sekaligus. Walau bagaimanapun, dia menyesali bertindak sedemikian kerana tidak lama selepas dia menelan cili, tubuhnya memberikan tindakbalas yang sangat buruk!
Perutnya terasa sangat panas dan menyakitkan, menyebabkan lelaki itu tergesa-gesa ke hospital terdekat.
Sejurus tiba di hospital, dia berpeluh dengan sangat banyak dan tidak dapat berjalan sampaikan jururawat perlu membawanya dengan kerusi roda dan bawa ke ICU.
Dia mengalami kesakitan tersebut selama satu jam dan hanya boleh pulang selepas rasa perit pada perutnya reda. Sampai begitu sekali!
Cabai Terpedas Di Dunia: 4 Tips Sebelum Makan Makanan Pedas
Ada sesetengah orang yang boleh tahan pedas, namun bagi yang tidak tahan pedas, anda mungkin akan mengalami tindak balas yang tidak menyenangkan, contohnya seperti:
- sakit perut
- cirit birit
- berpeluh
- lidah terasa terbakar
- meningkatkan asid perut
- keradangan dalam perut
- insomnia
Jika anda ingin makan makanan pedas, ikut tips berikut supaya dapat nikmati makanan tersebut dengan lebih baik:
Tips Makan Pedas #1 Jangan Minum Air Kosong
Mungkin ramai beranggapan yang air kosong boleh mengurangkan rasa pedas di lidah. Namun hakikatnya, kandungan capsaicin dalam cili tidak bersifat larut dalam air.
Jadi air kosong tidak mengurangkan rasa pedas, sebaiknya anda ganti dengan minum air susu.
Tips Makan Pedas #2 Makan Cepat
Kalau makan makanan pedas, jangan berlengah-lengah! Tujuannya supaya otak tidak sempat memproses rasa pedas di lidah!
Tips Makan Pedas #3 Biasakan Tubuh
Sebelum makan pedas, pastikan anda sudah terbiasa makan makanan pedas supaya tubuh tidak ‘terkejut’ dengan penerimaan makanan sebegini. Jika tidak, paras asid dalam badan mungkin meningkat secara tiba-tiba menyebabkan acid reflux!
Tips Makan Pedas #4 Bersedia Untuk Sebarang Tindakbalas
Ini paling penting: Kalau dah tahu diri tak tahan pedas, sediakan apa yang patut seperti segelas susu, atau ubat yang boleh mengurangkan rasa pedih ulu hati. Jangan memaksa diri untuk menghabiskan makanan sekiranya anda mula merasakan sakit perut atau rasa terbakar di lidah.
Pastikan anda tahu keupayaan tubuh untuk menerima sebarang jenis makanan ya. Jika tidak, ia boleh membahayakan kesihatan anda!
Bolehkah ibu mengandung makan makanan pedas?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: worldofbuzz
Baca juga:
https://my.theasianparent.comusia-berapa-anak-boleh-makan-pedas