5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

Semua ibu pasti mengimpikan untuk menyusukan anak mereka dengan susu badan lancar tanpa sebarang masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ibu pasti mengimpikan untuk menyusukan anak mereka dengan susu badan lancar tanpa sebarang masalah. Namun realitinya, setiap perkara mesti ada dugaan. Termasuklah permulaan untuk menyusukan anak.

Berikut ada perkongsian permasalahan yang sering terjadi di dalam perjalanan menyusukan anak dan cadangan penyelesaiannya:

1. Lekapan

Masalah : Sebenarnya, bagi mereka yang pertama kali menyusukan adalah normal untuk rasa pedih dan sakit pada puting semasa menyusu. Namun, jika berlarutan, anda mungkin mahu memeriksa posisi anak anda.

Penyelesaian : Posisi penyusuan yang betul tidak akan menyebabkan sakit yang berlarutan. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada posisi bayi betul atau tidak ialah, perut bayi bertemu dengan perut ibu. Namun terdapat pelbagai posisi menyusu yang boleh anda cuba. Antaranya ialah:

  • cradle hold
  • cross cradle hold
  • foot ball hold
  • side lying

Imej ehsan Algoma public health

2. Luka

Masalah : Puting terluka adalah masalah yang hampir semua ibu menyusu pernah rasa. Ada yang biasa seperti melecet namun ada juga yang kronik hingga berdarah.

Punca utama puting luka ialah kedudukan mulut bayi adalah tidak simetri dengan puting ibu. Selain itu, bayi yang baru tumbuh gigi juga sering kali mempunyai tabiat suka menggigit kerana gusi yang gatal Ini juga boleh menyebabkan luka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej ehsan baby gooroo

Penyelesaian : Semasa lekapan, pastikan bukan hanya puting yang masuk ke dalam mulut bayi, tetapi termasuklah bahagian areola. Ini kerana, jika hanya puting yang masuk ke dalam mulut bayi, di tambah pula dengan posisi bayi yang tidak betul, akan menyebabkan puting tertarik dan luka.

Bagi bayi yang sedang tumbuh gigi, jika kelihatan mereka seperti ingin mengigit, picit hidungnya supaya tidak menggigit. Sekiranya sudah terluka, ada beberapa saranan untuk membuatkan luka tersebut cepat kering:

  • menyapu sedikit susu badan di bahagian luka dan biarkan kering (jangan tutup)
  • menyapu ubat yang selamat jika termasuk di dalam mulut bayi seperti minyak pati (essential oil), balm dan krim.
  • menggunakan pengalas puting (nipple shield)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Tersumbat

Masalah : Saluran susu tersumbat sering kali dikaitkan dengan penggunaan bra yang tidak betul dan si ibu tidak betul-betul mengosongkan payu dara. Saluran susu tersumbat boleh menyebabkan bayi marah kerana aliran susu tiba-tiba tidak selancar biasa. Malah saluran susu tersumbat juga boleh menyebabkan bengkak susu sehingga boleh menyebabkan demam.

Penyelesaian : Tuaman panas (warm compress) adalah cara yang paling sesuai untuk menangani saluran susu tersumbat. Tuaman panas boleh dilakukan dengan menggunakan tuala yang telah direndam air panas, disejukkan sedikit kemudian dilekapkan pada payu dara. Selain tuala, terdapat pelbagai alat moden yang boleh didapati untuk tuaman.

Selepas tuaman panas, payu dara akan menjadi sedikit lembut, urutan payu dara disarankan untuk dilakukan bagi melancarkan aliran di saluran tersumbat. Mengepam dan menyusukan bayi anda juga boleh membantu. Jika masih tidak dapat merawat saluran susu tersumbat, di sarankan untuk berjumpa doktor dan meminta ubatan untuk saluran susu tersumbat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Bengkak susu

Masalah : Bengkak susu menunjukan yang ibu tersebut mempunyai susu yang banyak. Bengkak susu bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh kerana bengkak susu boleh membawa kepada demam yang teruk, lemah tubuh badan, dan paling teruk, mastitis.

Penyelesaian : Ibu – ibu yang mempunyai potensi bengkak susu disarankan untuk memerah susu sebelum atau selepas menyusukan anak bagi mengelakkan payu dara terlampau penuh. Selain itu, buat jadual perahan susu supaya payu dara tidak terlampau penuh hingga bengkak. Sekiranya sedang mengalami bengkak susu, buat tuaman panas dan perah susu atau beri anak menyusu.

Imej ehsan only the breast

5. Mastitis

Masalah : Mastitis ialah jangkitan bakteria pada payu dara. Ia boleh menyebabkan simptom seperti demam selsema. Mastitis akan menyebabkan payu dara menjadi kemerahan, bengkak dan sakit.

Penyelesaian : Sekiranya anda mengesyaki anda mempunyai mastitis, segera berjumpa doktor dan dapatkan rawatan. Selain makan ubat yang diberi doktor, kerap membuat tuaman panas dan mengosongkan payu dara juga dapat membantu mempercepatkan proses pulih dari mastitis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej ehsan jamanetwork

Semoga perkongsian ini dapat membantu perjalanan penyusuan anda. Sesungguhnya pengorbanan anda sangat bermakna buat anak-anak.

Imej ehsan Tree of opal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma