Cabaran ibu bekerja bukan sesuatu yang mudah. Ia seperti sebuah drama menarik yang selalu ditayangkan di stesen tv popular setiap petang jam 7 malam itu.
Nak diikutkan, banyak cabaran ibu bekerja yang harus di ditatap setiap hari. Manakan tidak, di pejabat harus menghadap wajah bos dan lambakan kerja atas meja.
Tak habis di situ, pulang ke rumah pula perlu uruskan anak-anak dan keluarga. Begitulah rutin ibu bekerja setiap hari. Bagi anda yang belum berkahwin atau belum ada anak, adakah anda bersedia untuk menghadapi semua ini?
Walaupun cabaran ibu bekerja ini banyak jika disenaraikan, namun ibu tetap melakukannya dengan penuh sabar, berdedikasi dan tekun. Semuanya demi keluarga tercinta.
Akan tetapi, antara cabaran ibu bekerja yang harus dihadapinya setiap hari adalah majikan yang minta buat kerja melebihi dari masa yang sepatutnya.
Namun, bukan semua alaminya, tapi bagi sebilangan ibu bekerja kena hadap benda ini setiap hari.
Ada ketikanya terpaksa letak jawatan apabila suami mulai bising kerana sering pulang lewat ke rumah. Jom kita lihat 5 cabaran ibu bekerja ini…
5 cabaran ibu bekerja yang harus dihadapi setiap hari
1. Suka rancang aktiviti selepas waktu kerja
Cabaran ibu bekerja yang terpaksa dihadapi oleh mereka hari-hari adalah apabila majikan suka merancang atau melakukan aktiviti selepas waktu kerja.
Kemudian tak dibayar gaji lebih masa pula, tentunya ibu akan rasa sedikit terbeban!
Bukan soal wang jadi masalah, tapi kekangan masa bersama anak di rumah yang membuatkan ibu tak seronok bekerja dalam keadaan yang sebegini rupa.
2. Waktu kerja tak penuhi keperluan ibu bapa
Cabaran ibu bekerja yang paling selalu terjadi adalah waktu kerja yang tak penuhi keperluan ibu bapa. Namun di Malaysia biasanya bekerja dari pukul 9 hingga 6 petang.
Rasa-rasa anda ok atau tak dengan office hours ini? Perlu tak kerajaan teliti semula?
Hal ini kerana, ada ibu bekerja yang rasa tertekan dan kecewa apabila tidak dapat habiskan masa dengan anak-anak setiap hari.
3. Susahnya nak pam susu badan
Terdapat sebilangan majikan yang mempersoalkan ibu pam susu badan di pejabat. Ia berlaku disebabkan ibu ambil masa terlalu lama untuk pam susu badan ketika waktu pejabat atau tiada ruang untuk pam susu.
Ia memberi tekanan pada ibu bekerja untuk pam susu badan mengikut jadual atau jam yang telah disusun awal.
Sepatutnya, tempat kerja itu perlu menyediakan ruang privacy untuk ibu mudah pam susu badan di pejabat tanpa rasa bersalah.
4. Tukar waktu mesyuarat last minute
Bagi seorang ibu, setiap hari harus dijalankan dengan perancangan rapi untuk aktiviti yang ingin dilakukan.
Jadi, bila tiba-tiba tempat kerja menukar waktu mesyuarat last minute, ia akan menganggu waktu ibu untuk bersama keluarga.
Bayangkan, waktu office hours habis pukul 6 petang. Jam 5.45 petang baru beritahu katanya ada mesyuarat. Tak hangin, kawan?
Bahkan, ada sebilangan Pusat Jagaan Kanak-Kanak mengenakan caj tambahan jika ibu lewat mengambil anak pulang. Tentunya ia beri tekanan pada ibu kerana perlu bayar lebih.
Kalau sesekali mungkin tak mengapa, tapi kalau setiap hari? Ibu pun boleh pening kepala nak fikir!
5. Suka menakutkan anda
Ada sebilangan majikan bertanyakan soalan yang menjengkelkan seperti:
“Tak rindu anak ke? “Tak risau ke anak tinggal dengan pengasuh?
Semestinya sebagai ibu, kita akan merindukan anak. Tapi sebagai wanita bekerjaya, anda perlu membahagikan masa dengan baik.
Jadi sebaiknya soalan-soalan menyakitkan hati ini tidak ditanya kerana ia tak logik untuk dijawab.
Anda ada tak pengalaman ini di tempat kerja? Kalau rasa setuju dengan artikel ini, kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Mynews hub dan The Couch
Baca juga:
https://my.theasianparent.comibu-bekerja-cabaran-selepas-ada-anak