10 cabaran yang akan dihadapi seorang ibu di zaman moden ini

Mari kita baca tentang beberapa cabaran seorang ibu terutamanya apabila perlu berdepan dengan ramai makcik bawang dan keyboard warrior di media sosial...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cabaran seorang ibu di zaman sekarang sangatlah besar. Asal ada apa-apa yang dishare di Facebook, pasti ada seorang dua yang kecam dan tidak setuju dengan cara keibubapaan kita.

Di bawah ini adalah antara beberapa cabaran yang perlu diharungi ibu-ibu di zaman teknologi moden dan serba penuh dengan keyboard warrior

Mari kita lihat, ibu-ibu di luar sana setuju tak dengan segala cabaran ini…

#1 Standard dan harapan untuk ibu bapa makin meningkat, tapi sokongan makin kurang!

Dalam zaman media sosial kini, ramai yang lebih suka mencaci, mengecam, menakutkan dan memalukan ibu bapa apabila mereka melakukan kesalahan.

Mereka sepatutnya diberi sokongan dan galakkan yang positif, tetapi ibu bapa hari ini lebih terdedah kepada tekanan untuk memenuhi standard keibubapaan yang lebih tinggi.

Mengapa anda selalu dukung anak? Mengapa tidak bagi formula sahaja?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Inilah antara cabaran seorang ibu yang tidak dapat dielakkan.

#2 Imej yang tidak realistik mengenai keibuan dan kewanitaan  

Biarpun hanya taktik pemasaran produk, imej yang tidak realistik boleh memberi kesan kepada harga diri seorang ibu dan wanita.

Bayangkan cabaran seorang ibu apabila perlu melayan komen atau ejekkan yang dia tidak cukup kurus atau selalu kelihatan letih selepas bersalin?

Ha… mahu stress memikirkan kata-kata orang ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Kurang menggunakan naluri diri

Di zaman ini, kita lebih merujuk kepada media sosial dan carian Google untuk semua jawapan.

Ini mengurangkan peluang kita untuk melakukan penilaian dan belajar dari pengalaman kita sendiri.

Akhirnya kita lebih mengikut pendapat orang lain apabila kita sepatutnya membuat keputusan untuk anak sendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4 Ibu-ibu kini terpaksa jadi pakar segala-galanya

Biarpun suri rumah, kita masih perlu melakukan kerja sampingan dari rumah sambil menjadi ibu yang baik dan bersabar.

Di samping itu, kita masih perlu bimbang tentang penjagaan diri, serba tahu tentang makanan yang  sensuai untuk anak, mengurus hal persekolahan anak… bimbang ini, bimbang itu.

Kedai mana ada offer untuk lampin pakai buang minggu ini? Mana taska yang baik? Semua ni pun kena tahu juga.

#5  Rasa tertekan untuk melakukan lebih untuk anak.

Memang jelas kemajuan dan menimba ilmu itu adalah baik tetapi apabila kita lebih berpengetahuan, kita juga akan rasa tertekan untuk melakukan lebih dari biasa buat anak dan keluarga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Tiada sokongan atau pertolongan orang lain

Apabila kita tidak mempunyai sokongan dari orang lain, kita terpaksa melakukan segala seorang diri.

Tiada orang untuk berkongsi beban. Cabaran seorang ibu sememangnya besar.

Susah senang hanya kita sahaja yang tahu. Hari-hari macam survival mode.

#7 Tenaga kita ada hadnya  

Jangan ingat kalau ibu tu masih muda, dia akan lebih bertenaga. Tenaga kita ada hadnya juga terutamanya jika kita kekurangan tidur dan letih kerana melayan anak sepanjang hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai orang tidak faham cabaran seorang ibu yang mengorbankan masa untuk menjaga anak.

Ianya bukan hanya letih dari segi fizikal, malah letik dari segi mental juga dan kadang-kadang inilah yang sebab wanita jarang ingin ‘bersama’.

#8 Peranan ayah dalam membantu mengurangkan cabaran seorang ibu

Anda memang bernasib baik kalau mendapat suami yang sudi menolong. Tetapi ada juga ayah yang kini lebih aktif melibatkan diri dengan anak.

Sekurang-kurangnya cabaran seorang ibu dapat dikurangkan apabila tugas menjaga anak dikongsi sama rata.

# 9 Hubungan yang tegang di rumah

Apabila pasangan kita tidak memberi sokongan yang kita perlukan, hubungan antara suami isteri boleh menjadi tegang atau terjejas.

Jangan tunggu sehingga ini berlaku, kalau dapat bahawalah berbincang dan beri cadangan bagaimana pasangan anda boleh memberi bantuan.

#10 Keperluan ibu selalu diketepikan

Keperluan ibu sering kali diketepikan bahkan oleh diri sendiri.

Kita sering dengar tentang stereotype pengorbanan dan cabaran seorang ibu. Akhirnya kita sendiri juga terpengaruh dan rasa ala tak apalah kalau kita korbankan sedikit untuk anak dan keluarga.

Ibu-ibu perlu memikirkan kesihatan mental diri juga, jangan biarkan tekanan bertukar menjadi kemurungan tanpa disedari. Dapatkan pertolongan segera dan jangan menderita dengan diam.

 

 

 

Sumber: Revolution from home

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ilustrasi ‘nikmatnya’ menjadi seorang ibu. No.10 itu huhu taktau nak cakap apa….

Penulis

Rosanna Chio