Cacar Monyet (Monkeypox/Mpox): Apa Itu Cacar Monyet, Punca, Gejala & Cara Pencegahan

Cacar monyet atau juga dikenali sebagai Mpox adalah sejenis penyakit berjangkit yang merebak melalui kontak rapat yang berpanjangan,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mpox atau sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus monkeypox yang tergolong dalam keluarga Orthopoxvirus. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina.

Apa Itu Cacar Monyet (monkeypox)

Cacar monyet atau monkeypox adalah penyakit zoonotik yang disebabkan oleh jangkitan virus Monkey Pox.

Ia ditemui pada haiwan liar seperti monyet, tikus gergasi Gambia, tupai Afrikan dan mamalia lain yang boleh menjangkiti manusia.

Kebanyakan kes penyakit endemik ini dikaitkan dengan negara-negara seperti Afrika Tengah dan Barat.

Individu yang dijangkiti cacar monyet menunjukkan gejala yang serupa dengan pesakit cacar, tetapi biasanya tidak teruk.

Jangkitan pertama pada manusia berlaku pada tahun 1970. Kadar kematian akibat penyakit ini adalah antara satu hingga 10 peratus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca Penyakit Mpox

Jangkitan boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui sentuhan langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang positif Mpox.

Ia boleh ditularkan kepada manusia melalui:

1. Gigitan atau Sentuhan Langsung

Virus boleh dijangkiti apabila terdapat gigitan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan atau luka haiwan yang dijangkiti.

2. Melalui Titisan Pernafasan

Apabila terdapat kontak bersemuka mulut ke mulut atau mulut ke kulit yang berpanjangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Kontak Langsung

Terkena cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau objek yang tercemar seperti tempat tidur atau pakaian.

Tanda Dan Gejala

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan cacar monyet terbahagi kepada dua fasa:

Fasa 1:

Gejala biasanya bermula dengan demam. Selepas 1 hingga 3 hari ruam muncul di muka, tangan dan kaki diikuti bahagian badan yang lain dalam tempoh 24 jam.

Antara tanda dan gejala jangkitan cacar monyet adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit Kepala
  • Sakit Otot
  • Sakit Belakang
  • Kelenjar Limfa Bengkak

Fasa 2:

Ruam muncul pada kulit, terutama di muka, tapak tangan, dan tapak kaki.

  • Ruam makulopapular bertukar kepada vesikel.
  • Kemudian, berubah menjadi lepuh dan bernanah.
  • Lepuh akan kering dan menjadi kerak sebelum gugur.

Selalunya, jangkitan cacar monyet akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam tempoh 2 hingga 4 minggu.

Diagnosis

Cacar monyet jarang berlaku. Doktor akan menjalankan ujian untuk memastikan ruam bukan disebabkan oleh penyakit lain seperti cacar air atau campak.

Bengkak kelenjar limfa boleh membantu membezakan cacar monyet daripada penyakit lain.

1. Sejarah Perubatan

Doktor mungkin bertanya tentang perjalanan anda ke negara yang mempunyai kes cacar monyet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Ujian Makmal

Jika disyaki cacar monyet, sampel dari lesi atau kudis kering akan diuji melalui PCR.

3. Biopsi

Biopsi melibatkan pengambilan sedikit tisu kulit untuk diuji.

Antara maklumat penting yang diperlukan adalah:

  • Masa demam dan ruam bermula.
  • Masa sampel diambil.
  • Tahap ruam.
  • Umur pesakit.

Soalan tambahan mungkin ditanya untuk diagnosis tepat.

Adakah Vaksin Untuk Monkeypox?

Ya, terdapat vaksin yang disarankan oleh WHO untuk digunakan bagi mencegah mpox yang telah lama digunakan untuk vaksin cacar (smallpox).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ubat antivirus yang dikenali sebagai tecovirimat (TPOXX atau ST-246) sesuai digunakan untuk melawan jangkitan orthopoxvirus.

Kes Cacar Monyet Terkini

Baru-baru terdapat kes pertama dilaporkan di Thailand jenis mpox yang lebih berbahaya yang diisytiharkan WHO sebagai darurat kesihatan awam global melibatkan seorang lelaki Eropah selepas negara jiran Indonesia.

Susulan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad segera mengambil inisiatif dengan  memperketat saringan di pintu masuk negara dan mengaktifkan 10 makmal, termasuk dua makmal swasta untuk menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan.

Setakat ini tiada kes baru yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia membabitkan kes cacar monyet dalam negara.

Kes cacar monyet yang berlaku di negara ini selain kawasan endemiknya mungkin mempunyai kaitan dengan kemasukan kes import. Oleh itu, penularannya di Malaysia adalah sangat rendah.

Malaysia kekal dengan 9 kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir pada November tahun yang sama.

Cara Mencegah Mpox

Terdapat beberapa cara untuk mencegah Mpox dari dijangkiti termasuk mengelakkan sentuhan dengan haiwan liar, mengamalkan kebersihan diri dan mendapatkan vaksin jika berisiko tinggi.

Memakai pelitup muka dan mengelakkan sentuhan dengan orang yang dijangkiti juga dapat membantu mencegah penyebaran.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Baca juga: Perhatian Ibu Ayah, Adakah Anda Tahu Penyakit Berjangkit Ini Boleh Beri Kesan Pada Kanak-Kanak?

Baca juga: Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut: Punca HFMD, Simptom & Cara Merawat HFMD Dengan Cepat

Penulis

Noorhidayah