Anak cacat seumur hidup kerana virus
Semasa Kate Daly sedang hamil anak lelaki kembarnya, dia sangka semuanya baik-baik saja. Proses kehamilannya sangat baik. Dia sihat dan bayi-bayinya kelihatan normal. Tapi dia tak sangka bayi itu akan cacat seumur hidup.
Malah, beberapa tahun selepas melahirkan anaknya, semua kelihatan normal. Hingga salah seorang anaknya, William, gagal dalam ujian pendengaran. Ketika itu mereka mendapati yang William menghidap cerebral palsy, dyspraxia dan juga masalah pendengaran.
Apa punca anak cacat seumur hidup?
Semuanya berpunca daripada satu virus yang dikenali sebagai cytomegalovirus yang telah terkena pada Kate semasa saat-saat akhir kehamilan. Kate kemudiannya telah menyebabkan virus itu terkena anak-anaknya.
Menurut seorang professor di NSW Health Pathology dan Senior Medical Virologist, Professor William Rawlinson – 350 bayi dilahirkan dengan virus CMV setiap tahun. Jumlah itu ternyata lebih sedikit daripada bayi yang dilahirkan dengan Syndrom Down.
Kate tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jangkitan kecuali demam dan sedikit sakit tekak.
Sementara keluarga itu cuba menyesuaikan diri dengan penjagaan William, anaknya yang lain sukar untuk menerima hakikat ibu mereka memberi perhatian yang lebih kepada adik mereka. Kate cuba menggunakan pengalamannya untuk membantu menyebarkan kesedaran tentang virus ini kepada ibu bapa yang lain.
Kate kini merupakan presiden dan pengasas Congenital CMV Association of Australia, dan bekerjasama dengan Professor Rawlinson untuk meningkatkan kesedaran tentang CMV.
Dia berpendapat yang orang ramai harus tahu risiko CMV. Ini termasuklah tidak berkongsi makanan dengan anak kecil, mainan yang kotor serta memastikan anda mencuci tangan selepas menukar lampin anak.
CMV punca kanak-kanak cacat seumur hidup
Cytomegalovirus (CMV) adalah virus biasa yang boleh terkena pada sesiapa saja termasuklah individu yang sihat. Ramai orang tidak tahu mereka ada virus ini kerana ia jarang menunjukkan sebarang tanda-tanda jangkitan.
Jika anda hamil atau ada sistem imunisasi yang rendah, CMV amat berbahaya untuk anda dan kandungan.
CMV boleh tersebar dari individu ke individu lain melalui cecair badan seperti darah, air liur, air kencing, air mani dan susu badan. Melalui susu badan ia mungkin tidak serius tetapi jika anda hamil, dan ia terjangkit pada bayi anda, ia sangat bahaya. (Sumber: Mayo Clinic)
Simptom pada bayi yang harus diawasi
Walaupun bayi kelihatan sihat, mereka boleh terjangkit dan hanya beberapa simptom sahaja yang dapat dilihat pada beberapa bulan atau tahun pertama kelahiran.
Paling umum adalah kehilangan deria pendengaran yang lambat dapat dikesan. Ada juga masalah penglihatan.
Selain daripada itu, perhatikan tanda-tanda jangkitan ini:
- Kulit dan mata kuning (jaundis)
- Tompok atau gatal-gatal berwarna ungu
- Kecil semasa dilahiran (kurang berat badan)
- Buah pinggang dan limpa besar dan tidak berfungsi dengan baik
- Sawan dan pneumonia
Sumber foto: The Sydney Morning Herald
Sumber: theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commeningitis-pada-bayi/