Cadangan Pakar - Siapkan Anak-Anak Kita Menempuhi Masa Hadapan Makin Mencabar

Dunia masa hadapan semakin mencabar. Kita, sebagai ibu ayah, perlu ketahui kepentingan menyediakan anak-anak dengan kemahiran mental (IQ) dan emosi (EQ) yang seimbang. Mari baca perkongsian pakar demi si manja kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 20 Jun 2017 yang lalu, Mead Johnson Nutrition telah menginisiatifkan satu sesi perbincangan tentang apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam menyediakan anak-anak supaya bersedia untuk masa depan.

Sesi ini telah menjemput tiga  orang pakar dari tiga bidang yang berbeza, nutrisi, psikologi dan wakil dari Program Perkembangan Kepimpinan, Teach for Malaysia (TFM).

Sedikit latar belakang jurucakap yang hadir di dalam sesi perbincangan ini ialah:

Cik Celeste Lau Wai Hong di mana beliau merupakan Pengarah Pengurusan di Pusat Perubatan Sunway. Beliau telah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Australia.

Cik Celeste juga aktif dalam meningkatkan kesedaran terhadap nutrisi sihat melalui bengkel, ceramah dan penulisannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cik Siew Ju Li adalah salah seorang pensyarah senior di dalam bilang psikologi kanak-kanak. Beliau telah berada di dalam bidang ini lebih 10 tahun.

Beliau banyak melakukan kajian berkenaan perkembangan kanak-kanak, isu pendidikan ibu bapa dan kanak-kanak berisiko.

TFM di mana Cik Alina adalah wakil mereka, mempunyai misi untuk mengakhiri kesamarataan di dalam akademik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau juga merupakan salah seorang pendidik di Akademi Arus di mana mereka menyediakan ruang untuk anak-anak muda memupuk minat berinovasi.

Oleh itu, Arus Akademi lebih fokus untuk mengajar lebih daripada sekadar akademik.

Tujuan meja bulat

Tujuan utama diadakan sesi perbincangan meja bulat ini adalah bagi membincangkan pentingnya menyediakan anak-anak dengan kemahiran mental (IQ) dan emosi (EQ) yang seimbang.

Justeru itu, perbincangan yang bertajuk ‘Memupuk Kanak-Kanak Malaysia yang Bersiap Sedia untuk Masa Hadapan’ ini diadakan di antara pakar pemakanan dan ahli akademik dalam bidang psikologi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah peranan nutrisi di dalam perkembangan EQ anak-anak?

Celeste Lau Wai Hong telah menjelaskan yang melalui perkembangan sains dan inovasi terkini, dua nutrien penting untuk kanak-kanak telah dikenal pasti.

Satu daripadanya ialah sesuatu yang tidak asing lagi iaitu, DHA dan Memban Globul Lemak Susu, MFGM.

Kedua nutrien ini bergabung meningkatkan perkembangan kognitif, membina daya ketahanan dan menyokong pengawalan tingkah-laku di dalam kanak-kanak.

Saiz otak anak-anak membesar sehingga tiga kali ganda di dalam tempoh dua tahun pertama.

Malah pada 5 tahun yang pertama, otak kanak-kanak membesar hingga 90% saiz otak dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itulah tahun-tahun pertama anak-anak adalah sangat penting untuk perkembangan mereka.

Stimulasi yang mencukupi juga penting bagi membantu menyokong perkembangan otak mereka. Di sinilah nutrisi yang baik memainankan peranan penting.

Gabungan  MFGM dan DHA akan menstimulasi otak anak-anak di dalam tempoh perkembangan yang penting.

Menurut Celeste lagi, pemakanan yang sihat juga harus bermula ketika tahun-tahun awal anak-anak.

Tabiat pemakanan yang sihat boleh dididik namun anda harus bersabar kerana ia mengambil masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah nutrisi sahaja cukup untuk perkembangan EQ anak-anak?

“Walaubagaimanapun, nutrisi sahaja tidak mencukupi untuk perkembangan EQ anak-anak.”

Itu kata ahli dietetik, Celeste Lau.  

Malah, pakar dalam perkembangan kanak-kanak, isu keibubapaan dan kanak-kanak, Siew Ju Li menjelaskan yang pembelajaran sebenar diperlukan dalam perkembangan EQ anak-anak.

Pembelajaran sebenar di sini bermaksud apa yang mereka belajar di luar waktu persekolahan, di dunia luar.

Siew Ju Li juga menyatakan apabila mentaliti ibu bapa mula berubah, dan menyatakan gred itu bukanlah segalanya, maka, di sinilah pembelajaran sebenar bermula.

Bagi tahun-tahun pertama yang penting, penjagaan yang sensitif perlu diutamakan.

Antara penjagaan sensitif ialah:

  • Pelukan
  • Ciuman
  • Pujukan
  • Perhatian

Melalui ini jugalah EQ, iaitu empati, kebolehan mengenali perasaan, mengekspresi perasaan dan mengendalikan perasaan boleh dibentuk.

Sesuatu yang tidak diajar tetapi boleh dipelajari.

Kolaborasi, kemahiran berunding, berkomunikasi, ibu bapa dan komuniti sekeliling menyumbang kepada pembelajaran EQ.

Namun ramai ibubapa yang masih menganggap EQ boleh dipelajari sendiri tanpa dididik.

Namun sebenarnya ini adalah persepsi yang tidak benar.

Seperti yang dinyatakan oleh Alina Amir di dalam kenyataannya:

“Ibu bapa juga harus sedar tentang kepentingan memupuk nilai EQ di dalam anak-anak dan ini adalah cabaran yang besar buat pendidik.”

Sebelum ini, kita rasakan mungkin kemahiran mengetahui fakta adalah benda yang sangat penting, namun kini, bagaimana cara kita untuk mengaplikasikan fakta yang diperoleh itu adalah lebih penting dan utama.

Kerana itulah, keseimbangan antara IQ (akademik) dan EQ (emosi) itu memainkan peranan yang penting.

Mereka (anak-anak) perlu dibenarkan membuat silap untuk berinovasi dari kesilapan.

Salah satu bukti mengapa EQ sangat penting untuk anak-anak dapat dilihat dari contoh yang diberikan oleh Alina:

“Tanpa EQ, seseorang itu boleh menafsir data statistik bilangan kemiskinan di dunia, namun tiada tindakan seterusnya yang di ambil. Berbanding dengan seseorang yang mempunyai EQ, akan timbul empati apabila melihat bilangan kemiskinan yang tinggi, dan mengusahakan sesuatu bagi mengurangkan bilangan tersebut.”

Menyediakan anak-anak bersedia untuk masa depan

Perbincangan meja bulat itu diakhiri dengan cadangan bagaimana menyediakan anak-anak untuk masa hadapan.

Celeste mencadangkan nutrisi yang baik melalui pemakanan yang sihat sebagai asas penyediakan.

Selain sihat, ia juga memerlukan disiplin yang kuat untuk mengekalkan pemakanan yang sihat.

Dari segi psikologi, anak-anak sekarang sebenarnya stress atau tertekan akibat keadaan sekeliling yang terlalu maju sama ada ilmu ataupun teknologi.

Disebabkan itu, menyediakan daya tahan mereka supaya mampu mengawal emosi sangat penting.

Ibu bapa, kawan-kawan, saudara dan komuniti memainkan peranan dengan menunjuk contoh, memberi sokongan dan keberadaaan untuk mereka.

Kita perlu melengkapkan mereka sepenuhnya dengan EQ untuk menghadapi dunia atas talian dan luar talian.

Supaya mereka mempunyai keyakinan diri. Malah ibu bapa juga perlu melengkapkan diri mereka bagi mendidik anak-anak serta menyokong mereka sepenuhnya.

Kami rasakan ia adalah satu perkongsian yang sangat memberi input.

Terima kasih atas inisiatif Mead Johnson Nutrition yang menjayakan perbincangan meja bulat ini bersama pakar-pakar.

Semoga perkongsian ini juga dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa di luar sana.

Penulis

Aqma