Kenapa Lepas Bersalin Caesar,Doktor Mesti Tanya Ibu Dah Kentut Ke Belum? Ibu-Ibu Ini Kongsi Cara Mereka Boleh Kentut

Pasti ada ibu yang tertanya-tanya kenapa doktor tanya sama ada dah kentut atau belum ketika membuat pemeriksaan kesihatan selepas mereka bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai pengalaman bersalin oleh ibu hamil pernah kita baca. Antaranya ada yang pelik kenapa doktor mesti tanya sudah kentut atau belum selepas kita bersalin caesar?

Bagi ibu yang tidak tahu, ada yang pernah ingat doktor hanya mahu bergurau. Tetapi sebenarnya soalan itu adalah soalan wajib untuk ibu baru lepas bersalin caesar. 

Diketehui, apabila bersalin caesar banyak prosedur yang dilakukan termasuklah perut dibedah hingga tujuh lapisan. Jadi jangan ingat mudah-mudah saja doktor belah perut ibu ini ya.

Lepas bersalin caesar mesti doktor tanya dah kentut atau belum, kenapa?

Kredit: kurio.id

Kali ini kami kongsikan pengalaman dialami ibu-ibu yang pernah bersalin caesar, dan apa kaitannya dengan kentut yang menjadi soalan wajib yang akan doktor tanya ketika pemeriksaan selepas ibu bersalin.

Menurut ibu-ibu ini, ia penting bagi memastikan usus ibu berfungsi normal seperti sediakala selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Sekiranya tidak kentut atau buang air besar dalam beberapa jangka masa yang sepatutnya, dikhuatiri adalah masalah pada usus mereka.

Berikut adalah beberapa perkongsian dan pengalaman sendiri dari ibu-ibu yang berkongsi mengenainya:

"kentut tu sebenarnya nak tgok usus kita dah berfungsi atau belum. saya lepas cser pagi2 dah kentut2 je."

"Soalan tu penting sebenarnya..sbb Masa czer..doktor ad kacau usus bahagian dlm"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Saya pon doc ada masuk tanya dh kentut ke ingatkn doc tu nak bergurau"

"Saya czer 12.30am pastu tgh hari suami hantar buah sunkist siap potong. Makan skli lunch. Petang kentut dah. Saya tak tahu lah seba sunkist ke memang sebab saya nak kentut"

"Ha kan sy misi tanya dah kentut ke? Sy blur kejap ingat balik aku dah kentut ke belum ekk hahahaha nak jawab pun gagap"

"Saya tanya gak doc haritu..kenape tanya dah kentut ke blm..saya pun czer..doc tu kate kalau dah kentut tu maknenya perut kita dah bgn dah okay.. saya cakap tak kentut pun tapi dah berak dah..dia jawab okay la tu"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"First lepas czer.. asyik kentut je. Lepas tu baru misi tanye dah kentut ke. Baru tau kentut tu penting lepas czer."

Kalau tak kentut atau buang air besar pasti ada tak kena

Kredit:theasianparent

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada juga yang ibu yang berkongsi pengalaman, selepas caesar beliau tidak kentut dan buang air besar selama tiga hari. Doktor yang merawat ibu ini akhirnya buat xray dan didapati ibu berkenaan mengalami usus bengkak.

Akhirnya beberapa prosedur terpaksa dijalankan bagi merawat masalah itu. Jadi bukan main-main ya jika tak kentut selepas pembedahan. Mungkin anda sedang alami perkara yang boleh membahayakan nyawa

Ibu-ibu kongsi pengalaman cara pastikan anda dapat kentut selepas caesar

Kredit:theasianparent

Soalan yang wajib doktor tanya ini penting untuk dijawab dengan jujur. Selagi anda tidak kentut atau buang air besar, anda selalunya tidak dibenarkan untuk discharged ya!

Jadi kami kumpulkan petua ibu-ibu yang pernah alami sendiri supaya anda dapat kentut selepas pembedahan. 

Cara pertama yang biasa diamalkan di negara Barat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cuba bangun dan berjalan perlahan-lahan
  2. Minum tea molasses
  3. Kunyah chewy gum (ia akan membantu usus untuk lebih cepat bertindak)
  4. Peppermint , boleh di ambil sebagai teh atau minyak sapu ( awas, ia boleh mengurangkan susu sekiranya ibu menyusu badan
  5. Minum air panas, ia boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan.

Cara kedua adalah cara yang biasa diamalkan masyarakat Melayu:

  1. Bangun seawal mungkin dan berjalan. Kalau luka caesar sakit masa berjalan pegang perut atau guna bengkung yang sesuai untuk caesar.
  2. Sapu minyak pada perut, peha dan belakang. Pastikan minyak tidak panas kerana takut jika kulit anda tidak tahan
  3. Minum air coklat
  4. Baring mengiring dan bengkokkan kaki

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!

Baca juga: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parut Pembedahan Caesar

Baca juga: Doktor Bukan Saja-Saja Nak Caesar, Ini 4 Tahap Caesaran Yang Mungkin Anda Akan Alami Ibu Hamil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar