Campur tangan ketika pasangan sedang mendisiplinkan anak, perlu atau tidak?

Menyokong pasangan anda mendisiplinkan anak anda akan menunjukkan contoh pada anak anda yang anda menghormati tindakan pasangan anda. Anak akan lebih menghormati pasangan anda juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sering kali, salah seorang dari ibu atau bapa akan kelihatan lebih tegas berbanding pasangan mereka ketika mendisiplinkan anak-anak. Malah, selalu juga kita akan lihat, ketika anak ‘dimarahi’ pasangan akan cepat-cepat memeluk atau memujuk anak itu. Namun, perlu atau tidak kita campur tangan ketika pasangan kita sedang mendisiplinkan anak-anak?

Imej youtube

Sebenarnya, jawapannya perlu dan tidak. Perlu kita campur tangan sebagai tanda kita setuju dengan ajaran pasangan kita jika tidak melampaui batas serta, tidak perlu kita campur tangan jika hanya sekadar memujuk si anak.

Pasangan yang bekerjasama sepakat di dalam sesuatu hal untuk mendisiplinkan anak, mempunyai lebih peluang untuk mendisiplinkan mereka. Anak-anak akan lebih tahu yang mereka tidak patut melakukan sesuatu itu jika kedua ibu bapa melarang perkara tersebut dan belajar untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut untuk tidak ‘dimarahi’ lagi.

Menyokong pasangan anda mendisiplinkan anak anda akan menunjukkan contoh pada anak anda yang anda menghormati tindakan pasangan anda. Anak akan lebih menghormati pasangan anda juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laman sesawang raising children.net telah berkongsi idea bagaimana anda dan pasangan boleh saling menyokong satu sama lain:

Merancang peraturan keluarga

  • berbincang dengan pasangan anda tentang peraturan keluarga, ganjaran dan akibat terlebih dahulu
  • membuat keputusan apa peraturan yang paling utama – 3 atau 4 peraturan di dalam satu masa sudah mencukupi
  • membuat keputusan bagaimana peraturan-peraturan tersebut akan dijalankan sebelum mula menguat-kuasakan mereka
  • guna peraturan yang sama dan kekalkan
  • membuatkan keputusan tentang bagaimana anda akan memberi ganjaran jika anak anda mematuhi peraturan – contohnya memuji atau ganjaran bermain bersama

Imej how to nest for less

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyokong keputusan pasangan anda

  • sebelum mengambil tindakan, semak dengan pasangan anda jika dia sudah mengambil tindakan dan apa tindakannya. Jangan melanggar tindakan yang telah dia lakukan.
  • jika anda tidak setuju dengan tindakan pasangan anda, jangan tunjuk di hadapan anak anda
  • jika situasi baru terjadi, beritahu pasangan anda bagaimana anda menangani situasi itu
  • jika anda tidak pasti bagaimana untuk menangani situasi baru, berbincang dahulu dengan pasangan. Tanya pendapat kawan-kawan yang mempunyai pengalaman jika perlu dan berbincang dengan pasangan anda jika ia tindakan yang patut anda lakukan.

Menyokong satu sama lain secara praktikal

  • berkongsi tugasan seperti menidurkan anak. Rancang giliran anda.
  • jika pasangan anda menghadapi kesukaran berdepan dengan anak anda, tawarkan pertolongan dengan melayan anak yang lain. Setelah selesai, berikan sokongan emosi buat pasangan anda dengan membuatkan minuman atau memeluknya.

Maklum balas situasi masalah

  • berbincang masalah anak atau masalah mendidik di dalam keadaan semua orang tenang.
  • apabila situasi berakhir, duduk dan berbincang bagaimana ia berlalu. Anda juga boleh mencatat sebagai rujukan untuk berbincang kemudian jika tiada kelapangan.
  • puji pasangan anda untuk setiap perkara yang dia lakukan (perkara baik)
  • cuba memberi satu cadangan dalam satu masa. Anda akan ada peluang lain untuk cadangan yang lain.
  • jangan berbincang di hadapan anak-anak

Sokongan lebih ketika pasangan stress atau penat

Imej interfaithfamily

  • berikan perhatian pada ketika pasangan anda memerlukan lebih bantuan
  • biar pasangan anda tahu yang segala usahanya dihargai
  • tawarkan bantuan praktikal yang lebih atau maklum balas yang positif
  • kadang-kala, sokongan emosi yang tampak mudah boleh memberi perubahan yang besar – seperti sentiasa bersedia untuk memberi bantuan atau mendengar luahan (tidak fokus dengan perkara lain seperti membuat kerja atau bermain telefon bimbit)

Elakkan campur tangan tiba-tiba

  • walaupun jika pasangan anda kelihatan sedang mengalami masalah, cuba untuk tidak masuk campur dan mengawal keadaan. Tanya pasangan anda dahulu jika mereka memerlukan anda masuk campur.
  • cari cara lain untuk membantu – membantu kerja rumah atau memudahkan kerja mengambil anak dari sekolah
  • memuji usaha pasangan anda – memuji akan membuatkan pasangan anda lebih yakin

Memeriksa dengan kerap apabila keadaan tenang

  • buatkan ia satu kebiasaan untuk berbincang tentang anak-anak dan pendidikan ibu bapa. Ini akan memberi anda peluang untuk merancang idea untuk menghadapi cabaran akan datang
  • jika perlu menukar masa, rancang masa yang lain (jangan terus batalkan)
  • fokus pada berkongsi perkara yang baik tentang mendidik anak-anak anda dan menghadapi masalah lain bersama.

Semoga perkongsian kali ini membantu kita membaik pulih apa yang kurang dalam usaha membentuk anak-anak kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma