"Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

Utamakan penggunaan car seat yang selamat untuk anak anda, agar tragedi ini tidak akan berulang lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mana-mana ibu pun tidak akan sanggup mendengar bayinya menangis, malah mereka pasti ingin segera memeluk dan mendukungnya. Namun, melepaskan anak dari car seat baby terutamanya untuk bayi yang masih kecil merupakan tindakan yang salah dan harus dielak oleh ibu bapa!

Seorang wanita yang berasal dari China, Kelly Lim, mendapat satu pengajaran dengan cara yang sadis apabila dia mengabaikan keselamatan ketika menaiki kenderaan bersama bayinya.

Pada Oktober lalu, keluaga ini terlibat dalam kemalangan di mana anaknya yang baru berusia 2 bulan 3 hari hampir kehilangan nyawa!

Kelly Lim berkongsi pengalaman pahitnya untuk dijadikan pengajaran kepada ibu bapa lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Penggunaan Car Seat Baby: Kemalangan Ringan yang Hampir Menyebabkan Kematian Baby Xuan Xuan

Sumber: facebook Kelly Lim

Pada hari kejadian, Kelly sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki kereta di mana Kelly duduk di kerusi penumpang, dan suaminya memandu. Ibu Kelly duduk di kerusi belakang bersama Xuan Xuan yang diletakkan dalam car seat baby.

Apabila Xuan Xuan menangis, dia dikeluarkan dari car seat baby tersebut dan dipangku di riba neneknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perjalanan yang pada mulanya lancar, jadi kelam kabut apabila hampir tiba di rumah, sebuah kereta yang memecut laju melanggar kenderaan mereka dari belakang!

Kereta keluarga Kelly mula berpusing dan tidak dapat dikawal, lalu akhirnya masuk ke sebuah parit besar. Kelly beranggapan bayinya dalam keadaan baik kerana Xuan Xuan dalam pelukan erat ibunya.

Suami dan ibu Kelly terkeluar melalui tingkap kereta kerana pintu kereta tersangkut. Namun apabila Kelly melihat keadaan anaknya, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena kerana kepala Xuan kelihatan membengkak!

Kelly berteriak panik dan mula menangis. Pemandu kereta yang menemui mereka segera membawa keluarga Kelly ke hospital, dan mendapatkan pertolongan untuk Xuan dahulu sebelum dirujuk ke hospital besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa menunggu di hospital bagi mendapatkan rawatan di ICU, keadaan Xuan kelihatan semakin lemah dan Kelly makin resah, serta semakin berputus asa.

“Tubuhnya yang kecil dan lemah terbaring di katil hospital…walaupun ramai yang cuba melakukan sesuatu namun saya tidak berbuat apa-apa.” kata Kelly.

Penggunaan Car Seat Baby: Baby Xuan Mengalami Pendarahan Otak

Sumber: facebook Kelly Lim

Baby Xuan disahkan mengalami kecederaan yang menyebabkan pendarahan di bahagian otak akibat terhantuk benda keras.

Doktor memberinya morfin untuk mengurangkan rasa sakit sementara mereka cuba untuk menghentikan aliran darah, malah pemeriksaan CT scan juga dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Melihat anak saya sukar bernafas adalah sesuatu yang menyedihkan bagi saya…”kata Kelly.

Xuan Xuan dirawat di PICU selama 10 hari, dan dimasukkan tiub dibelakang kepala bagi membolehkan darah beku keluar dan mengurangkan tekanan pada otak si kecil itu.

Secara perlahan-lahan keadaan Xuan semakin pulih, malah tiub sudah dicabut dan lukanya dijahit. Genap 2 minggi di hospital, Xuan Xuan dibenarkan pulang namun masih perlu menjalani rawatan sehingga benar-benar pulih.

“Proses pemulihan dan rehabilitasi Xuan adalah perjalanan panjang dan penuh rasa sakit bagi anak kami, tapi hal tersebut jauh lebih menyakitkan bagi keluarga kami.”

Dari kejadian ini, Kelly berpesan kepada semua ibu bapa agar menggunakan car seat dengan betul semasa menaiki kendeaan bersama anak. Jangan sampai apa yang menimpa keluarga ini berlaku kepada kanak-kanak lain.

“Anak adalah harta paling berharga, kita harus melindunginya dengan baik,” tulisnya ringkas.

Tips Mengunakan Cat Seat Baby Dengan Selamat

  • Pilih car seat sesuai usia anak, car seat baby baru lahir tentunya berbeza dari car seat untuk anak kecil. Pertimbangkan juga berat dan tinggi badan anak, malah sebaiknya anda mencuba dulu sebelum membeli produk tersebut.
  • Letakkkan anak di dalam car seat dan ikat tali pinggang keselamatan dengan betul.
  • Pastikan car seat tersandar dengan baik di kerusi kereta.
  • Ikut panduan yang diberikan untuk memasang car seat dengan betul di kenderaan.
  • Periksa panduan keselamatan apabila membeli car seat baby, juga risiko bahaya dan batasan berat badan bayi di produk tersebut.
  • Setiap kali keluar dengan menaiki kenderaan, pastikan anak duduk di car seat sehingga dia tidak muat lagi di car seat tersebut
  • Orang dewasa juga perlu menunjukkan contoh baik dengan memasang tali pinggang keselamatan di hadapan.
  • Tempat yang selamat bagi anak di bawah usia 13 tahun adalah di tempat duduk belakang kereta. Jangan biarkan anak duduk di depan.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda guna carseat tak untuk bayi bawah 1 tahun?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga

https://my.theasianparent.comcar-seat-untuk-bayi/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman