Jenis-Jenis Car Seat Untuk Bayi dan Kanak-Kanak

Kanak-kanak berumur 1-4 tahun dan 5-9 tahun adalah 2 kumpulan utama mangsa kematian jalanraya. Namun begitu, ramai yang masih tidak menggunakan car seat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda bahawa menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, kanak-kanak berumur 1 – 4 tahun (43.8%) dan 5 – 9 tahun (30.2%) adalah kumpulan utama mangsa kematian jalanraya?

Namun begitu, ramai lagi ibu bapa yang masih belum memasangkan car seat untuk anak mereka.

Kalau belum, baik laburkan sedikit duit untuk membelikan satu, terutamanya sebelum pergi jalan-jalan cuti sekolah ini.

Sebenarnya ibu bapa tidak berupaya untuk melindungi kanak-kanak dengan memegangnya dengan kuat.

Dalam kemalangan 48 km sejam, kanak-kanak itu mungkin boleh terkepit antara badan ibu bapa dan dashboard kereta, atau tercampak daripada dakapan ibu bapa dan terus keluar dari kereta.

www.facebook.com/Richardt.Piek/videos/10152963853264602/

Menurut organisasi WHO, memasangkan sistem car seat adalah langkah keselamatan yang paling penting dan sangat berkesan dalam mencegah kematian kanak-kanak apabila berlakunya kemalangan.

Disamping itu car seat juga boleh membantu untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak apabila mereka duduk di belakang, mengurangkan mabuk kereta, dan mengurangkan bilangan kemalangan yang disebabkan oleh gangguan pemandu akibat kanak-kanak.

Sumber: LiteFM

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenis-Jenis Car Seat di Pasaran

Infant only safety seat: Safety seat ini sesuai untuk bayi sahaja dan adalah jenis yang menghadap ke belakang. Ia boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga kanak-kanak lebih kurang 9 kg (bergantung kepada model).

Safety seat ini kecil, mudah alih dan kadang-kadang mempunyai tapak. Tapak ini boleh dipasang pada kerusi kereta dan ini membolehkan ibu bapa untuk snap terus safety seat kepada tapak tanpa memasang semula safety seat itu setiap kali. 

Sumber: Lazada

Convertible safety seats : Safety seat ini boleh digunakan secara dua hala – menghadap ke belakang dan menghadap ke depan.

Tetapi safety seat ini perlu berada di dalam kedudukan menghadap ke belakang sehingga anak berusia lebih dari 2 tahun dan telah mencapai berat badan kira-kira 13kg.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian ia boleh digunakan dalam kedudukan menghadap ke depan sehingga kanak-kanak berumur 4 tahun atau had berat badan yang disyorkan dalam buku panduan.

Sumber: LittleWhiz

Combination seats: Safety seat yang menghadap ke depan ini kerusi yang boleh digunakan selepas anak telah mencapai had berat menghadap ke belakang dan berusia sekurang-kurangnya 2 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak perlu memakaikan 5-point harness sehingga dia telah mencapai had berat maksimum kerana ia masih lebih selamat dari memakai tali keledar pinggang.

Apabila anak sudah mencapai had berat 5-point harness itu, barulah tali pinggang boleh digunakan dengan carseat tersebut.

sumber: Mothercare

Booster seat: Safety seat yang menghadap ke depan ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih dari 18kgs.

Ia perlu digunakan sehingga kanak-kanak itu 142cm tinggi dan ketinggian ini biasanya dicapai antara 9 dan 12 tahun. Belikan jenis yang mempunyai sandaran kepala kerena jenis ini lebih selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: LittleWhiz

Peringatan Penting buat Ibu Bapa

  • Tiada car seat yang “terbaik” atau paling “selamat.” Car seat terbaik adalah car seat yang sesuai dengan saiz anak anda, dipasang dengan betul, yang sesuai dengan kenderaan anda, dan digunakan dengan betul setiap kali anda memandu.
  • Jangan beli berdasarkan harga sahaja. Harga yang lebih tinggi tidak bermakna car seat itu lebih selamat atau lebih mudah untuk digunakan.
  • Jika car seat itu telah diberi oleh orang lain, baca sini untuk mengetahui cara untuk melihat kalau ia masih selamat untuk digunakan.
  • Ibu bapa kena jadilah contoh yang baik. Pastikan anda sentiasa memakai tali pinggang tempat duduk anda. Ini akan membantu membentuk tabiat anak untuk sepanjang hayat.
  • Pastikan car seat dipasang dengan betul dan tali pinggang keledar dipakaikan setiap kali, untuk setiap perjalanan, setiap masa. Ibu bapa perlu konsisten dengan penggunaan car seat untuk mengurangkan kanak-kanak dari merengek dan membuat aduan.
  • Baca dan ikut manual untuk arahan bagaimana untuk memasangkan car seat dengan betul. Jika anda kehilangan manual untuk car seat tersebut, hubungi perkhidmatan pelanggan mereka untuk meminta manual baru. 

Sumber rujukan: Healthy Children, Paul Tan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio