Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Ibu bapa perlu memastikan semua peralatan bayi dipasang dengan betul. Ini termasuklah car seat untuk bayi, bahkan cermin keselamatan yang dipasang khas supaya ibu bapa boleh melihat bayi mereka yang masih menghala ke belakang.
Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi kisahnya di Facebook selepas car seat untuk bayi yang dianggapnya selamat itu tiba-tiba telah terbakar!
Dia berharap pengalamannya ini boleh menjadi peringatan kepada semua ibu bapa. Mari selami apakah kepentingan membaca dan mengikut cara betul apabila memasangkan peralatan bayi.
Car seat untuk bayi terbakar akibat pantulan cahaya matahari dari cermin keselamatan!
Beginilah kisah Amanda DeAngelis tersebut:
“Ini car seat untuk bayi saya. Ia sedang berasap akibat cermin keselamatan yang dipasang di belakang kerusi supaya saya dapat melihat anak saya.
Saya baru sahaja mengeluarkan bayi saya apabila terhidu bau asap dan melihat asap yang tiba-tiba naik dari car seat bayi saya, ” katanya dalam video rakaman tersebut sambil memberitahu car seat itu telah terbakar akibat pantulan cahaya matahari dari cermin keselamatan.
Car seat untuk bayi terbakar – Mengapa ia terjadi?
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!