Rupanya ini 6 cara artis Bollywood berikut mengasuh anak-anak mereka

6 artis terkenal Bollywood ini bukan saja kacak, malah mereka juga ada cara ayah mengasuh anak yang patut dijadikan teladan oleh ibu bapa lain!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana cara ayah mengasuh anak di Bollywood?

Sebelum ini, kita banyak dihidangkan dengan cara ayah mengasuh anak gaya Hollywood. Jarang kita baca tentang bagaimana cara keibubapaan atau parenting artis Bollywood pula, kan?

Tapi hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan membawakan kepada anda 6 cara ayah mengasuh anak yang diamalkan oleh bapa-bapa terkenal Bollywood ini. 

Ambillah cara ini sebagai teladan untuk ayah mendidik anak-anak mereka 😉

Cara ayah mengasuh anak – Shah Rukh Khan

Di sebalik kesibukan artis paling popular di India ini, Shah Rukh Khas masih akan berusaha keras untuk meluangkan masa dengan anak-anaknya.

Sebab itu SRK sanggup menghadiri kelas tarian Suhana, mendukung Aryan di pertandingan taekwando dan membacakan buku cerita untuk si kecil Abram.

Walaupun Shah Rukh Khan dan isterinya berbeza agama, namun raja filem Bollywood ini memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk memilih agama yang mereka yakini.

SRK juga menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa untuk mengelak tumpuan media di India. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah anak ketiganya lahir, SRK cuba mengurangkan masa dalam bidang seni dan lebih meluangkan masa dengan anak kecilnya itu. SRK berkata – 

Aku tak ada banyak kawan. Anak-anakku adalah kawan terdekat yang aku ada. Aku cuba untuk membahagikan masaku demi mereka. Jangan terlepas momen membahagiakan ini!

Sweet, kan?

Cara ayah mengasuh anak – Abishek Bachchan

Abishek Bachchan hanya mahu bersederhana untuk anaknya. Malah, dia juga membenarkan anaknya memilih jalan karier yang mereka mahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ibu bapa bukkan bermaksud kena mengongkong anak semata-mata. Hadiah terbesar yang boleh diberi pada anak adalah kasih sayang, perhatian, pendidikan dan memahami mereka. Itu apa yang ibu bapa patut beri pada anak mereka.”

Malah, Abishek juga tidak lokek untuk membantu isterinya, Aishwarya Rai menjaga anak. Bagi Abishek, tugas menjaga anak bukan tugas ibu semata-mata. Ia adalah tanggungjawab bersama.

Sebab itu kedua-dua ibu bapa harus mendidik anak bersama-sama.

Cara ayah mengasuh anak – Ajay Devgan

Ajay Devgan merupakan salah seorang artis Bollywood yang aktif terlibat dalam perkembangan anak-anaknya. Ajay sanggup kurang aktif dalam bidang seni kerana ingin duduk di rumah dengan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, dia juga selalu berusaha untuk mengganti masa yang tidak dihabiskannya dengan anak-anak. 

Ajay sering berkata – 

“Aku ada tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa. Jadi aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Aku cuba meluangkan masa untuk dihabiskan dengan anak-anakku.”

Cara ayah mengasuh anak – Saif Ali Khan

Saif Ali Khan memiliki dua orang anak dari perkahwinan pertamanya dengan Amrita Singh. Ibrahim dan Sara yang kini telah masuk usia remaja tetap mendapat perhatian sang ayah.

Saif Ali juga selalu berusaha untuk menyediakan waktu agar dia dapat berjumpa kedua anaknya itu walaupun di sebalik kesibukannya sebagai seorang artis. Dia juga sering memberi sokongan pada hobi anak-anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas berkahwin dengan Kareena Kapoor, mereka dikurniakan dengan Taimur. Kehadiran Taimur ketika usia Saif Ali mencecah 46 tahun tidak menjadikan ia sebagai satu beban. 

Malah Saif Ali memegang erat kata-kata ini –

“Benda paling penting dalam hidup adalah keseimbangan. Saya tidak akan pernah bahagia jika saya tidak boleh membahagi masa dan menghabiskan waktu saya bersama anak-anak dan isteri.”

Cara ayah mengasuh anak – Aksyah Kumar

Akshay Kumar memiliki 2 orang anak yakni Aarav dan Nitara. Untuk mengekspresikan cintanya pada sang anak, Akshay membuat tato nama anaknya di punggung.

Dia juga mengajar Aarav yang kini berusia 16 tahun untuk belajar seni membela diri dan menyokong bakat olahraga Aarav.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga sangat mengagumi anak keduanya Nitara yang lahir pada 25 September 2012 lalu. Saat Nitara lahir, Akshay menjadi sangat emosional kerana terharu. Diapun tak ragu untuk menghujani kedua anaknya dengan cinta dan kasih sayang.

Cara ayah mengasuh anak – Amitabh Bachchan

Bintang Bollywood yang terkenal ini masih aktif berlakon walaupun anak-anaknya sudah besar dan dia sendiri telah memiliki cucu!

Amitabh menganggap anak dan cucunya adalah hadiah terindah dalam hidupnya. Dia juga tidak membezakan antara anak lelaki dan anak perempuannya. 

Hidup di negara yang mengagungi anak lelaki berbanding anak perempuan, Amitabh Bachchan menganggap kedua-dua anaknya sama rata.

 

*****

Ha… cara ayah mengasuh anak yang mana yang anda ingin ambil sebagai teladan, parents semua?

 

 

 

Sumber rujukan: Bollywood Shaadis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Shah Rukh Khan Sebagai Ayah “COOL”

Penulis

Ayu Idris