9 Aksi Senggama Yang Membakar Kalori - Tak Payah Bersenam Dah Lepas Ini!

Kalaulah dari dulu anda tahu aksi senggama salah satu cara bakar kalori yang paling senang, pasti dah lama anda amalkan "berzumba atas katil" ini (wink)

Tahukah anda yang aksi senggama di ranjang adalah salah satu cara bakar kalori yang paling senang? Ya, betul!

Menurut pengkaji dari Kanada, suami boleh membakar sehingga 4 kalori dalam masa seminit ketika bersenggama. Manakala isteri pula boleh bakar sehingga 3 kalori dalam masa seminit!

Ehem, jadi sekarang ini tak payahlah anda susah-susah nak bersenam sebagai cara bakar kalori. Apa kata anda “bersenam” di atas katil dengan 9 aksi senggama ini saja 😛 

Cara bakar kalori: Apa kata anda cuba 9 aksi senggama yang mudah ini?

Cara bakar kalori #1: Gaya cowgirl

Kalori yang dibakar: 96 kalori dalam masa 10 minit!

Macam mana nak buat: Untuk membakar lebih banyak kalori dengan gaya ini, anda sebagai isteri yang duduk di atas haruslah melakukan “kerja” untuk mengawal ritma dayungan.

Susah tak nak buat aksi ini: Tak susah pun! Cuba pegang kepala katil untuk senang “bersenam” sambil betul-betul menggunakan otot dan paha anda.

Cara bakar kalori #2 Gaya doggy

Kalori yang dibakar: 56 kalori dalam masa 10 minit!

Macam mana nak buat: Salah satu cara bakar kalori dengan gaya ini adalah anda perlu “menahan diri” dan berlawan dengan setiap tusukan yang dibuat suami. Tapi, jangan lupa untuk menikmati aksi ini!

Susah tak nak buat aksi ini: Pastikan anda guna kaki dan tangan secara sepenuhnya untuk “menahan” beban yang diberi suami. 

Cara bakar kalori #3 Beraksi sambil berdiri

Kalori yang dibakar: 72 kalori dalam masa 10 minit!

Macam mana nak buat: Berdiri sambil bersemuka dan angkat salah satu kaki anda. Minta suami pegang kaki itu atau anda boleh peluk suami dengan kaki tersebut. 

Susah tak nak buat aksi ini: Walaupun agak susah nak berasmara sambil berdiri, lebih-lebih lagi kalau anda suami isteri memiliki ketinggian berbeza. Tapi orgasma dari posisi ini amat luar biasa!

Cara bakar kalori #4 Spooning

Kalori yang dibakar: 49 kalori dalam masa 10 minit!

Macam mana nak buat: Gaya spooning ini akan “merapatkan” lagi hubungan kalian suami isteri. Untuk mendapatkan klimaks yang luar biasa, sila rapatkan kaki anda supaya penetrasi mencapai dinding rahim.

Susah tak nak buat aksi ini: Inilah cara bakar kalori yang paling senang!

Cara bakar kalori #5 Aksi missionary klasik

Kalori yang dibakar: 48 kalori dalam masa 10 minit!

Macam mana nak buat: Ehem, siapa yang tidak tahu aksi ini kan?

Susah tak nak buat aksi ini: Antara gaya yang paling senang – macam berjalan-jalan di taman bunga.

Cara bakar kalori #6 Aksi crisscross

Kalori yang dibakar: 60 kalori dalam masa 10 minit!

Macam mana nak buat: Anda berdua perlu berbaring di atas katil dengan posisi berbeza. Anda terlentang manakala suami memusingkan badannya ke arah anda. Angkat kaki anda dan letak ke atas suami. Suami boleh melakukan penetrasi sambil merangsang klitoris.

Susah tak nak buat aksi ini: Oleh sebab kalian dua-dua berbaring, senang saja pun gaya ini! Jangan lupa fungsi tangan anda ya

Cara bakar kalori #7 Gaya reverse cowgirl

Kalori yang dibakar: 91 kalori dalam masa 10 minit!

Macam mana nak buat: Posisi ini menjanjikan klimaks kerana ia mampu mencapai titik G-spot. Jangan lupa gunakan otot anda untuk menggerakkan aksi. 

Susah tak nak buat aksi ini: Mudah saja untuk isteri kerana anda yang akan “mengawal” situasi.

Cara bakar kalori #8 Gaya the butterfly

Kalori yang dibakar: 80 kalori dalam masa 10 minit!

Macam mana nak buat: Gaya ini seakan sama macam missionary klasik, cuma bezanya terletak di punggung dan kaki anda. Sila letakkan sesuatu di bawah punggung, dan angkat kaki anda ke bahu suami.

Susah tak nak buat aksi ini: Ini gaya missionary yang amat luar biasa!

Sebenarnya… 9 gaya senggama ini memang membakar kalori. Tapi, waktu foreplay juga mampu membakar kalori tanpa anda sedar!

Jadi, jangan segan-segan untuk “berzumba di atas katil” ya. Menurut pakar kesihatan, anda digalakkan untuk “berzumba di atas katil” sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk turun berat badan (wink, wink)

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-bersetubuh-kamasutra/

 

Penulis

Ayu Idris