Cara Belajar Anak Lelaki & Perempuan Tak Sama, Tapi Dua-Dua Boleh Berjaya Dalam Hidup

Kalau nak anak-anak berjaya di masa depan mereka, ibu ayah kena ajar cara belajar yang berbeza mengikut jantina barulah anak tidak rasa tertekan atau memberontak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak di usia bayi lagi, ibu bapa digalakkan memperkenalkan cara belajar yang betul pada anak-anak kerana setiap anak memiliki perkembangan dan tingkah laku yang berbeza-beza. Jadi ibu ayah kena lebih alert ke arah itu.

Nak-nak pula kalau anda dikurniakan anak perempuan dan anak lelaki kerana setiap kemampuan cara belajar mereka adalah berbeza.

Jadi, ibu ayah jangan terlalu mengongkong atau memaksa anak lelaki agar belajar seperti mana anak perempuan dan pendekatan itu tidak boleh sama.

Silap-silap kalau tersalah tegur, boleh jadi lain pula nanti sampai anak rasa dirinya tersisih dan berjauhan hati.

Cara belajar anak perempuan dan anak lelaki tak sama

 

Menurut Profesor Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, beliau ada berkongsi tentang cara belajar dan mendidik anak mengikut jantina mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Untuk mendidik seseorang anak lelaki itu, kita tidak boleh berada dalam keadaan tertekan atau stres.

“Misalnya jika ibu ayah mahu anak cepat pandai menghafal maka jangan dipaksa untuk mereka buka buku dan duduk selama dua jam untuk belajar.

“Hal ini kerana, si anak lelaki tadi akan merasa tertekan seterusnya hilang minat untuk belajar. Bahkan, mereka juga akan turut memberontak pada masa yang sama,” katanya.

Prof Nik Salida turut menambah, cara belajar terbaik untuk memberi galakan kepada anak lelaki belajar adalah dengan bermain bersama mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Contohnya anda nak anak hafal ayat-ayat Al-Quran. Bawahlah anak lelaki tadi pergi ke taman permainan. Untuk pastikan si dia menghafaz ayat tertentu, minta dia bacanya terlebih dahulu sebelum membenarkannya turun dari papan gelongsor,” katanya.

Bagaimana pula cara belajar anak perempuan?

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, cara belajar dan mendidik anak perempuan pula adalah berbeza. Ini kerana anak perempuan lebih sukakan perhatian.

“Cara belajar anak perempuan adalah tak sama dengan anak lelaki. Ini kerana, anak perempuan boleh duduk di depan buku dalam tempoh yang lama untuk belajar asalkan ibu atau ayahnya teman.

“Semasa teman anak perempuan belajar, inilah masanya untuk ibu ayah menerangkan berkaitan pelajaran mereka pada hari tersebut,” ujarnya.

Selain itu semasa mengajar anak-anak, ibu ayah harus selalu ingat untuk menjelaskan setiap maksud subjek. Selepas itu, minta anak fahami dan menghafaznya.

Namun, jangan sesekali memaksa mereka kerana anak perempuan ini boleh belajar dalam keadaan yang mereka suka dan selesa.

Membentuk peribadi anak dari kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, Prof Nik Salida menambah, ibu bapa tidak seharusnya hanya memberi fokus kepada pelajaran anak semata-mata tapi turut menitikberatkan soal membentuk peribadi anak sejak dari kecil.

“Ingin diingatkan di sini bahawa ibu bapa seharusnya sentiasa membentuk nilai peribadi yang baik kepada anak sejak dari kecil. Ini kerana ia adalah lebih penting dari mengejar anak yang berjaya dalam pelajaran sahaja.

“Apatah lagi, setiap anak memiliki cara tersendiri untuk belajar asalkan ibu ayah tidak halang minat dan kecenderungan mereka itu.

“Selalulah bimbing anak menjadi yang terbaik dan mengilap kelebihan yang mereka miliki supaya lebih berjaya di masa akan datang,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, ibu ayah perlu menunjukkan perilaku dan contoh teladan yang baik kepada anak-anak kerana mereka mudah untuk belajar daripada kedua-dua orang tuanya.

Tips anak suka belajar

1) Menyediakan segala keperluan belajar anak secukupnya seperti alat tulis, bahan bacaan, buku tulis, buku rujukan dan lain-lain.

2) Menggantikan beg atau pakaian anak yang lusuh dengan yang baru supaya mereka sentiasa bersemangat untuk belajar.

3) Menyemak kerja sekolah anak dari semasa ke semasa. Ada kalanya kita mungkin terjumpa sesuatu yang tidak terjaga dan masa itu mungkin anda akan rasa menyesal tidak pantau anak lebih awal.

4) Membuat peraturan kepada anak contohnya bila waktu rehat, bila waktu bermain, bila waktu makan dan lain-lain.

5) Nyatakan dan tunaikan ganjaran yang anda ingin berikan kepada anak-anak yang mungkin mencapai prestasi membanggakan dalam kelas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Profesor Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcara-mendidik-anak-dengan-baik