Nak Anak Fasih Dua Bahasa? Ibu Bapa Kena Lakukan 5 Perkara Ini!

Selalu menjadi isu kan apabila bercakap mengenai apa bahasa yang kita patut latih anak-anak? Apa sebenarnya cara belajar bahasa inggeris dan bahasa melayu yang betul untuk anak-anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu menjadi isu kan apabila bercakap mengenai apa bahasa yang kita patut latih anak-anak? Apa sebenarnya cara belajar bahasa inggeris dan bahasa melayu yang betul untuk anak-anak?

Jika ingin ‘speaking’ saja nanti tak tahu bahasa melayu pula. Kalau campur nanti bagi anak pula keliru. Dan biasalah kalau asyik bercakap bahasa melayu nanti anak-anak ketinggalan pula di sekolah nanti.

Jadi ibu bapa sering dalam dilema apabila ingin mengajar anak dwi bahasa ini. Apa teknik dan kaedah yang betul?

Mengikut perkongsian anak muda bernama Ikmal Nordin ini di Twitter. Ibu bapa sebenarnya masing-masing perlu memainkan peranan. 

Misalnya ibu perlu bercakap ‘full’ bahasa inggeris, manakala bapa pula perlu bercaka ‘full’ bahasa melayu. Betul ke boleh berhasil?

Cara belajar bahasa inggeris & bahasa melayu untuk anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengikut perkongsian Ikmal Nordin, ini sebenarnya cara belajar bahasa inggeris & bahasa melayu untuk anak-anak yang patut diikuti!

Nak jadikan anak pandai 2 atau lebih bahasa? Benda tu sangat boleh dibuat!

Anda semua tahu kan umur anak 0 hingga 6 tahun itu ‘absorbent mind’. Antara serapan paling penting ialah serapan bahasa.

Ni antara cara nak bagi dia ‘menyerap’ 2 bahasa sekaligus. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ibu & bapa cakap secara eksklusif dalam satu bahasa 

Nak fasih bahasa melayu dan inggeris? Ibu kena cakap melayu sahaja dengan anak- anak. Bapa cakap bahasa inggeris sahaja. Atau ibu cakap bahasa inggeris, bapa pula bahasa melayu. Kenapa? supaya anak faham ‘kod’ bahasa tu secara penuh dan tak keliru.

#2. Kanak-kanak mempunyai Language Instinct

Steven Pinker pernah tulis ‘the language instinct’. Tesis dia berjudul: bahasa ni satu naluri yang kanak-kanak secara semulajadi boleh serap tanpa belajar secara formal. Tapi naluri tu wujud ketika awal kanak-kanak, dan tak ada pada orang dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tak percaya? Cuba tengok bahasa apa yang kita paling fasih 

Bahasa yang kita paling fasih ialah bahasa yang kita cakap masa kanak-kanak, masa kita ‘tak pandai belajar’ lagi.

Cuba belajar bahasa Arab sekarang. Kita tidak akan cakap seperti orang Arab walaupun belajar bertahun. Pelik kan?

#4. Cakap dalam satu bahasa untuk sebulan

Kalau ada anak bawah 6 tahun, cuba cakap bahasa inggeris sahaja dengan dia menggunakan tatabahasa dan grammar yang betul selama sebulan. Kita akan tengok dia boleh bertutur dengan bahasa inggeris dengan baik dan tidak terbalik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya kalau dia nak kata ‘Ni rumah kakak’, dia takkan cakap ‘This house kakak’. Dia akan cakap ‘This is kakak’s house’. Saya dah cuba dan benda ni menjadi. Magis!

#5. Ia menjadi walaupun ‘syntax’ berbeza

Bahasa melayu dan inggeris ada susunan kata yang tidak jauh beza. Dua-dua SVO (Subject-Verb-Object) walaupun ada sedikit perbezaan pada article, conjunction dan sebagainya.

Tapi kalau ajar bahasa arab yang SVO pun, budak-budak boleh tangkap. Yang penting konsisten dgn dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Takut orang cakap ‘poyo’?

Pedulikan saja. Budak-budak yang bercakap dwi atau tri-bahasa ni ada kelebihan dalam mencari sumber dan mencari pengalaman.

Biar orang kata ‘bapak dia ni poyo, tak reti cakap melayu ke’. Dia akan cakap melayu sebab mak dia cakap, makcik-makcik nenek atok semua cakap melayu.

Selain cakap, kalau mampu banyakkan bahan bacaan, ibu bapa boleh baca sama-sama dengan dia.

Kalau nak sekadar faham boleh buat buku latihan dan tunjuk video. Tapi kalau nak fasih anak kena latih bercakap, dan bercakap hanya boleh dengan orang lain dan punyai satu perbualan. 

Banyak lagi teknik yang ibu bapa boleh terapkan kepada anak-anak sepanjang dia membesar ini. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang baru nak bertutur, cepat sangat dia boleh belajar bahasa. Ada juga ibu bapa yang hanya menghidangkan rancangan-rancangan kartun dalam bahasa inggeris kepada anak-anak agar mereka cepat fasih, ada juga yang mainkan lagu-lagu inggeris. Tapi itu antara jalan mudah. Untuk mereka lagi mahir dan memahami apa yang mereka tuturkan adalah apabila berbual dengan mereka. Percayalah walaupu ia memerlukan kesabaran dan masa namun ia berbaloi!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Ikmal Nordin

Baca Juga:

10 cara meningkatkan penggunaan bahasa inggeris anak pada usia muda