5 cara bersetubuh seperti filem Fifty Shades Darker (yang panas), berani cuba?

Sempena filem Fifty Shades Freed yang baru keluar wayang, apa kata anda cuba 5 cara bersetubuh seperti filem ini. Berani cuba? Ia untuk suami isteri yang mahukan kelainan dalam berhubungan intim :P

Sekali-sekala, apa salahnya jika suami isteri mahukan sedikit kelainan dalam aksi di ranjang, kan? Jika itu yang anda mahu, kami sarankan anda cuba 5 cara bersetubuh seperti dalam filem Fifty Shades Darker ini!

Pasti anda pernah menonton filem erotik ini, bukan? Terkenal dengan jolokan “filem panas”, Fifty Shades Darker membawa cara bersetubuh yang lebih intim dan berbeza berbanding Fifty Shades of Grey (filem first).

Ia sungguh panas, memberi kepuasan maksimum dan mudah saja untuk dilakukan!

Jadi mari lihat apakah 5 hidangan cara bersetubuh yang kami bawakan untuk anda kali ini.

5 cara bersetubuh seperti filem Fifty Shades Darker

1. Membanjiri pasangan dengan ciuman lipstik

Jika isteri-isteri ingin buat pasangan “gila bayang” asyik terkenangkan malam indah bersama anda, kalian patut cuba teknik berintiman ini!

Ana (pelakon utama Fifty Shades Darker) menggunakan lipstik untuk membanjiri pasangannya dengan ciuman. Cara ini dikatakan mampu menambat hati suami dan menambah keseksian teknik godaan anda.

2. Sensasi berasmara di bawah shower

Melakukan cara bersetubuh yang satu ini terbukti akan memberi pengalaman luar biasa pada anda. 

Menurut pakar, kucupan yang diberi di bawah pancuran air shower terasa lebih panas dan penuh “sensasi”. Wow, bagaimana tu? Kalau nak tahu apa rasanya, anda kenalah cuba dulu!

Jika anda risau bilik air merupakan tempat yang tidak selamat untuk bersenggama, anda sebenarnya salah. Kami ada beberapa posisi selamat yang anda boleh buat dalam bilik air! Hehe

3. Bersetubuh dari belakang

Satu lagi cara bersetubuh yang paling anda suami isteri cuba jika kalian mahukan kelainan adalah cara ini. Bersetubuh dari belakang membuatkan suami lebih mudah merangsang isteri.

Malah, penetrasi dari belakang juga lebih dalam dan membuatkan ibu-ibu lebih mudah puas. Jika mahu kelainan yang lain dari lain, bawa masuk sex toys! Wow.

4. Isteri meltdown habis

Cara bersetubuh ini amat sesuai untuk isteri yang tak pernah mencapai klimaks. Caranya adalah dengan berbaring dan “tidak bekerja” langsung. Tapi, cuba letak aiskrim atau coklat pada bahagian badan yang tertentu.

Suami yang akan bertugas dengan memberikan seks oral pada isteri. Isteri hanya perlu bersedia untuk menerima rangsangan dari suami. Tara!

5. Bercinta di atas meja

Jika dalam filem Fifty Shades Darker ini, kedua-dua pelakon melakukan hubungan intim di atas meja biliard, ibu-ibu boleh cuba dengan melakukannya di atas meja makan atau kaunter dapur.

Tapi sebelum mencuba, pastikan meja itu cukup kukuh untuk menampung berat anda suami isteri, ya!

Ha… bagaimana? Berani tak cuba 5 cara bersetubuh seperti filem Fifty Shades Darker ini malam nanti? Diam-diam kongsikan idea ini pada pasangan anda ya! 😉

 

 

 

 

Sumber rujukan: cosmopolitan.com

Kredit gambar: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Mengapa Ada Pasangan Lebih Suka Seks Ganas Berbanding Romantik?

Penulis

Ayu Idris