4 Cara Bijak Atasi Masalah Anak Terlalu Dimanja Nenek & Datuk

Kadang, memang rimas bila tengok anak anda terlalu dimanjakan oleh nenek dan datuk mereka. Jom lihat bagaimana anda boleh atasi masalah ini dengan bijak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Layanan Nenek dan Datuk Pada Cucu Mereka

Anda pasti pernah menghadapi situasi ini… Terpaksa sorok-sorok salin lampin dalam bilik sebab ibu mertua kata anda “salah itu ini” bila memakaikan lampin pada si manja.

Atau ibu bapa anda sendiri selamba melanggar peraturan “jangan makan makanan manis” yang anda tetapkan pada anak-anak. Mereka boleh pula beri coklat dan gula-gula ketika waktu makan!

Kita sebagai ibu bapa segan untuk membantah bagaimana layanan mereka terhadap anak-anak.

Memang rasa nak marah bila ibu bapa atau mertua nampak sangat “terlalu” memanjakan anak kita. Tapi, jangan terburu-buru untuk memarahi mereka!

Yalah, apa pun – mereka ini ibu bapa dan mertua anda. Mereka terlebih dulu makan garam. Nak melawan nanti nampak tak sopan dan kurang ajar pula, betul tak?

Kredit gambar: SlideShare

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ha… jangan risau lagi! Kami ada 4 cara bijak untuk mengatasi masalah anak anda terlalu dimanjakan oleh nenek dan datuk mereka

Lepas ini, tak payah bermasam muka dengan orang tua kita itu. Mereka sebenarnya nak yang terbaik untuk anak-anak kita juga.

Lagipun, nenek dan datuk memainkan peranan penting dalam pembentukan keibubapaan yang bernas. Mereka akan jadi orang kedua yang paling dipercayai oleh anak-anak anda!

4 Cara Bijak Atasi Masalah Anak Terlalu Dimanjakan Nenek & Datuk

Jadi, jom guna 4 cara bijak berikut untuk dapat win-win situation:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Guna peraturan 80:20

Pakar dalam bidang pengurusan mengamalkan satu peraturan penting: peraturan 80:20.

80:20 boleh digunakan ketika anda membentuk peraturan untuk anak-anak. Dalam semua peraturan yang anda sedia, hanya 20% saja yang penting. Lagi 80% tidak berapa penting.

Jadi, jika anda ada 10 peraturan – hanya 2 yang paling penting. Anda kena tetapkan 2 peraturan yang tiada siapa boleh lawan. Lagi 8 peraturan, biarlah janji tak berlebihan.

Nanti, ibu bapa anda juga tak rimas anda asyik tak beri mereka buat sesuatu dengan cucu mereka. Malah, anda juga berjaya mengekalkan 2 peraturan penting!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Express

#2 Bersatu dengan pasangan anda

Anda kena berkomunikasi dengan ibu bapa dan mertua sama seperti anda berkomunikasi dengan anak-anak. Cakap dengan penuh yakin. Biar mereka anggap anda serius.

Jadi, cuba bersatu dengan pasangan. Bincang dan tetapkan peraturan 80:20. Kemudian, anda dan pasangan perlu bersatu untuk “menegaskan” peraturan yang kalian mahu.

#3 Buat senarai barang keperluan dan kehendak

Anda kena bijak membahagikan apakah “keperluan” dan apakah “kehendak” untuk anak-anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, sebelum ibu bapa atau mertua beli sebarang hadiah pada mereka, anda boleh suruh mereka rujuk/ikut senarai yang telah ditulis.

Taklah membazir, betul tak? Anda juga kena pastikan semua buku, barang permainan, baju dan apa-apa lagi keperluan anak anda seimbang. 

#4 Guna hadiah yang diberi dengan sehabis baik

Kadang-kadang, mereka mungkin tak faham dengan segala peraturan yang telah kita tetapkan. Tak apalah. Bawa bersabar. Jangan sebab benda-benda ini kalian bergaduh. 

Jika banyak sangat hadiah yang diberi, anda boleh saja dermakan semua itu pada insan yang memerlukan. 

Tapi, jangan sesekali tolak hadiah buku, ya!

Jangan risau. Tak berbaloi untuk tarik muka kerana masalah ini. Lagipun, mereka sebenarnya terlalu gembira melayan cucu ini sama seperti mereka layan anda kecil-kecil dulu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan stress sangat. Tetapkan 20% peraturan yang anda nak, dan kurangkan 80% stress! Hehe

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Baca juga:

Sering Bertelagah Dengan Orang Tua Kerana Cara Anda Asuh & Disiplin Anak Sendiri? Ini Cara Hadapinya

Penulis

Ayu Idris