Cara Buat Air Selusuh Untuk Mudah Bersalin, Ibu Boleh Minum Ketika Mula Rasa Kontraksi
Cara buat air selusuh dengan beberapa bacaan doa dan surah dari Al-Quran. Ia boleh diamalkan ibu mengandung ketika sakit kontraksi terjadi
Apabila tarikh jangkaan bersalin hampir dekat, pasti ibu akan mencari cara buat air selusuh yang dikatakan mampu memudahkan proses kelahiran bayi.
Ada yang setuju dengan kenyataan ini dan ada yang membantah. Hal ini kerana bagi mereka, air selusuh akan membuatkan wanita bertambah sakit ketika bersalin nanti. Mana satu yang betul, agaknya?
Cara buat air selusuh dengan betul dan berkesan
Tapi memang betul, doktor juga melarang ibu mengambil air selusuh ini jika due date masih lambat. Sebaiknya, air selusuh diambil ketika kontraksi bermula.
Malah, ada juga orang moden tidak percaya dengan keberkesanan air selusuh ini.
Namun bagi yang mempercayainya, mereka yakin air selusuh berperanan untuk memudahkan proses bersalin dan turut dijadikan sebagai penenang jiwa.
Ya benar, air selusuh ini adalah salah satu jalan ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Malah dari segi hukum Islam, ia juga adalah HARUS, selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam dan jampi serapah yang mengarut.
Berikut merupakan 3 cara buat air selusuh dengan bacaan doa dan ayat suci AL-Quran.
Anda boleh memilih salah satu daripada tiga cara ini. Air selusuh ini boleh dilakukan oleh suami, bapa atau sesiapa saja yang berkelayakan untuk membacanya.
1# Cara buat air selusuh pertama
1. Baca surah Al Fatihah dan Surah Al-Hasyr ayat 21
2. Kemudian, baca selawat zikir mudah bersalin dengan maksud yang berikut
“Ya Allah berikan Rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan serta kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya,”.
3. Baca doa cepat buka jalan bersalin ini:
“Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat,”.
Selepas dibaca, tiup pada air atau minyak dan perlu minum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
4. Sapukan air atau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat tujuh kali.
5. Minyak selusuh atau air selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin datang.
2# Cara buat air selusuh kedua
1. Beristighfar sebanyak tiga kali
2. Menghadiahkan bacaan kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan pengikutnya.
3. Membaca surah Al-Fatihah sebanyak satu kali.
4. Selawat 11 kali
5. Baca surah surah mudah bersalin:
- Alam Nasyrah sebanyak 7 kali
- Surah Al-Ikhlas tiga kali
- Surah Al-Falaq tiga kali
- Surah An-Nas tiga kali
9. Kemudian doa apa yang dihajati.
3# Cara buat air selusuh ketiga
1. Baca surah Al-Fatihah (Apabila sampai di ayat yang kelima, lintaskan di dalam hati mohon doa mudah bersalin sebanyak tiga kali).
2. Selawat Syifa tujuh kali
3. Suarah Al-Hasyr ayat 21 perlu dibaca sebanyak tiga kali
4. Surah Al-A’raa ayat 54 dibaca tiga kali
5. Kemudian, hembus pada air, minyak atau buah kurma. Lalu diberikan pada ibu yang akan bersalin.
Tips cepat bersalin secara normal dan mudah
#1. Banyakkan berjalan kaki
Memasuki penghujung trimester ketiga, ibu-ibu digalakkan untuk sentiasa aktif bergerak. Jika anda tinggal di bandar, boleh ajak suami keluar untuk window shopping.
Hal ini kerana ia dikatakan dapat membantu bayi turun ke saluran kelahiran dan mengembangkan servis. Jika tidak larat, jangan pula anda sampai memaksa diri. Berjalanlah mengikut kemampuan anda memandangkan ketika ini saiz perut yang begitu besar.
#2. Melakukan senaman
Ada beberapa senaman yang dikatakan mampu membantu ibu cepat bersalin normal. Antaranya adalah squat.
Squat membantu menguatkan otot pinggung ibu dan mendorong bayi turun lebih rendah.
Cara buat squat: Berdiri dan buka kangkang. Turun perlahan-lahan hingga ke posisi mencangkung. Tahan selama 30 saat, kemudian berdiri semula tanpa bantuan tangan. Ulang 10-20 minit setiap hari. Sakit pinggang pun boleh hilang!
Selain itu, angkat punggung dan otot pelvis. Ibu boleh buat senaman ini dekat rumah saja. Apa yang anda perlu ialah tempat lapik untuk tidur terlentang.
Kemudian, bengkokkan kulit dan biar tapak kaki terletak pada lantai. Perlahan-lahan angkat punggung. Pastikan bahu dan kaki tak terangkat.
Lakukan senaman ini selama 10-15 minit setiap hari sambil dengar lagu.
#3. Duduk dalam keadaan bersujud
Ia menjadi salah tip cepat bersalin yang begitu mudah untuk ibu lakukan. Apabila anda meletakkan kepala di atas lantai dan menaikkan punggung ke atas, ia akan merangsang rahim untuk mengembang dan mengecut dengan aktif.
Keadaan ini sekaligus mempercepatkan bukaan bersalin. Bukan itu sahaja ia juga mampu mengurangkan rasa sakit semasa anda mula diserang kontraksi.
Doa dipermudahkan bersalin
Ada beberapa doa permudahkan bersalin yang biasa diamalkan adalah dengan membaca surah-surah pilihan berikut:
- Surah mudahkan bersalin- surah Yusuf: Untuk anak cantik rupa dah akhlak
- Surah Luqman: Untuk anak cerdik
- Surah Maryam: Memudahkan proses bersalin
- Surah Yasin: Untuk anak tidak terpengaruh dengan maksiat
- Surah al-Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu
- Surah al-Imran 38: Untuk anak yang baik
- Surah al-Imran ayat 8-9: Untuk memohon rahmat
- Surah mudah bersalin- surah Ibrahim ayat 40: Untuk anak mudah mengerjakan solat
- Surah al-Baqarah ayat 128: Untuk anak patuh pada Allah S.W.T
Doa permudahkan bersalin yang boleh suami amalkan
Untuk suami, anda juga boleh amalkan zikir-zikir di atas, dan ketika anda menemani isteri anda semasa bersalin, anda boleh mengamalkan zikir ini bagi memudahkan proses bersalin isteri anda.
Allahumma yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khoir
“Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”
Sakit bersalin memang tak dapat diluahkan dengan kata-kata, dan Allah telah memilih wanita untuk menanggung sakit ini kerana Dia tahu yang kita kuat untuk menahannya.
Tanda tanda bersalin
- Kerap buang air kecil
Disebabkan kepala bayi semakin menghampiri pintu pelvis, mommies akan semakin kerap ingin buang air kecil. Ini kerana, kedudukan kepala bayi yang rendah dan memberikan lebih banyak tekanan kepada pundi kencing.
- Keluar lendir dari vagina
Ibu juga akan menyedari bahawa lendir keluar dari vagina berwarna putih dan merah jambu. Lendiran tersebut akan berbeza dari lendiran darah.
- Sakit belakang dan kontraksi
Ibu akan mula berasa sakit belakang diiringi dengan sakit kontraksi. Ini kerana, kandungan semakin berat dan kepala bayi semakin dekat dengan pintu pelvik. Otot dan sendi juga akan merenggang bagi mempersiapkan badan ibu untuk proses bersalin.
- Cirit birit dan loya
Ibu akan berasa tidak selesa di bahagian perut kerana hormon kelahiran. Ini kerana, badan sedang mengosongkan usus bagi memberi ruang kepada bayi.
Anda juga akan berasa loya dan ciri birit. Banyakkan minum air bagi mengekalkan hidrasi. Jangan risau, keadaan ini normal.
Jika anda mengalami tanda tanda bersalin ini, segeralah ke hospital. Selepas mendaftar masuk, doktor atau jururawat akan memeriksa bukaan bersalin dan memantau denyut jantung bayi.
Semoga urusan bersalin anda dipermudahkan!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Teh Daun Raspberi Mujarab Untuk Cepatkan Proses Bersalin? Ini Jawapannya
Baca juga: Ini Apa Yang Ibu Hamil Patut Lakukan Di Trimester Ketiga Untuk Persediaan Bersalin!
Baca juga: Nak Mudah Bersalin, Isteri Kena Hormat & Taat Pada Suami? Wanita Ini Kongsi Kisah Sebenar