9 posisi seks untuk penetrasi lebih dalam, suami isteri pasti lebih puas!

Anda tercari-cari posisi seks apa yang boleh menambah nikmat penetrasi lebih dalam dan cara buat anak paling mudah? Ini 9 posisi seks yang patut anda cuba!

Kadang-kadang, masalah tertentu yang dialami si suami, seperti saiz zakar yang kecil membuatkan isteri rasa tidak puas kerana penetrasi tidak terlalu dalam. Macam mana cara membuat anak jika penetrasi itu tidak dalam dan isteri tidak puas?

Ha… jangan bimbang! Kami ada jalan penyelesaian untuk anda.

Solusinya, suami isteri yang “cuba buat anak” boleh mempraktikkan 9 posisi seks di bawah ini agar penetrasi lebih dalam, sperma mudah melekat di telur dan isteri lebih puas.

Jom tengok apakah 9 posisi seks untuk suami isteri ini:

9 posisi seks untuk penetrasi lebih dalam dan cara membuat anak paling memuaskan

Cara buat anak #1: Flying V

Dengan gaya luar biasa ini, kami pasti proses dan cara buat anak yang anda impikan akan tercapai.

Posisi ini bukan saja membuatkan penetrasi suami rasa lebih dalam, malah ia juga sungguh memuaskan!

Isteri hanya perlu berbaring terlentang, namun menaikkan sikit pinggul. Guna bantal untuk diletakkan di bawah pinggul. Selepas menyila kaki, minta suami melutut di depan isteri.

Lalu lakukan penetrasi perlahan-lahan

Cara buat anak #2 Anvil

Dengan cara buat anak gaya Anvil ini, ia seakan-akan sama dengan posisi seks sebelum ini.

Cuma, suami perlu mencondongkan badannya ke arah isteri supaya pinggul isteri boleh terangkat dan penetrasi boleh masuk lebih dalam.

Cara buat anak #3 Posisi kupu-kupu

Posisi seks untuk penetrasi lebih dalam dan salah satu cara buat anak yang paling berkesan ini memerlukan kesediaan parents untuk keluar dari zon selamat. 

Cuba lakukan cara buat anak ini di permukaan meja dapur. Caranya mudah saja, letakkan kaki anda di bahu suami. Suami pula jangan lupa pegang kaki isteri, ya!

Cara buat anak #4 Flat doggy style

Kali ini, posisi flat doggy style pasti mampu membuatkan suami isteri berasa lebih puas ketika bersetubuh.

Posisi ini memerlukan si ibu tidur meniarap dengan meletakkan bantal di perut. Seakan gaya doggy style biasa, suami perlu beraksi dari belakang dengan melutut.

Cara untuk buat anak #5 Posisi kura-kura

Cara buat anak yang satu ini pasti menjanjikan penetrasi yang lebih dalam buat suami isteri. Mula-mula, ambil posisi seakan ingin merangkak. Rapatkan kaki!

Kemudian, bengkokkan lutut sehingga ibu mampu memeluk lutut. Vagina ibu akan lebih sempit. Suami pula memulakan aksi dari belakang.

Cara buat anak #6 Seperti mengangkat almari

Untuk melakukan posisi seks yang satu ini, isteri harus berdiri di tepi katil dengan melebarkan kaki. Kemudian, cuba tunduk ke hadapan.

Suami datang menghampiri dari belakang dan perlu mengangkat kaki isteri agar penetrasi dari belakang masuk lebih dalam.

Cara buat anak #7 Kaki saling bersilang

Sebagai salah satu cara untuk merasai pengalaman berasmara yang baru, kami menggalakkan anda mencuba posisi seks yang unik ini!

Isteri hanya perlu berbaring ke arah tepi, angkat salah satu kaki dan biarkan suami melakukan penetrasi. Adalah lebih senang jika suami melutut ketika melakukan aksi.

Cara buat anak #8 Posisi duduk di kerusi

Minta suami untuk duduk di atas sofa/kerusi dengan kedudukan badannya ke arah depan sikit. Kemudian, isteri naik ke pangkuan suami dengan posisi saling berhadapan.

Mulakanlah aksi bercinta anda dengan posisi yang gerenti sedap ini!

Cara buat anak #9 Posisi yang paling menyenangkan!

Jika ibu-ibu ada sofa di rumah, anda patut cuba posisi seks yang ini! Caranya mudah saja.

Ibu perlu berbaring di sofa, namun letak punggung di atas pemegang sofa. Kemudian, suami datang menghampiri dan melakukan penetrasi sambil berdiri.

Ha… bagaimana? Ada posisi yang anda berkenan untuk buat malam ini?

 

 

 

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: Scorpio Man Secrets

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-bersetubuh-kamasutra/

Penulis

Ayu Idris