Anda perasan tak yang bayi seolah-olah ada sensor yang dapat mengesan sama ada anda meletakkannya dalam posisi berbaring atau duduk. Mulalah dia menangis bagai nak rak! Dan cara buat bayi berhenti menangis tak lain tak bukan terus kita dukung dan bawa berjalan mundar mandir.
Rupanya cara lama yang mak ayah kita sering buat dulu sememangnya berkesan. Bila mereka lihat cucu mereka menangis, mereka akan berkata:
“Dia nak dukung tu. Cuba angkat dia.”
Kita pun mendukungnya dan dia terus senyap! Tapi pernahkah anda terfikir mengapa sebenarnya bayi ni suka didukung dan tak suka dibiar sendiri?
Cara buat bayi berhenti menangis
Kenapa agaknya si kecil kita itu akan berhenti menangis bila kita mengangkatnya dan bawa dia berjalan-jalan?
Rupanya, bayi secara amnya akan berasa tenang apabila didukung dengan posisi berdiri. Menurut penerangan kajian, ia berasal daripada proses survival sejak dari zaman primitif lagi!
Waktu itu, orang zaman batu sentiasa melindungi diri daripada haiwan pemangsa dan keadaan berdiri memberikan isyarat kepada bayi yang mereka bersedia untuk berlari dan menyelamatkan diri!
Wah, menarik bukan penerangan ini? Kita tidak pernah terfikir pun tentangnya.
Eksperimen tentang cara buat bayi berhenti menangis
Dalam satu kajian, 12 orang bayi yang sihat dipasangkan ECG. Pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi ini dalam beberapa posisi seperti:
- Berbaring dalam katil kot
- Duduk dengan bayi
- Berjalan dengan bayi selama 30 saat
Hasilnya mendapati yang bayi didukung dan dibawa berjalan lebih gembira! Yang lain pula mula tidak senang duduk dan meragam.
ECG yang dipasang pada bayi juga menunjukkan degupan jantung yang lebih tenang ketika dibawa berjalan.
Jom tonton video yang menunjukkan situasi menarik ini.
Menurut penerangan pakar:
“Analisis ini membuktikan yang degupan jantung bayi lebih tenang ketika dibawa berjalan. Data ini mengesahkan yang bayi sememangnya suka didukung sambil berdiri, bukan sahaja dari aspek tingkah laku malah dari segi fisiologi juga!”
Tips untuk mak ayah – Rajin-rajinlah dukung anak!
Dengan lebih memahami keadaan fisiologi bayi, maka lebih mudahlah untuk kita melayan anak kecil.
Selepas ini, kalau bayi meragam, anda boleh cuba untuk mendukungnya dan bawanya berjalan mundar-mandir di sekeliling ruang tamu atau di luar rumah!
Jadi selain hanya mengangkat bayi dan menghenjut-henjut mereka tidak berkesan. Anda boleh cuba bawa mereka keluar jalan, bersiar di taman sampai melihat pokok-pokok, haiwan dan sebagainya.
Antara cara lain yang boleh dicuba adalah berbual dengan bayi, dokong bayi sambil menenangkan mereka dengan berkata “jangan menangis sayang, ibu ada”, atau gunakan bunyi seperti “shhhh shhh” berulang kali.
Ia bukan saja boleh menenangkan bayi, malah boleh membuat mereka terlena dengan cepat.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Tanda Bayi Menangis Kerana Percaya & Memerlukan Anda