Cara Buat Jeruk Mangga Viral Sedap & Rangup Tanpa Pengawet, Buat Sekali Boleh Dapat Banyak

Cara buat jeruk mangga yang sedap tidak semestinya perlu menggunakan bahan pengawet. Ia menjadi salah satu kudapan kesukaan ramai

Kali ini, kami kongsikan cara buat jeruk mangga yang sedap dan ranggup tanpa menggunakan bahan pengawet tanpa menjejaskan kesihatan diri anda.

Tipulah kalau anda tak pernah rasa nak makan makanan masam lagi-lagi bagi perempuan yang sedang datang bulan. Tapi nak beli jeruk mangga di kedai kadang kala rasa takut kerana dikatakan ada asid yang boleh membahayakan kesihatan.

Cara Buat Jeruk Mangga Tanpa Pengawet

Jadi apa kata anda buat sendiri dengan resepi yang kami kongsikan ini. Ada juga yang kata asid dalam jeruk mangga yang dibuat di kedai itu boleh mengakibatkan sesak nafas, sejauh mana betulnya belum boleh dibuktikan lagi.

Tapi boleh saja kita cuba cara buat jeruk mangga yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • Mangga muda (20 hingga 25 biji)
  • 1 sudu kecil kapur makan
  • 5 sudu besar garam kasar dikacau sampai larut dengan air paip
  • 3 setengah cawan gula pasir dimasak dengan air secukupnya
  • 2 sudu besar cuka masakan 

Bagi garam kasar itu, anda hanya perlu kacau sampai larut dalam air yang diambil daripada paip dan tak perlu masak atas api.

Cara penyediaannya:

  1. Jika anda menggunakan mangga besar, kupas kulit buah itu terlebih dahulu. Tapi jika ia buah pelam pauh atau pelam telur, hanya bersihkan kulitnya kemudian belah dua atau potong kecil dan buang biji dan selaputnya.
  2. Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yan berisi bansuhan kapur masakan selama 15 minit. Rendaman air kapur ini penting untuk jeruk pelam ranggup dan jangan abaikan langkah ini.
  3. Masukkan mangga dalam bekas bertutup dan tuangkan bancuhan air garam ke dalamnya. Pastikan anda tuang bancuhan garam tadi sehingga melepasi buah mangga dalam bekas itu sebanyak seinci.
  4. Tutup rapat bekas itu dan peram selama dua hari. Selepas dua hari, buang air garam itu.
  5. Masukkan air suam ke dalam bekas tersebut separas mangga dan biarkan selama empat jam. Pada masa yang sama, anda boleh amsak gula dengan air sehingga mendidih kemudian biarkan ia sejuk.
  6. Apabila air gula sudah sejuk, masukkan dua sudu cuka makanan.
  7. Toskan mangga dan tuang air gula yang dicampur dengan cuka itu ke dalama bekas kedap udara bersama mangga.
  8. Peram selama satu hari di luar. Pada hari kedua, masukkan mangga yang telah diperam itu ke dalam peti ais.
  9. Biarkan selama dua hari lagi sebelum boleh dimakan.

Dah siap semua langkah-langkah ni, anda boleh simpan mangga yang telah diperam ini di dalam peti ais untuk memastikan rasa sedapnya kekal.

Khasiat Buah Mangga Untuk Kesihatan

1. Menurunkan Kadar Kolestrol

Buah mangga sememangnya terkenal dengan vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu membebaskan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, jadi secara tidak langsung ia mampu mencegah anda dari gejala obesiti.

2. Membantu pencernaan dalam tubuh

Khasiat mangga yang lain adalah menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan dan berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan.

#3. Mencegah strok

Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk membantu aturan tekanan jantung dan juga membantu untuk otot berfungsi dengan baik, sekaligus tekanan darah anda akan menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung.

#4. Menghaluskan kulit

Buah mangga juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu mempercepatkan proses regenerasi dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Hal ini membantu menjadikan kulit lebih halus dan sihat.

#5. Melegakan panas dalam

Ramai yang tidak tahu khasiat buah mangga sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor dan kebiasaanya disebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor-faktor lain.

Antaranya kekurangan Vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas.

Kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan daya tahan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam dengan lebih cepat.

#6. Mengubati anemia

Kekurangan zat besi dalam tubuh seseorang akan menyebabkan tekanan darah rendah. Bagi anda yang mengalami penyakit anemia, buah mangga merupakan penyelesaian kerana buah ini mengandungi zat besi yang sangat baik bagi penghidap anemia. 

#7. Menjaga kesihatan rambut dan kulit

Kombinasi vitamin A dan B diperlukan untuk menghasilkan kolagen. Kolagen merupakan protein khusu yang memberi serta menjaga keanjalan kulit bagi mencegah ia daripada berkeriput dan mengendur.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak

Baca juga: Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Mudah & Lembut Untuk Raya

Baca juga: Resipi Daging Dendeng Che Nom, Sesuai Dihidang Pagi Raya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!