Hidangan raya yang wajib ada di atas meja tak lain tak bukan adalah ketupat palas. Ia berbeza dengan ketupat nasi kerana berinti pulut dan rasa berlemak. Cara buat ketupat palas pun tak susah mana. Sangat mudah sebenarnya untuk beginner pun boleh buat, ikut cara seperti di bawah.
Cara Buat Ketupat Palas Untuk Raya
Bahan-bahan:
- Daun palas
- 1 kg beras pulut. Basuh dan rendam 1½ jam atau 2 jam
- 400 ml santan pekat
- 1½ sudu besar garam halus
- 1 sudu besar gula
Cara-caranya:
- Campurkan garam dan gula dalam santan. Kacau sebati. Ketepikan.
- Toskan beras pulut.
- Sebelum kukus pasti pengukus dilapik dengan jaring.
- Bila letak beras pulut, buat lubang di tengah beras supaya wap tersebar dengan sekata.
- Sediakan air secukupnya untuk kukus.
- Bila air sudah mendidih, masukkan pulut selama 40 minit.
- Bila dah siap kukus, tuang ke dalam besen.
- Sementara pulut masih panas, boleh masukkan santan yang telah dicampurkan tadi.
- Gaul hingga sebati lebih kurang 3 minit.
- Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap sepenuhnya ke dalam pulut.
- Kukus pulut sekali lagi. Biarkan selama 20 minit.
- Tuang pulut dalam besen. Gaul rata lebih kurang 3 minit.
- Kemudian, tunggu pulut sejuk dalam 2 hingga 3 jam.
- Bila dah sejuk, baru boleh bungkus dengan daun palas.
- Selepas siap bungkus, boleh bekukan atau kukus terus untuk dimakan.
Cara membalut ketupat palas yang mudah:
@qaqtnieybakar Selain dari ketupat apa lagi ya Menu traditional page raya..#suasanadikampung #fypraya #raya2023 #jlfara ♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy, Puas Hati Makan
Baca juga: Menu Raya Wajib Anda Cuba! Ini 5 Resepi Lemang Kukus Yang Sedap & Berlemak
Baca juga: Resipi Rendang Daging Sedap Untuk Hari Raya Ikut Cara Che Nom