Cara Buat Playdoh/ Plastisin Guna Bahan Masakan Yang Mudah & Selamat Untuk Anak

Cara buat playdoh yang sering dianggap berbahaya kerana bahan kimianya sebenarnya boleh diganti dengan bahan masakan yang lebih selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Playdoh atau plastisin adalah permainan yang boleh membentuk pelbagai bentuk. Biasanya, cara buat playdoh boleh daripada bahan-bahan seperti tepung gandum, garam, air, minyak, pewarna makanan dan bahan tambahan lain yang menjadikannya mudah dibentuk dan fleksibel.

Cara Buat Playdoh Guna Tepung Jagung

Untuk membuat playdoh atau plastisin menggunakan tepung jagung, berikut adalah caranya

Bahan-bahan:

  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Tepung maizena atau tepung kanji (1 cawan)
  • Garam (1/2 cawan)
  • Air (1 1/2 cawan)
  • Minyak sayur (2 senduk makan)
  • Pewarna makanan (pilihan)
  • Esen (pilihan)

Langkah-langkah:

  1. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung jagung, tepung maizena (atau tepung kanji) dan garam.
  2. Panaskan air hingga mendidih.
  3. Setelah air mendidih, tambahkan minyak sayur dan air panas ke dalam campuran tepung jagung, tepung maizena, dan garam. Kacau rata dengan spatula atau senduk kayu.
  4. Jika ingin membuat playdoh berwarna, tambahkan pewarna makanan mengikut kesukaan anda. Kacau hingga warna rata.
  5. Terus campuran hingga menjadi adunan hingga tidak melekat.
  6. Biarkan adunan sedikit sejuk sebelum sebelum anda menguli dengan tangan.
  7. Uli dengan tangan sehingga tekstur playdoh lembut, kenyal dan boleh lentur. 
  8. Simpan playdoh di tempat bertutup untuk mengelaknya kering. 

Cara Buat Playdoh Guna Tepung Gandum

Bahan-bahan:

  • Tepung Gandum (1 cawan)
  • Garam (1/2 cawan)
  • Air (1 cawan)
  • Minyak Sayur (1-2 senduk makan)
  • Pewarna Makanan (pilihan)
  • Esen (pilihan)

Langkah-langkah:

  1. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung jagung, tepung maizena (atau tepung kanji) dan garam.
  2. Panaskan air hingga mendidih.
  3. Setelah air mendidih, tambahkan minyak sayur dan air panas ke dalam campuran tepung jagung, tepung maizena, dan garam.
  4. Kacau rata dengan spatula atau senduk kayu.
  5. Jika ingin membuat playdoh berwarna, tambahkan pewarna makanan mengikut kesukaan anda. Kacau hingga warna rata.
  6. Terus campuran hingga menjadi adunan hingga tidak melekat.
  7. Biarkan adunan sedikit sejuk sebelum sebelum anda menguli dengan tangan.
  8. Uli dengan tangan sehingga tekstur playdoh lembut, kenyal dan boleh lentur.
  9. Simpan playdoh di tempat bertutup untuk mengelaknya kering. 

Cara Buat Playdoh Tahan Lama

1.Masak Adunan Playdoh

Memasak adunan playdoh adalah langkah penting untuk membuatnya lebih tahan lama dan memiliki tekstur yang baik. 

2.Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Mengelak playdoh keras, lebih tahan lama dan kekal elastik digunakan dalam jangka waktu yang lebih lama.

Manfaat Playdoh Atau Plastisin Untuk Anak

Playdoh atau plastisin memiliki banyak manfaat positif untuk perkembangan kanak-kanak, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Perkembangan Motor Halus

Membentuk playdoh atau plastisin membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus. Proses menggulung, memotong, dan membentuk dengan tangan membantu menguatkan otot-otot kecil pada jari-jari dan tangan.

2.Merangsang Kreativiti

Playdoh memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan imaginasi mereka secara bebas. Mereka dapat mencipta pelbagai bentuk dan objek mengikut imaginasi mereka sendiri.

3.Perkembangan Kemahiran Sensori

Sentuhan dan manipulasi playdoh atau plastisin merangsang deria sentuhan kanak-kanak, membantu mereka memahami tekstur dan keadaan bahan yang mereka gunakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Pembelajaran Konsep

Melalui playdoh, kanak-kanak boleh mempelajari konsep seperti bentuk, warna, saiz, dan kuantiti secara praktikal. 

5.Perkembangan Kemahiran Sosial

Bermain dengan playdoh atau plastisin sering melibatkan perkongsian dan kerjasama dengan rakan atau ahli keluarga. Ini membantu kanak-kanak belajar berkongsi, berkomunikasi, dan bekerjasama dalam situasi permainan yang teratur.

6.Meningkatkan Fokus Dan Tumpuan

Ketika kanak-kanak terlibat dalam aktiviti bermain dengan playdoh, mereka belajar untuk memberi tumpuan kepada tugas yang mereka lakukan. Ini membantu meningkatkan kemampuan mereka untuk fokus dan tumpuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7.Mengurangkan Stres

Bermain dengan playdoh dapat menjadi aktiviti yang menenangkan bagi kanak-kanak. Ini membantu mereka mengurangkan stres dan kebimbangan. 

Facebook Shaha Nabila

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah, Jom Galakkan Perkembangan Si Manja Dengan Mainan Kanak-Kanak Terbaik Untuk Bayi 7-12 Bulan!

Baca juga: Risaunya Anak Lambat Bercakap, Ibu Ayah Bantu Mereka Melalui 7 Jenis Mainan Ini!

Baca juga: Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar