Cara-cara mengendali kecederaan kepala bayi

Apa yang perlu anda buat jika bayi anda terjatuh atau mempunyai kecederaan kepala? Ketahui tanda-tanda penting sebagai langkah berjaga-jaga selepas apa-apa kecederaan kepala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimana anda berhati­hati apabila ianya berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan bayi anda, namun malang tidak berbau.

Mendapat lebam atau luka kecil buat sekali­sekala merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun jika bayi anda telah terjatuh atau mengalami hentakan ke atas kepala, ada beberapa tanda­tanda amaran penting yang perlu anda peka supaya tahu bila masanya untuk membawa bayi ke bilik kecemasan untuk menjalani pemeriksaan rapi.

Kecederaan kepala kanak-­kanak

Menurut Dr Chong Shu-Ling, kakitangan doktor yang bertugas dalam Bahagian Perubatan Kecemasan, Hospital Wanita dan Kanak­kanak KK (KKH),Bahagian Perubatan Kecemasan itu menyaksikan kira­kira 28,700 kes kanak­kanak yang mengalami kecederaan bagi semua tahap kecederaan dalam setahun.

“Ianya merupakan kira­kira 15–17 peratus dari kesemua jumlah kanak­kanak yang mendapatkan rawatan perubatan di Bahagian Kecemasan”, katanya.

Sebagai contoh, dari kesemua kanak­kanak berumur 2 tahun dan kebawah yang mendapat rawatan di bahagian Kecemasan Kanak­kanak KKH untuk kecederaan kepala, hampir 90 peratus daripadanya terjadi di dalam rumah, dan separuh dari jumlah ini mendapatnya di dalam bilik tidur.

Dalam kebanyakan kes­kes kecederaan yang berlaku di zaman kanak­kanak, kecederaan tersebut hanyalah kecederaan kecil dan anak tersebut akan sembuh sepenuhnya setelah menerima pertolongan cemas atau rawatan perubatan.

Dalam beberapa kes pula, kecederaan yang dialami merupakan kecederaan serius dan mampu mengakibatkan kecederaan kekal, mahupun kematian ­seperti insiden malang di mana seorang bayi berusia lapan bulan di Singapura meninggal dunia setelah terjatuh daripada kereta sorong.

Apa yang perlu anda lakukan?

Jika bayi anda mengalami kecederaan di kepalanya, anda perlu cuba kekal bertenang, memujuknya, kemudian melihat kecederaannya sebelum menentukan sama ada hendak membawanya bejumpa doktor ataupun tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendarahan berat

Menggunakan kain bersih atau pembalut, kenakan tekanan secara langsung kepada luka untuk beberapa minit.

Usah terlalu risau apabila melihat pendarahan kerana memang terdapat lebih banyak saluran darah sekitar kawasan muka dan kepala, jadi ianya mungkin hanya kelihatan lebih teruk dari yang sebenarnya.

Lebam kecil di kepala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan saluran darah yang pecah di bawah kulit, bengkak besar boleh menghasilkan lebam ­ juga dikenali sebagai “benjol” ­ yang boleh susut dengan cepat jika dikenakan pek ais dan sedikit tekanan.

Jika anda tidak mempunyai pek ais, anda juga boleh menggunakan beg sayuran beku dari peti ais anda, ini mampu mengurangkan ketidakselesaan bayi dan mengurangkan inflamasi.

Luka atau gores kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah membersihkan kawasan luka dengan sabun bayi dan air suam, kenakan sedikit salap antibakteria dan tutup kawasan tersebut dengan pembalut untuk mengelakkan jangkitan.

Muntah-­muntah

Bayi anda mungkin akan muntah setelah mengalami kecederaan kepala kerana dia merasa terganggu atas kejadian tersebut ataupun berada dalam kesakitan ­ dan ini adalah normal, melainkan adanya muntah-­muntah yang berulang­ulang dalam masa 6 sehingga 24 jam setelah kejadian tersebut.

Untuk menenangkannya, anda boleh teruskan menyusu atau sekiranya berumur lebih 6 bulan, maka anda bolehlah memberinya cecair jernih.

Sekiranya berlaku konkusi

Jika bayi anda mengalami hentakan yang serius kepada kepala ataupun hentakan yang menyebabkannya pengsan, walaupun hanya selama seminit, dia mungkin mengalami kecederaan kepada otak, suatu keadaan yang dikenali sebagai konkusi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam senario sebegini, anda dianjurkan untuk cuba memastikannya terjaga buat sejam yang pertama dan jika dia menangis atau tidak berkelakuan seperti kebiasaannya, ini bermakna dia mungkin sedang merasa pening ataupun keliru.

Sekiranya dia dapat tidur, periksalah warna kulit dan corak pernafasannya dengan kerap ­ jika keduanya tampak normal, tidak ada keperluan untuk mengejutkannya.

Namun jika dia tampak pucat ataupun pernafasannya seperti tidak sekata, kejutkannya dari tidur dengan lembut ­ jika dia membantah dan cuba untuk kembali tidur, ini bermakna semuanya baik­baik sahaja, namun jika dia tidak dapat dikejutkan, bawalah dia terus ke bilik kecemasan.

Sila ke halaman seterusnya untuk mendapat tahu apakah tanda­tanda amaran lain yang perlu anda peka kepada untuk bayi yang mempunyai kecederaan kepala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anda perlu risau

Memandangkan bayi anda masih tidak mampu untuk bercakap ataupun memberitahu anda jika dia merasa apa­apa kesakitan atau simptom­simptom lain, ianya penting sekali untuk anda memerhati si kecil dengan teliti selepas dia mengalami apa­apa kecederaan kepala.

Menurut Hospital Wanita dan Kanak­kanak KK (KKH) dan beberapa pengamal perubatan profesional, jika si kecil anda menunjukkan mana­mana tanda­tanda atau simtom­simptom berikut, anda perlu membawanya ke bahagian kecemasan dengan segera:

–Apa­-apa tingkah laku luar biasa yang tidak dikira sebagai normal untuk bayi anda
–Bayi anda mengalami kejang otak, konvulsi atau sawan
–Dia merasa ngantuk setiap masa lebih dari kebiasaannya
–Anda tidak dapat mengejutkannya dari tidur
–Selalu muntah­-muntah
–Terdapat pendarahan atau cairan yang keluar daripada telinga atau hidung
–Terdapat luka yang ternganga pada muka bayi anda, yang mungkin memerlukan jahitan
–Pendarahan tidak berhenti selepas lima hingga sepuluh minit mengenakan tekanan kepada luka Bayi anda tidak dapat ditenangkan dan tidak berhenti menangis Dia jatuh kepala dahulu keatas permukaan keras (lantai contohnya)
–Anda perasan matanya tampak juling atau keatas.
–Sebelah anak mata tampak lebih besar dari yang sebelah lagi.
–Tona warna kulitnya berubah warna, sebagai contoh menjadi lebih pucat ataupun menjadi kebiru­biruan.
–Anggota badan pada sebelah bahagian badan secara keseluruhannya bergerak­gerak
–Dia seakan­akan hilang keseimbangan ketika duduk, merangkak atau berjalan.

Bagaimana mengelakkan berlakunya kecederaan kepala

Walaupun kemalangan boleh terjadi, ianya penting untuk para ibubapa dan penjaga supaya mengambil kesemua langkah berjaga-­jaga untuk mengelakkan terjadinya apa­apa kejadian yang tidak diingini.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk mengelak si kecil kesayangan anda dari mendapat kecederaan kepala?

1. Jangan biarkan bayi keseorangan, walaupun hanya untuk beberapa saat, terutama sekali bila dia berada di atas permukaan tinggi ( seperti katil, tempat menukar lampin, ataupun kerusi tinggi bayi)

2. Elakkan penggunaan buaian kain atau ‘yao lan’, kerana KKH melaporkan bahawa kes­kes kecederaan kepala, keretakan tengkorak dan juga kematian pernah terjadi apabila anak kecil terjatuh keluar ataupun apabila spring atau sangkutan buaian putus.

3. Elakkan anak kecil dari menggunakan ‘walker’ untuk bayi, kerana menurut KKH, alat ini boleh tumbang dan banyak kes jatuh yang menyebabkan kecederaan kepala telah berlaku di dalam dan luar negara ­ beberapa kes yang telah mengakibatkan kematian turut dilaporkan berlaku.

4. Jangan goncang anak anda dengan ganas ketika anda merasa kecewa atau marah, kerana ini dapat mengakibatkan pendarahan dalaman keatas kepala yang serius dan boleh mengakibatkan kematian.

5. Pastikan kerusi tinggi bayi anda tegap dan jangan lupa untuk sentiasa menggunakan alat kekangan yang sesuai supaya si comel sentiasa selamat ketika sedang duduk.

6. Gunakan kerusi kereta bayi yang bersesuaian dengan umur bayi anda dan pastikan tali pinggang keledarnya sentiasa terpasang.

7. Pastikan semua kawasan­kawasan rumah yang berpotensi merbahaya kepada bayi anda diubah menjadi zon selamat untuk bayi seperti memagari tangga teratas dan bawah serta memasang jeriji keselamatan pada kesemua tingkap.

8. Sentiasa pasang tali pinggang keledar ketika bayi berada dalam kereta sorong mahupun di atas meja tukar lampin, kerana anda tidak dapat mengagak bila dia akan bergolek kebawah.

9. Cuba untuk jauhkan perkakas dari tingkap­tingkap supaya anak anda tidak dapat memanjat ke tingkap yang terbuka (walaupun tingkap yang mempunyai selak).

10. Letak tikar mainan lembut dibawah tempat gim bayi atau tempat mainannya, supaya ada sesuatu lapik untuk mengurangkan kesan jatuh sekiranya ia berlaku.

Sekiranya bayi anda mempunyai kecederaan kepala dan anda tidak pasti akan apa yang perlu anda lakukan seterusnya, sebaik­baiknya bawalah dia untuk diperiksa oleh pengamal perbuatan profesional untuk memastikan segalanya selamat.

Pernahkan bayi anda terhantuk atau terjatuh? Apakah ubat semulajadi di rumah anda untuk benjol kepala? Sila beritahu kami dalam ruangan komen dibawah.

Translation by: Dayang Hazieqa Hamzani