Cara Cuci Mirowave Guna Lemon, Mudah, Berkesan Dan Berbau Segar!

Kami kongsikan cara cuci microwave yang berkesan untuk menanggalkan semua kotoran dengan pantas menggunakan lemon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan kebanyakan rumah mempunyai microwave, senang bila nak panaskan makanan tetapi bila kali terakhir anda mencuci peralatan tersebut selepas digunakan? Ramai yang tak tahu cara cuci microwave kan?

Walaupun mungkin anda tidak nampak sisa tumpahan atau kotoran yang melekat pada ruang dalam microwave, namun anda tetap kena mencucinya kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria berkumpul.

Untuk memastikan kotoran kerak dan sisa minyak hilang, bukan sekadar lap-lap saja. Bila tak cuci dengan betul, bau yang tidak menyenangkan akan muncul.

Rupanya anda hanya perlu menggunakan beberapa bahan dapur yang mudah untuk membersihkan microwave. Bau pun akan lebih harum dan segar.

Kami kongsikan cara cuci microwave yang mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas dengan hanya menggunakan hirisan lemon sahaja.

Cara-cara :

1. Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Letak lemon sebiji. Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut.

3. Masukkan dalam microwave dan panaskan selama lima minit.

4. Tunggu dua minit sebelum buka pintu alat berkenaan. Ini bagi memastikan wap air tersebut tak keluar daripada microwave.

5. Lap microwave dengan kain bersih. Senang sahaja dan tak perlu sental kerak-kerak atau sisa minyak yang ada. Bau pun harum semerbak lemon tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kegunaan Lain Lemon Untuk Kebersihan Rumah

Bagi yang tidak tahu, lemon juga sudah lama digunakan untuk menghilangkan kotoran degil ketika mencuci terutamanya di bahagian dapur.

Tidak hanya itu, lemon dapat memberikan aroma segar selepas mencuci kerana baunya yang kuat dah harum.

Berikut merupakan empat perkara di dalam rumah yang boleh dibersihkan menggunakan lemon.

1. Matikan bakteria pada papan pemotong

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Papan pemotong adalah benda yang sering digunakan untuk memotong sayur, menyiang ikan dan sebagainya. Jangan tak tahu, pada permukaannya terdapat banyak bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Bagi memastikan ia benar-benar bersih, potong setengah biji lemon dan tabur garam kasar di atas papan pemotong.

Kemudian gosok lemon bersama garam sehingga benar-benar bersih dan biarkan selama 15 minit bagi membolehkan air perahan lemon menyerap dengan baik sebelum membilasnya dengan air bersih.

2. Hilangkan bau busuk peti sejuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahagian dalam peti sejuk mudah berbau jika terdapat bahan makanan yang disimpan terlalu lama dan sudah basi.

Untuk mencegah bau busuk, potong lemon menjadi dua bahagian dan letakkan di dalam peti ais anda. Biarkan selama 30 minit dan rasakan perbezaannya.

Lemon akan menyerap semua bau busuk tersebut.

3. Tanggalkan kotoran bilik air

Bilik air adalah bahagian paling mudah kotor di rumah kerana ia sentiasa lembab dan memudahkan bakteria dan kulit tumbuh pada jubin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan gusar, campurkan dua bahagian minyak zaitun dengan satu bahagian jus lemon dan masukkan kedua-dua bahan itu ke dalam botol penyembur.

Sebelum menyental dinding bilik air, sembur bahan itu tadi ke dinding dan biarkan selama lima minit sebelum menyentalnya seperti biasa.

4. Hilangkan daki kepala paip

Jika anda perhatikan, kepala paip biasanya akan mempunyai kesan putih seperti kapur dan susah ditanggalkan meskipun proses itu berulang kali dilakukan.

Dengan menggunakan lemon ia dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan menggosok bahagian itu dengan lemon yang dibelah dua dan biarkan selama 10 minit sebelum dibersihkan dengan air biasa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Guna 2 Bahan Di Dapur Ini Untuk Mencuci, Kasut Putih Anda Kembali Seperti Baru!

Baca juga : Stress Kucing Kesayangan Kencing Atas Sofa? Ini 4 Cara Hilangkan Bau Kencing Kucing

Baca juga : Rumah Wangi Dan Menyegarkan, Cuba Wangian Rumah DIY Ini, Mudah Dan Murah Sahaja!

Penulis

Nursyamimi