Ada wanita yang mengakui, bukan mudah untuk buat suami terangsang. Jadi kali ini kami kongsikan cara goda suami di katil yang boleh anda praktikkan.
Selain itu ada beberapa cara dan teknik foreplay yang bakal buat suami ketagih. Bolehlah anda cuba, mana tahu berkesan pasti lebih nikmat hubungan intim selepas ini.
Ada juga yang mengadu, setelah lama berkahwin, keintiman dan nikmat hubungan intim semakin berkurang, malah ada yang terlalu teruk hingga tiada keinginan melakukan seks.
Cara goda suami di katil, cuba teknik foreplay yang boleh buat suami ketagih
Foreplay adalah salah satu bahagian yang penting dalam hubungan intim. Foreplay atau pemanasan ini akan menjadi salah satu penentu anda akan mendapat malam yang panas ataupun sebaliknya.
Kali ini kami kongsikan beberapa idea foreplay yang boleh si isteri cuba untuk membuatkan suami ketagih dengan aksi anda. Teruskan bacaan untuk ketahui foreplay yang membuatkan suami ketagih.
#1. Berpakaian seksi
Cuba lakukan sedikit ujikaji dan cuba pelbagai jenis pakaian seksi yang akan membuatkan suami anda terpaku. Cara bahan dan warna yang sesuai dan beri kejutan kepada suami dengan penampilan yang lain dari lain.
#2. Wangian
Kini wangian bukan lagi pilihan tetapi ia adalah satu kewajopan. Bau badan yang wangi lebih mudah untuk menarik perhatian suami.
Anda boleh cuba pelbagai jenis wangian yang seksi dan sesuai dengan keperibadian serta disukai suami anda.
#3. Dirty talk
Percakapan yang erotik akan membuatkan anda nampak lebih ghairah. Lakukan ini ketika anda hendak tidur dengan suami sebagai hint yang anda ‘mahukannya’.
Ketika sedang melakukan foreplay juga anda boleh lakukan cara ini untuk menaikan ghairah suami. Pasti dia tak senang duduk.
#4. Mula dulu
Lelaki sebenarnya suka pada wanita yang mengambil inisiatif contohnya wanita yang terlebih dahulu mengajak untuk melakukan hubungan seks.
Berikan ciuman ghairah anda kepada suami secara mengejut. Pasti malam anda akan lebih panas.
#5. Mandi bersama
Sudah lama tidak mandi bersama dengan pasangan? Lakukannya kembali untuk hubungan yang lebih intim. Lebih bagus jika bilik tidur yang disertai dengan bilik mandi. Mulakan aksi anda dengan meraba keseluruh tubuh suami anda.
#6. Goda&rayu suami
Salah satu kehebatan wanita adalah godaan. Jika suami sedang sibuk melakukan sesuatu, cuba anda dekati suami lalu bisikkan sesuatu yang menggoda.
Lenggok tubuh juga mainkan peranan yang sangat besar. Gunakannya untuk beri hint kepada suami anda.
Teknik foreplay yang buat suami ketagih
#1. Gunakan tangan
Suami sangat suka jika anda menggunakan tangan. Ketika anda sedang melakukan aktiviti oral seks, jangan lupa untuk gunakan tangan anda.
Sentuh pada bahagian sensitif suami dan lihat suami anda akan mula tak tentu arah jadinya.
#2. Tahu bahagian sensitif suami
Ketahui bahagian paling sensitif suami anda. Cium pada bahagian sensitifnya. Anda akan perasan suami menjadi lebih ghairah dan lebih agresif untuk mendapatkan anda.
Kebiasaannya bahagian sensitifi suami adalah peha dan belakang telinga. Tetapi, lain orang lain tempat sensitifnya. Jadi anda perlu bereksperimen sendiri.
#3. Lakukan beberapa jam sebelum hubungan seks
Foreplay tidak semestinya dilakukan sebelum hubungan seks. Anda boleh melakukannya beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks.
Kirimkan beberapa keping gambar seksi anda untuk menaikkan rasa ghairah pasangan dan pasti si suami ingin cepat pulang.
#4. Foreplay di bilik mandi
Beri kejutan pada suami anda dengan foreplay romantik di bilik mandi. Ajak dia untuk mandi bersama. Tunjukkan semua kebolehan anda untuk membangkitkan ghairah si suami di dalam bilik mandi.
Buka mandian yang suam, agar suasana di bilik mandi lebih hangat dan mampu menaikkan ghairah anda berdua.
#5. Manfaatkan bahagian dada
Bukan hanya wanita saja yang sensitif pada bahagian dadanya, lelaki juga sama. Berikan kejutan khusus seperti ciuman, jilatan dan gigitan manja pada beberapa bahagian termasuk puting. Pasti pasangan anda akan mula turn on.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: sukacuka
Baca juga: 6 Posisi Seks Terbaik Yang Buat Wanita Kelihatan Makin Seksi Dan Menarik