20 Cara Halau Cicak Dari Rumah Yang Berkesan Guna Bahan Dapur Sahaja,Punca Cicak Banyak Dalam Rumah

undefined

Cara halau cicak boleh dilakukan dengan pelbagai cara bergantung kepada anda. Tapi cicak boleh dihalau dengan menggunakan bahan dapur saja.

Cara halau cicak boleh dilakukan dengan pelbagai cara bergantung kepada anda. Tapi cicak boleh dihalau dengan menggunakan bahan dapur saja. Jimat belanja malah mudah didapati.

Cara Halau Cicak

1. Kulit Telur

Kulit telur boleh digunakan untuk mengusir cicak kerana binatang ini tidak menyukai bau telur. Cara ini diyakini sebagai mengusir cicak secara semula jadi.  Letakkan kulit telur di tempat-tempat yang sering dilalui oleh cicak, seperti sudut pintu atau kawasan dapur.

2.Bawang putih

Bawang putih memiliki aroma yang cukup kuat dan tidak disukai oleh banyak haiwan, termasuk cicak. Penggunaan bawang putih sebagai penghalau cicak adalah salah satu cara semualajadi yang biasa dilakukan. 

3.Kopi 

Letakkan biji kopi atau kopi kisar di tempat yang dilalui cicak atau tempat persembunyainnya. Balut dalam kain nipis dan gantung di tempat.

4.Tembakau

Cicak juga tidak gemar akan bau tembakau. Ia bukan sahaja dapat menghalau cicak tetapi membunuhnya. Jadi bersedialah untuk mengutip bangkai cicak.

5.Lada hitam

Ganti lada hitam secara berkala bagi memastikan ia kekal berhasil menghalau cicak. Baunya yang kuat tidak disukai haiwan dan mereka akan beredar daripada kawasan itu. 

6.Bawang merah

Potong atau hancurkan bawang merah kepada beberapa bahagian kecil. Aroma seakan sulfur akan tersebar dan tidak disukai cicak. 

cara halau cicak

7. Lemon

Bau segar dan masam lemon mampu mengusir cicak. Caranya mudah saja potong lemon atau gunakan kulit lemon. Kulit lemon yang sudah dipotong menjadi hirisan atau diparut boleh digunakan.

8.Serbuk cili

Campurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili. Kemudian, larutkan dengan cuka dan air. Masukkan di dalam botol spray dan gocangkan sehingga campuran tersebut sebati. Semburkan di kawasan yang selalu ada cicak.

9.Serai

Ambil sebatang serai atau beberapa batang serai. Jika dapat serai yang segar lebih baik. Potong atau hiris serai untuk mengeluarkan aromanya. Letakkan di tempat laluan cicak. Ganti secara berkala.

10.Ubat gegat

Ubat gegat antara penghalau cicak paling popular. Namun ada yang tidak tahan dengan baunya. Jika akan boleh tahan baunya boleh saja gunakan ubat gegat.

11. Cuka

Lap permukaan meja makan atau kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka  untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita.

12.Jaga kebersihan

Apa yang penting jaga kebersihan rumah anda pasti cicak tidak berani datang. 

Punca Cicak Banyak Dalam Rumah

1.Sumber makanan

Cicak umumnya mencari makanan di dalam rumah, terutama serangga kecil seperti kutu buku, semut, dan serangga lainnya. Jika ada sumber makanan yang cukup di dalam rumah, seperti sisa makanan yang tidak tertutup rapat atau tidak bersih.

2.Kelembapan tinggi

Cicak suka tempat lembap dan gelap. Kelembapan tinggi di dalam rumah, terutama di daerah yang jarang terkena matahari seperti bilik air menjadi tempat kesukaan cicak. 

cara halau cicak

3. Celah dan lubang

Cicak masuk ke dalam rumah melalui celah dan lubang kecil di dinding, tingkap yang tidak tertutup rapat atau saluran udara yang rosak. Jika rumah memiliki banyak celah-celah seperti itu, cicak memiliki akses yang mudah untuk masuk dan berkembang biak di dalam rumah.

mstar

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Cara Halau Nyamuk, dan Ini 8 Produk Yang Terbaik

Baca juga: Madu Kelulut: Ketahui Ciri-Ciri, Khasiat dan Cara Pengambilan Yang Betul

Baca juga: Kedai Family Mart Ini Diserang Tikus! Ini Petua Halau Tikus Di Kediaman Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!