X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Guna Bahan Dapur, Dalam Masa 1 Hari Parut Jerawat Hilang

5 min bacaan
Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Guna Bahan Dapur, Dalam Masa 1 Hari Parut Jerawat Hilang

Cara hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari dengan hanya menggunakan bahan dapur boleh membantu mengembalikan seri wajah dan keyakinan

Jerawat adalah masalah kulit yang biasa, dan selalunya ia boleh meninggalkan parut hitam yang menjejaskan penampilan kulit. Bagi mengembalikan semula kulit wajah bebas cela, kami kongsikan beberapa cara hilangkan parut jerawat dengan hanya menggunakan bahan dapur.

Menurut portal Myhealth, jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.

Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk. Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa.

▲▼Isi Kandungan

  • Cara Hilangkan Parut Jerawat 
  • Produk Hilang Parut Jerawat 
  • Tips Hilangkan Parut Jerawat Yang Lain

Cara Hilangkan Parut Jerawat 

cara hilang parut jerawat, cara hilangkan parut jerawat, tips hilangkan parut jerawat, petua hilangkan parut jerawat, cara hilangkan parut jerawat hitam, produk hilang parut jerawat

Advertisement

#1. Kulit Kayu Manis dan Bedak Sejuk

  1. Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk.
  2. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
  3. Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang.

Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka anda.

#2. Guna Lidah Buaya (aloe vera)

Tips hilangkan parut jerawat ini lebih semulajadi, tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya.

Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

#3. Guna Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

#4. Guna Madu

Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

#5. Timun

cara hilang parut jerawat, cara hilangkan parut jerawat, tips hilangkan parut jerawat, petua hilangkan parut jerawat, cara hilangkan parut jerawat hitam, produk hilang parut jerawat

Cara hilangkan parut jerawat menggunakan timun adalah dengan kisarkan timun dan tapiskan airnya.  Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

#6. Guna Daun Senduduk

Daun senduduk juga antara cara hilangkan parut jerawat yang berkesan.

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

#7. Guna Daun Sirih Muda

Tips hilangkan parut jerawat seterusnya menggunakan daun sirih muda.

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

#8. Masker Kunyit dan Madu

cara hilang parut jerawat, cara hilangkan parut jerawat, tips hilangkan parut jerawat, petua hilangkan parut jerawat, cara hilangkan parut jerawat hitam, produk hilang parut jerawat

  • Serbuk kunyit
  • Madu
  • Air suam/sejuk
  1. Ambik 1/2 sudu makan kunyit. Kemudian masuk sedikit madu dan air . Kacau sampai sebati.
  2. Sapukan masker pada permukaan wajah yang kering atau pada bahagian jerawat atau parut sahaja.
  3. Seterusnya cuci sekali dengan air suam dan kali kedua dengan air sejuk untuk menutup semula pori-pori wajah. Jika konsisten cuba tips hilangkan parut jerawat ini, anda akan melihat keberkesannya.

#9. Air Lemon Dengan Air Mawar

Lemon merupakan sejenis buah yang sangat baik untuk kulit wajah dan juga kesihatan. Tahukah anda lemon ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid di mana secara semulajadinya ianya bertindak sebagai pengelupas kulit dimana ianya dapat melindungi kulit anda daripada jerawat dan juga bintik hitam.

Berikut tips hilangkan parut jerawat yang boleh anda cuba di rumah:

1. Campurkan jus lemon yang diperah bersama air mawar dalam kuantiti yang sama dan sapukan pada kawasan kulit yang mempunyai bintik hitam.
2. Kemudian biarkan ia selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.
3. Ulang setiap hari sehingga dua minggu berturut-turut untuk hasil yang berkesan.

Air mawar mengandungi Vitamin C dan E. Vitamin C membantu mencerahkan kulit, mengecilkan liang pori dan memudarkan parut jerawat. Manakala vitamin E pula untuk melembapkan kulit.

Jika kulit anda tidak sensitif, anda boleh menyapu kulit wajah anda dengan lemon tanpa air mawar dan boleh lakukan 2-3 kali sehari untuk hasil yang lebih baik.

#10. Putih Telur

  • Pukul putih telur dan sapukan pada kawasan parut.
  • Biarkan ia kering sebelum membilasnya.
  • Putih telur boleh membantu menegangkan kulit.

#11. Minyak Biji Delima

Berikut langkah dan tips hilangkan parut jerawat: 

  • Sapukan minyak biji delima pada kawasan parut dan urut perlahan-lahan.
  • Minyak ini diketahui mempunyai sifat antioksidan dan boleh membantu menjana semula sel-sel kulit.

Produk Hilang Parut Jerawat 

#1. Niacinamide

Ada tiga bahan dalam produk hilang parut jerawat dan membantu memulihkan parut gelap dengan begitu cepat antaranya Niacinamide yang kebiasaanya terdapat di dalam serum dan pelembap wajah.

Niacinamide ini sangat membantu lightening ataupun mencerahkan kawasan yang berparut dan agak gelap di kawasan lain, hyperpigmentation pun boleh mengunakan niacinamide. 

#2. Vitamin C

Pilihan kedua adalah vitamin C. Ia terkenal dengan sifatnya yang boleh mencerahkan kulit. Paling bagus juga Vitamin C boleh menghidratkan kulit, menjadikan kulit kita nampak lembap dan menjana sel kulit yang baru. 

#3. Alpha Arbutin

Dan yang terakhir produk hilang parut jerawat adalah Alpha Arbutin. Arbutin bersifat mencerahkan kulit dengan memperlahankan pengeluaran melanin. 

Ini adalah 3 bahan yang berkesan untuk mempercepatkan proses memudarkan parut jerawat.

Tips Hilangkan Parut Jerawat Yang Lain

Selain mencari bahan aktif di dalam penjagaan wajah, kita juga boleh memudarkan parut gelap dengan cara exfoliation ( pengelupasan ) ataupun bahasa lainnya scrub.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Tapi scrub ada dua teknik, chemical exfoliation dan physical exfoliation. Chemical exfoliater mengunakan bahan AHA dan BHA yang untuk menanggalkan sel kulit mati.

Ataupun boleh juga guna physical exfoliater tapi kena pastikan jerawat pada muka sudah pulih ataupun dah tidak aktif. Sebab physical exfoliater sangat kasar dan mungkin boleh menyebabkan kulit terluka. Apabila terluka lagi mudah terkena bakteria dan menyebabkan jerawat wajah makin bertambah banyak.

Kesimpulannya, sentiasa lakukan ujian pada tompok kecil kulit terlebih dahulu untuk memastikan anda tidak alah kepada bahan-bahan yang kami kongsikan di atas.

Jika anda mempunyai parut jerawat yang teruk atau berterusan, sebaiknya dapatkan nasihat doktor atau profesional penjagaan kulit untuk mendapatkan nasihat lebih khusus.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Guna Bahan Dapur, Dalam Masa 1 Hari Parut Jerawat Hilang
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham