Nak Halau Lalat Dari Rumah? Ini Dia 10 Bahan Simple Yang Paling Mudah & Berkesan

Lalat tidak boleh dibiarkan sahaja kerana boleh membawa pelbagai penyakit bahaya. Ada beberapa cara halau lalat yang boleh cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terlalu banyak lalat berterbangan di dalam rumah boleh buat kita rasa tak selesa, ada beberapa cara halau lalat dari rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja.

Adakah Lalat Rumah Bahaya?

Lalat sinonim dengan benda yang kotor sebab itu lalat tidak boleh dibiarkan sahaja lebih-lebih lagi hinggap pada makanan di rumah.

Meskipun kehadiran lalat dianggap sebagai perkara biasa, namun tahukah anda lalat boleh membawa pelbagai jenis bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit?

Antara penyakit bawaan lalat ialah:

Tiada lagi alasan untuk membiarkan lalat membiak di merata tempat, apatah lagi dibiarkan hinggap sesuka hati pada makanan bimbang bertelur.

Telur lalat boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit, memang bahaya!

10 Cara Halau Lalat Paling Berkesan

1. Tanam Pokok

Pokok selasih dan daun salam bukan sahaja berfungsi untuk menghalau lalat, tetapi juga boleh digunakan dalam masakan.

Tidak rugi jika anda menanamnya sebagai tanaman hiasan di sekitar rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Campuran Sabun dan Cuka

Cuka epal antara salah satu bahan yang boleh digunakan sebagai umpan untuk memerangkap lalat kerana lalat sangat tertarik dengan baunya.

Tetapi cuka sahaja tidak memadai. Oleh itu, campurkan cuka bersama sabun supaya lebih berkesan.

Cara buat campuran sabun dan cuka:

  • Tuang kira-kira 1 sudu besar cuka epal ke dalam gelas atau botol.
  • Titiskan sabun pencuci pinggan.
  • Balut bekas dengan plstik dan ikat dengan getah.
  • Tebuk beberapa lubang kecil pada plastik.
  • Lalat akan masuk ke dalam bekas melalui lubang-lubang tersebut.

3. Cuka Epal

Anda juga boleh membuat semburan sendiri menggunakan cuka epal sebagai salah satu cara berkesan untuk menghalau lalat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya adalah dengan mencampurkan cuka epal dengan air sejuk mengikut nisbah 2:1.

Kemudian, masukkan campuran tadi ke dalam botol penyembur dan semburkan pada permukaan yang sering dihinggapi lalat.

Jangan lap dengan kain sebaliknya biarkan ia kering sendiri.

4. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis yang sering digunakan dalam masakan sebenarnya sangat tidak disukai oleh lalat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain bau dan aromanya yang kuat, ada beberapa komponen yang boleh menjadi toksik kepada lalat.

Mudah sahaja, letakkan beberapa batang kulit kayu manis dalam bekas dan tempatkan bekas tersebut di tengah ruang.

Boleh juga guna minyak pati atau serbuk kulit kayu manis jika ada.  Kalau boleh, bakar serbuk tersebut supaya dapat mengeluarkan bau yang kuat sekaligus menghalau lalat dengan cepat.

5. Minyak Pati Herba @ Essential Oil

Kebanyakan rumah sekarang mempunyai minyak pati herba untuk mewangikan ruang yang ada.

Alang-alang ruang berbau harum apa kata pilih minyak pati yang dibenci lalat seperti lavender, serai, eucalyptus dan pudina.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semburkan atau letak pada alat mesin pewangi, tentu lalat tidak ingin masuk ke dalam rumah lagi.

6. Bunga Cengkih

Boleh juga gantikan kulit kayu manis dengan bunga cengkih. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan rendam dalam bekas yang berisi air.

Letak di atas meja makan dan biarkan ia terdedah begitu sahaja.

7. Lilin

Cara halau lalat yang paling cepat dan selalu digunakan ramai orang terutama peniaga kedai makan ialah nyalakan lilin dan letakkan di atas meja. Lalat memang tidak tahan dengan haba panas tersebut.

8. Daun Kari

Sekiranya ada pokok kari di rumah, ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan di tempat yang biasa lalat hinggap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bau kuat datang dari daun kari tersebut akan membuatkan lalat menjauhkan diri dari makanan.

9. Cili

Paling mudah, belah dua cili merah dan biarkan sahaja di atas meja. Tetapi awas cara ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai anak kecil risau termakan.

10. Uncang Rempah

Tiga sekawan bukan sahaja berfungsi untuk menyedapkan makanan, malah aromanya juga berkesan menghalau lalat tanpa menggunakan racun perosak.

Ambil kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dan isikan ke dalam bekas uncang jika ada.

Gantung rempah tersebut di mana-mana ruang yang ada banyak lalat.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Halau Ular, Lipan, Dan Serangga Lain Dalam Rumah Paling Berkesan Dan Murah, Anda Boleh Cuba!

Baca juga: Stress ‘Cik Ti’ Bersarang Di Rumah? Ini Cara Halau Tikus Guna Bahan Semula Jadi Tanpa Perlu Membunuh

Baca juga: Gigitan Serangga Pada Anak (Insects Bites): Jenis Gigitan Serangga, Tanda & Cara Menghilangkan Bekas Gigitan Serangga Anak

Penulis

Noorhidayah