Kawasan yang lembab dan panas seperti Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai serangga termasuk lipas. Kita tak mahu lipas di dalam rumah, kita tak tahu cara halau lipas secara semula jadi tapi pada masa yang sama kita tak nak dedahkan anak kita dengan racun pembunuh serangga.
Jangan risau ibu bapa semua. Hari ini, kami bawakan kepada anda bagaimana 7 cara halau lipas menggunakan bahan semula jadi. Mari kita halau lipas-lipas ini dari rumah!
7 cara halau lipas menggunakan bahan semula jadi
Ada beberapa bahan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai perangkap, penghalau dan pembunuh untuk serangga-serangga ini.
Anda hanya perlu campurkan bahan dan letakkan di tempat lipas selalu sorok.
1. Cara halau lipas: Minyak pati
Lipas benci bau minyak peppermint, lavender, eucalyptus dan pokok teh. Ini kerana ia menghalang lipas dari menjejak bau makanan.
Lipas akan mati apabila terdedah pada kepekatan bau minyak pati, lebih-lebih lagi peppermint. Gunakan minyak pati untuk halau lipas secara semula jadi dengan meletakkan beberapa titis minyak peppermint pada kapas dan lapkan pada tempat di mana lipas selalu masuk atu sembunyi di rumah.
Anda juga boleh membuat semburan dengan mencampur 15 titis minyak peppermint dan 10 auns air ke dalam botol semburan.
Goncangkan dan sembur di kawasan lipas berkemungkinan masuk dan kawasan gelap.
2. Cara halau lipas: Borax
Borax adalah pembersih semula jadi yang berkesan dan lebih selamat dari pembersih di pasaran. Ia mengandungi asid boric yang akan menhancurkan lapisan sel usus lipas apabila ia dicerna.
Untuk membunuh lipas menggunakan borax, campurkan dua susu besar borax dan dua cawan gula ke dalam satu liter air dan campurkan campuran ini ke dalam botol semburan.
Anda juga boleh campurkan 2-3 titis minyak peppermint. Semburkan pada kawasan yang lipas selalu muncul. Anda juga boleh gunakan ini untuk menghalau semut juga.
3. Cara halau lipas: Serbuk penaik
Serbuk penaik adalah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat kek. Ia juga boleh menjadi pembersih rumah yang berkesan serta membunuh lipas.
Campurkan satu bahagian serbuk penaik dan satu bahagian gula. Gula akan menarik perhatian lipas manakala serbuk penaik akan membunuhnya.
Letakkan campuran ini ke dalam mangkuk kecil atau penutup bekas atau taburkan di sudut-sudut rumah.
4. Cara halau lipas: Vaseline
Anda boleh membuat perangkap lipas menggunakan Vaseline dengan menambah gula dan agar-agar dan meletakkannya ke atas kadbod.
Letakkan perangkap ini di tempat persembunyian lipas. Mereka akan tertarik dengan gula dan melekat pada Vaseline. Tap pastikan perangkap ini jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
5. Cara halau lipas: Bunga Kekwa
Bunga kekwa mengandungi Pyrethrins, kimia yang menyerang sistem saraf serangga apabila terkena sentuhan terus.
Guna bunga kekwa kering untuk menghalau lipas dengan hancurkannya menjadi serbuk dan ambil dua sudu besar serbuk tersebuk dan campurkan dalam satu liter air panas.
Letakkan secubit serbuk pencuci dan campurkan semuanya. Tuangkan dalam botol dan semburkan pada kawasan yang ada lipas.e infested areas.
6. Cara halau lipas: Daun bay
Daun bay menaikkan aroma dan rasa dalam masakan dan serangga benci dengan baunya. Hancurkan beberapa daun bay dan letakkan di sudut rumah dan kawasan gelap.
7. Cara halau lipas: Gel silika
Gel silika selalunya dilihat terdapat dalam paket kecil apabila kita membeli sesuatu barang untuk mengelakkan dari barang rosak. Ia menyerap kelembapan dan mengeringkan apa-apa yang memberikan sentuhan terus.
Apabila lipas bersentuhan dengan gel ini, ia akan mengeringkan badan lipas dan membunuhnya.
Anda boleh gunakan gel silika ini dengan mencampurkan bersama gula dan taburkan campuran ini di sekitar rumah, jauh dari anak-anak dan haiwan.
Bagaimana untuk menghalang lipas dari datang ke rumah anda?
Bergantung pada penghalau lipas bukan penyelesaian untuk lipas tidak masuk terus ke rumah anda. Lipas sukakan tempat yang sejuk dan lembab yang boleh memberi mereka makan dan membiak.
Mencegah lipas adalah penting untuk pastikan ia terus lenyap dari rumah anda.
Apabila anda melihat seekor dua lipas di rumah anda, jangan ambil mudah. Mungkin ada banyak lagi di sudut-sudut rumah anda.
Lipas boleh menghantar bakteria dan menyebarkan penyakit pada keluarga anda. Ini adalah tip untuk menghalang lipas dari masuk ke rumah anda lagi.
- Pastikan rumah anda bersih. Basuh pinggan terus selepas makan dan bersihkan sisa-sisa di lantai untuk mengurangkan makanan untuk lipas. Sapu dan mop rumah selalu untuk menghilangkan bau makanan.
- Pastikan anda membuang sampah selalu dan tong sampah sentiasa ditutup.
- Letakkan makanan dalam bekas kedap udara untuk menghalang lipas atau serangga lain mencemarkan makanan anda.
- Tutup semua lubang atau rekahan menggunakan cat atau simen.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Baca juga:
Ibu ini terberi bayi makan makanan bayi yang ada lipas – ibu, hati-hati!