Stress ‘Cik Ti’ Bersarang Di Rumah? Ini Cara Halau Tikus Guna Bahan Semula Jadi Tanpa Perlu Membunuh

Tikus, haiwan perosak yang sangat digeruni kerana dalam diam mendatangkan 1001 penyakit dan maut, ini cara halau tikus yang berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pening kepala dibuatnya bila habis makanan di dapur digigitnya, mana datanglah tikus-tikus gemuk ini. Kalau anda mempunyai anak kecil di rumah, guna racun tikus atau pasang perangkap tikus tidak digalakkan kerana takut anak termakan. Sebenarnya, ada bermacam lagi cara halau tikus lain yang anda boleh cuba tanpa membunuhnya.

Jika dibiarkan tikus bersarang bukan sahaja tahi yang bersepah, anda juga terbau kencing tikus yang begitu kuat. Hati-hati, penyakit ini boleh mendatangkan maut.

Selain persekitaran berada dalam keadaan kotor dan tidak terurus, kehadiran tikus juga boleh mengundang haiwan berbisa seperti ular masuk ke dalam rumah.

Jadi sebelum tikus membiak, kami kongsikan beberapa cara halau tikus yang berkesan dengan hanya menggunakan bahan di rumah sahaja.

Cara halau tikus guna bahan semulajadi

1. Daun pandan

Daun pandan memang memiliki aroma harum semerbak tetapi tikus paling tak suka baunya. Selain halau tikus, rumah anda pun akan jadi wangi dan segar sekali. Jimat pun jimat!

2. Daun semambu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daun semambu bukan sahaja terkenal sejak zaman nenek moyang untuk merawat demam, malah berkesan untuk menghalau tikus di rumah. Caranya, letakkan daun semambu di laluan tikus. 

3. Daun durian belanda

Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan pada sarang tikus atau laluannya. Selepas 2 atau 3 hari, gantikan daun tadi dengan yang baru kerana tikus tidak suka baunya.
 
4. Jering

Tahu kan jering? Ia bukan sahaja sedap dimakan buat ulam, tetapi rupanya berkesan untuk menghalau tikus. Caranya, ambil jering berserta tangkainya sekali dan letakkan di penjuru rumah. Biarkan sahaja sampai kering. 

5. Serbuk lada hitam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan dapur yang paling mudah dan murah untuk menghalau tikus adalah menggunakan serbuk lada hitam. Hanya perlu taburkan sahaja serbuk lada hitam di tempat laluan tikus dan jangan lupa tambah sedikit cuka.

6. Buah mengkudu

Potong kecil buah mengkudu dan letakkan di dalam mangkuk yang berdekatan dengan kawasan tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat ini akan dapat menghalau tikus dengan mudah. Lepas ini tikus tak berani nak datang lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Minyak pudina

Jika di rumah ada minyak pudina, titis minyak pudina pada kapas atau kain yang bersih dan letakkan didalam lubang yang didiami tikus. 

8. Kulit durian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas makan durian, kulitnya jangan dibuang dulu. Tikus sangat takut dengan kulit durian yang berduri dan tak menggemari bau durian yang agak kuat.

Selamat mencuba!

Sirap Limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 cara semula jadi untuk menghalau lipas dan serangga lain di rumah

Baca juga: Cara Halau Ular, Lipan, Dan Serangga Lain Dalam Rumah Paling Berkesan Dan Murah, Anda Boleh Cuba!

Baca juga: Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Cara Halau Nyamuk, dan Ini 8 Produk Yang Terbaik Untuk Mengatasinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah