Stress Kucing Kesayangan Kencing Atas Sofa? Ini 4 Cara Hilangkan Bau Kencing Kucing

Sebenarnya cara hilangkan bau kencing kucing sangat mudah kalau tahu caranya. Anda hanya perlu gunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bau kencing kucing memang sangat kuat dan susah dihilangkan. Kalau tak kena cara, walaupun sudah 3 ke 4 kali cuci masih tidak hilang bau hancingnya. Namun anda tak perlu risau lagi kerana kami akan kongsikan cara hilangkan bau kencing kucing terbaik menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.

Ramai yang suka membiarkan kucing mereka masuk dan tinggal di dalam rumah. Tapi ada beberapa perkara yang harus kita berjaga-jaga seperti kencing atau najis kucing yang boleh dibuang merata-rata. Apatah lagi kalau najis mereka ini terkena karpet, sofa atau tilam kesayangan anda. 

Di sini kami kongsikan empat cara hilangkan bau kencing kucing yang mudah menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah didapati.

1. Cuka

Anda boleh campurkan cuka makan dengan air ke dalam botol spray dan sembur ke tempat kencing atau najis yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Sembur beberapa kali dan biarkan ia kering sendiri

2. Soda bikarbonat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah bahan yang ramai orang gunakan untuk pelbagai kegunaan. Mudah didapati dimana-mana kedai DIY. Taburkan soda bikarbonat ini dan biarkan seketika sebelum dicuci. Lebih berkesan jika bersihkan dahulu dengan cuka kemudian barulah ditabur dengan soda bikarbonat. Lakukan beberapa kali sehingga baunya hilang.

3. Garam dan lemon

Campurkan kedua-duanya ke dalam botol spray dan semburkan beberapa kali sehinga hilang baunya.

4. Arang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang sudah ada arang yang dijual bertujuan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Boleh juga gunakan arang yang biasa kita gunakan untuk buat BBQ tu dan letakkan di kawasan yang masih berbau.

Elak Kucing Kencing Lagi

Kalau anda perasan ada kesan air kencing kucing, janganlah bertangguh daripada mencucinya kerana bau akan bertambah kuat dan makin sukar nak dihilangkan kalau kita lambat bertindak.

Kucing juga akan datang balik dan makin suka ‘membuang’ dekat tempat yang dah ditandakan tadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi sebab itulah kena pastikan bau kencing kucing tu betul-betul hilang. Boleh spraykan serai wangi atau bubuh cat repellent untuk elakkan mereka datang lagi.

Ulangi langkah di atas untuk beberapa hari sebab kadang-kadang walaupun kita dah tak bau, kucing masih boleh menghidunya lagi!

Apapun, memang kena banyak sabar bila terkena kencing kucing pada barang yang kita sayang. Boleh stres juga kalau asyik nak kena menghadap masalah ni kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harap tips yang diberi dapat membantu anda menyelesaikan masalah bau yang kurang menyenangkan ini. Selamat mencuba! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Hukum Bulu Kucing Gugur Melekat Pada Badan, Pakaian Dan Tempat Solat, Solat Sah Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti

Baca juga : Suka Bela Kucing Di Rumah? Banyak Kebaikannya Untuk Kesihatan Mental Dan Bantu Kemahiran Motor Anak

Baca juga : Jangan Risau, Ibu Tak Perlu Buang Kucing Kesayangan. Ini Sebenarnya Cara Selamat Untuk Urus Meow Ketika Hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi