Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti, Ibu Patut Cuba Cara Mudah Hilangkan Kahak Bayi & Kanak-Kanak Ini

undefined

Cara hilangkan kahak bayi secara tradisional dan rawatan di klinik mampu menyembuhkan si manja. Namun ibu jangan membiarkannya berpanjangan

Sebelum ini, theAsianparent Malaysia ada berkongsi cara hilangkan kahak bayi dengan minyak bawang putih dan daun sireh. Macam mana? Anda sudah cuba? Mujarab tak?

Pasti semua ibu bapa adalah orang yang paling risau bila melihat anak tak sihat. Ditambah pula keadaan anak yang lesu, kurang makan dan menangis buat perasaan parents bertambah risau.

Jadi, untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi cara hilangkan kahak bayi yang berkesan malah diakui sendiri oleh para ibu. Jom kita baca!

Cara hilangkan kahak bayi dengan rawatan di klinik atau hospital

1. Titisan hidung

cara hilangkan kahak bayi

Doktor akan memberi titisan hidung bersama air garam yang dipanggil nasal saline drops bagi menghilangkan selsema dan kahak bayi. Ubat ini juga boleh didapati di farmasi. Tapi sebelum itu, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.

2. Gas nebulizer

cara hilangkan kahak bayi

Gas nebulizer berfungsi mencairkan kahak dan biasanya diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami ‘wheezing‘ paling teruk hingga mengeluarkan bunyi daripada paru-paru ketika bernafas.

3. Teknik tepukan percussion

cara hilangkan kahak bayi

  1. Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu ke setengah jam bagi mengelak muntah.
  2. Anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah perut.
  3. Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan luruskan kaki.
  4. Bentukkan tapak tangan seperti cupping dan tepuk perlahan belakang anak.
  5. Tepuk selama 15 minit. Kemudian, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
  6. Tujuannya untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru.
  7. Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah.

4. Terapi stim

cara hilangkan kahak bayi

  1. Letakkan air panas dalam bekas/baldi kecil.
  2. Pegang anak dengan erat di bahagian tangan dan muka. Halakan mukanya pada wap air tersebut. Kemudian tutup kepala anak untuk merangkap haba.
  3. Kemudian alihkan baldi. Tepuk tepi dada kanan dan kiri selama satu minit. Buat seperti teknik tepukan percussion tadi.
  4. Ulang langkah ini supaya lebih banyak kahak keluar.

7 cara buang kahak kanak-kanak dengan petua tradisional

1. Kunyit hidup

Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti, Ibu Patut Cuba Cara Mudah Hilangkan Kahak Bayi & Kanak-Kanak Ini

Tumbuk kunyit hidup. Kemudian, ambil airnya dan sapu pada batang hidung dan dada anak. Ulang sekerap mungkin.

2. Madu

Madu dapat mengurangkan batuk tapi tak boleh diambil untuk bayi bawah satu tahun kerana ia mengandungi spora botulinum. Gunakan madu asli yang dicampur dengan air zam zam sebelum memberinya pada anak. Cara-caranya di sini.

3. Bawang putih bakar

Cucuk bawang putih dengan garpu dan bakar atas dapur gas. Kemudian lenyek bawang tersebut bersama minyak zaitun. Setelah itu, sapu pada hidung, dada dan tapak kaki. Ulang sekerap mungkin.

4. Air kelapa

Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti, Ibu Patut Cuba Cara Mudah Hilangkan Kahak Bayi & Kanak-Kanak Ini

Kredit: Freepik

Ini merupakan petua orang tua dengan memberi bayi minum air kelapa asli bagi mengeluarkan kahak atau hingus melalui najis.

5. Daun kaduk

  1. Campurkan daun kaduk dengan kapur dan air.
  2. Ramas dan lumur pada dada, leher dan belakang anak.
  3. Diingatkan untuk tidak letak terlalu banyak. Dikhuatiri panas.

6. Minum air secukupnya

Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti, Ibu Patut Cuba Cara Mudah Hilangkan Kahak Bayi & Kanak-Kanak Ini

Minum air yang mencukupi membantu melegakan tekak dan mengelakkan dehidrasi. Selain itu, ambil juga susu suam dan sup ayam supaya tubuh anak lebih bertenaga.

7. Makanan tambahan yang mengandungi omega

Bertindak dengan mencegah keradangan di saluran pernafasan disebabkan batuk dan selsema. Malah ia juga membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem imun tubuh.

Remedi lain yang boleh buat di rumah untuk atasi batuk kahak anak

Berhadapan dengan masalah batuk berkahak pada bayi boleh jadi sangat membimbangkan para ibu ayah. Berikut adalah beberapa remedi yang boleh membantu mengurangkan simptom ini. Walaubagaimanapun, ia penting untuk merujuk kepada pakar kanak-kanak sebelum mencuba sebarang remedi ini, terutama sekali pada bayi untuk memastikan yang ia adalah sesuai untuk usia dan kondisi kesihatan:

1. Humidifier: Gunakan cool-mist humidifier dengan di bilik tidur bayi. Udara lembap dapat membantu mencairkan kahak yang menyebabkan penyumbatan saluran pernafasan agar ia lebih senang untuk bernafas dengan selesa.

2. Tinggikan sedikit bahagian kepala: Naikkan sedikit bahagian kepala bayi sewaktu mereka sedang tidur. Ia boleh membantu untuk memudahkan bayi bernafas dengan membolehkan cecair lendir untuk kering.

3. Titis saline dan picagari: Titiskan beberapa titis saline ke dalam kedua-dua liang hidung dan gunakan picagari dengan lembut untuk menyedut cecair lendir. Ia boleh membantu membersihkan ruang pernafasan.

4. Rawatan wap: Bawa bayi anda ke dalam bilik mandi yang berwap atau gunakan pengewap udara untuk jangka masa sekejap untuk membantu mencairkan lendir kahak.

5. Cecair: Pastikan bayi anda kekal hidrat dengan menawarkan susu badan, susu formula atau sedikit air jika bayi anda telah berusia lebih 6 bulan. Hidrasi boleh membantu mencairkan kahak.

6. Cecair panas suam: Untuk bayi lebih 6 bulan, cecair panas suam seperti jus buah yang diluted atau air panas suam mungkin boleh membantu melegakan sakit tekaka dan mencairkan kahak.

7. Kedudukan yang betul: Letakkan bayi anda dalam posisi meniarap atau di atas riba anda dengan perutnya pada bahagian bawah dan dengan lembut tepuk belakang mereka untuk membantu melepaskan kahak yang tersekat.

8. Elak kerengsaan: Jauhkan bayi anda daripada asap rokok atau sebarang kerengsaan yang boleh memburukkan kesesakan pernafasan.

9. Pakaian yang betul: Pastikan bayi anda kekal suam, kerana suhu yang sejuk boleh memburukkan lagi pernafasan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jom kongsi dengan kami apa tips anda menghilangkan kahak anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu Bapa Jom Perhati 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Ini Pada Anak-Anak!

Baca juga: Minta Sijil Cuti Sakit (MC) Untuk Jaga Anak Tak Sihat, Parents Kena Tahu Saluran Yang Betul

Baca juga: Sediakan 6 Makanan Ini Untuk Anak Demam Supaya Si Kecil Cepat Sembuh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!