Ibu Berjaga Malam Sebab Bayi Tak Lena Tidur? Hilangkan 'Mata Panda' Dengan Cepat Dan Berkesan!

Berjaga malam pasti buat ibu dihadiahkan mata panda. Bagaimana cara hilangkan mata panda ini dengan cepat dan berkesan? Jom baca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi baru lahir memang biasa berjaga malam kerana mereka masih belajar menyesuaikan diri dengan keadaan baharu luar dari perut ibu. Tapi, ibu pula kena berjaga kan confirm muncul mata panda! Jadi bagaimana cara hilangkan mata panda dengan cepat dan berkesan?

Sudahlah mata panda muncul, kepala juga pening kerana tidak cukup tidur. Tidur malam tak cukup, mahu tidur siang tidak lena pula.

Jadi ibu terutama yang baharu menimang cahaya mata mesti rasa diri tidak terurus. Jom baca bagaimana cara hilangkan mata panda anda?

Baca juga: Sukar buat bayi tidur nyenyak sepanjang malam? Cubalah cara genius ibu ini!

Cara hilangkan mata panda dengan cepat dan berkesan

Memang rasa down kadang kala jika bangun pagi lihat cermin muncul garisan hitam yang jelas ketara di sekeliling mata. Rasa seperti tidak bersemangat langsung untuk memulakan hari anda kan?

Jangan panik ibu, ada penyelesaiannya yang dikongsikan siraplimau.com. Cuba cara yang akan dikongsikan ini:

#1. Ubi kentang

Barang ini ada saja di dapur anda. Hiris ubi kentang dan sejukkan dalam peti sejuk selama lima minit. Potong pada dua bahagian dan letakkan pada mata selama 15 hingga 20 minit. Anda akan lihat perubahannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Susu

Ambil sedikit susu sejuk dan celup bebola kapas ke dalamnya. Lekap pada mata selama 20 minit.

#3. Minyak vitamin E

Tuang sedikit air sejuk dalam mangkuk dan titiskan sedikit minyak vitamin E. Rendam kapas ke dalam campuran tadi dan letakkan di mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Timun

Hiris timun yang sudah disejukkan dalam peti ais dan letakkannya pada mata. Timun adalah bahan yang terbaik untuk menghilangkan mata panda.

#5. Uncang teh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rendam uncang teh dalam air sejuk dan kemudian masukkan dalam peti sejuk seketika. Selepas itu letakkan uncang pada mata selama 30 minit. Bilas muka selepas itu.

#6. Air sejuk

Sediakan empat sudu besi dan semangkuk air sejuk. Rendam sudu dalam air sejuk. Ambil dua sudu dan lekapkan pada mata. Tukar sudu seterusnya sehingga hilang lebam di bawah mata.

#7. Telur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asingkan putih telur dari kuning telur kemudian pukul putih telur perlahan-lahan. Ambil berus dan sapukan putih telur tadi di bawah mata selama 20 minit dan bilas muka selepas itu.

#8. Air kosong

Banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan mata cepat kering sehingga terjadinya mata panda. Jadi anda boleh cuba cara-cara yang dikongsikan untuk elakkan 

Tips agar bayi nyenyak, tidur lena sepanjang malam

  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Tips penting untuk bayi tidur nyenyak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Bezakan tempat tidur siang dan malam

Membezakan tempat tidur siang dan malam amat penting kerana biasanya anak akan mendapat tidur yang lebih lena pada waktu malam. Jika tempat tidurnya sama, maka anak tidak dapat membezakannya. Bertukar tempat tidur pada malam hari akan memberi isyarat bahawa waktu sudah bertukar.

#2. Jangan lupa sendawakan bayi

Pernahkan anda mengalami ketika anak hanya tidur sebentar dan terbangun kemudian dia sendawa? Kadangkala sendawa beserta muntah susu. Dia mungkin tidak disendawakan selepas menyusu.

Bayi tidak tahu sendawa sendiri. Pergerakannya yang terbatas, iaitu hanya baring dan mungkin duduk dengan bantuan, tidak memungkinkan bayi sendawa dengan sendiri. Dia memerlukan bantuan untuk sendawa. Jika tidak, tidurnya pasti tidak lena.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: siraplimau.com

Baca juga: 7 Tips Agar Bayi Anda Tidur Sepanjang Malam, Rahsia Dari Ibu Sebenar

 

Penulis

Lala Annuar