3 cara mudah ketatkan faraj selepas bersalin - barulah ibu pun lebih yakin!

undefined

Anda tercari-cari cara ketatkan faraj selepas bersalin? Apa kata anda cuba 3 cara mudah ini. Ia boleh dilakukan di rumah saja pun dan menjimatkan wang!

Selepas bersalin, pasti ramai wanita yang mahu tahu cara ketatkan faraj selepas bersalin kerana mereka menganggap faraj akan “longgar” dan tak lagi “umps” selepas melahirkan anak. 

Ini membuatkan para wanita akan rasa kurang berkeyakinan diri, resah, ragu-ragu dengan badan sendiri dan rasa diri tidak cukup

Tapi, persoalannya di sini, adakah anda betul-betul memerlukan cara ketatkan faraj selepas bersalin?

Cara ketatkan faraj selepas bersalin: Adakah anda betul-betul memerlukannya?

cara ketatkan faraj selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara ketatkan faraj, ketatkan faraj selepas bersalin, ketatkan miss v, ketatkan faraj dengan cepat, ketatkan faraj secara tradisional,

Ramai wanita yang mengadu mereka rasa tidak yakin dengan prestasi dan performance mereka ketika di ranjang selepas bersalin.

Hal ini kerana mereka menganggap faraj selepas bersalin akan semakin “longgar” dan tidak boleh memuaskan pasangan

Hari ini, kami memang akan membantu anda dengan menyenaraikan 3 cara ketatkan faraj selepas bersalin. Tapi sebelum itu, jom kita ketahui dulu kenapa faraj menjadi longgar.

Kenapa faraj jadi longgar?

Mitos yang mengatakan kerap berhubungan seks akan membuatkan faraj longgar sebenarnya tidak betul. Ada beberapa sebab kenapa vagina boleh menjadi longgar.

Namun, keelastikkan vagina tidak pernah melibatkan tentang berapa kerap anda melakukan seks.

Jom tengok apakah 3 sebab kenapa faraj anda boleh secara semula jadi mengembang dari posisi asalnya.

#1 Bersalin secara semula jadi

cara ketatkan faraj selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara ketatkan faraj, ketatkan faraj selepas bersalin, ketatkan miss v, ketatkan faraj dengan cepat, ketatkan faraj secara tradisional,

Setiap kali anda bakal bersalin, otot pelvik akan diberi tekanan yang melampau. Ia mampu melonggarkan otot pelvik ini.

Memiliki anak yang ramai dalam tempoh singkat bagi setiap kelahiran juga mampu menyebabkan “lorong” vagina lebih mengembang dan jadi longgar.

Jika anda rasa pembedahan c-section akan menyelamatkan anda dari mencari cara ketatkan faraj selepas bersalin, anda juga salah

Czer tidak bermaksud vagina anda tidak mengembang.  Vulva anda masih boleh terbuka dan jadi longgar

Malah, faraj merenggang selepas bersalin adalah kerana berat bayi, gen anda, senaman otot lantai pelvik dan berapa kali anda bersalin. 

#2 Sebab masalah kesihatan

Anda akan perasan vulva anda kelihatan sedikit flappy dan longgar selepas menopaus, masalah kesihatan seperti cyst dan kanser. 

Jika anda menghidap sebarang penyakit dan melakukan pembedahan di sekitar rahim atau serviks, sila lakukan pemeriksaan pada faraj anda juga. 

#3 Faktor umur

cara ketatkan faraj selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara ketatkan faraj, ketatkan faraj selepas bersalin, ketatkan miss v, ketatkan faraj dengan cepat, ketatkan faraj secara tradisional,

Umur memainkan peranan penting bagaimana tubuh anda berubah dari masa ke semasa. Contohnya seperti faraj juga.

Semakin anda tua, semakin longgar faraj anda akan jadi. Ini kerana otot lantai pelviks yang “menganjalkan” vagina telah kehilangan upayanya. Tapi, semua ini adalah normal.

Setiap wanita akan menghadapinya. Apa yang penting di sini ialah anda perlu menjaga kesihatan anda. 

Di bawah ini kami senaraikan 3 cara ketatkan faraj selepas bersalin yang WAJIB diamalkan oleh semua wanita.

3 cara ketatkan faraj selepas bersalin

Cara ketatkan faraj selepas bersalin boleh dicapai melalui pembedahan kosmetik mahupun melalui cara semula jadi.

Jom kita lihat apakah 3 cara ketatkan faraj selepas bersalin yang anda boleh lakukan. 

1. Vaginoplasty atau labiaplasty

Kedua-dua ini adalah prosedur “membentuk semula” dan mampu mengetatkan faraj. Dalam kedua-dua pembedahan, doktor akan mengetatkan dinding faraj. 

Sesetengah wanita melakukan revirgination di mana pembedahan dilakukan untuk memperbaiki selaput dara dan mengembalikan bentuk asalnya. 

Ada juga yang melakukan pembedahan menguatkan G-spot, membuang tisu yang menutup klitoris dan banyak lagi.

Tapi, seperti mana-mana pembedahan lain, prosedur pembedahan ini memiliki beberapa kesan sampingan. Contohnya, harga setiap pembedahan melebihi $800 – $1,000..

Malah, pembedahan ini juga boleh membawa kepada jangkitan, perubahan kekal pada sensasi, parut dan rasa sakit. Jadi, cara ketatkan faraj selepas bersalin yang paling selamat ialah melalui 2 cara di bawah ini.

2. Buat senaman untuk lantai otot pelvik

cara ketatkan faraj selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara ketatkan faraj, ketatkan faraj selepas bersalin, ketatkan miss v, ketatkan faraj dengan cepat, ketatkan faraj secara tradisional,

Cara ketatkan faraj selepas bersalin yang paling berkesan ialah dengan melakukan senaman untuk lantai otot pelvik. Senaman ini ada beberapa bentuk seperti:

  • Senaman Kegel – Pasti anda pernah dengar namanya, kan? Tapi ia memang terbukti berkesan! Sebelum melakukan Kegel, pastikan anda sudah kencing ya. Kemudian, kemut selama lapan hingga 10 saat. Anda akan rasa kelainannya jika anda mengamalkan cara ini!
  • Yoga dan Pilates – Yoga dan pilates mampu mengetatkan vagina. Kedua-dua senaman ini melatih keelastikkan badan. Untuk yoga, amalkan gaya mountain, manakala untuk pilates, cuba buat posisi bridge

3. Ambil makanan sihat ini

cara ketatkan faraj selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara ketatkan faraj, ketatkan faraj selepas bersalin, ketatkan miss v, ketatkan faraj dengan cepat, ketatkan faraj secara tradisional,

Akhir sekali, cara ketatkan faraj selepas bersalin yang paling berkesan ialah dengan mengamalkan diet yang sihat. 

Contohnya seperti, jika anda mahu mengelak vagina terkena jangkitan, amalkan minum teh hijau. 

Makan lebih banyak yogurt, kimchi, miso dan tempe untuk mengekalkan kesihatan faraj. Cara ini mampu mengetatkan faraj anda!

Adakah faraj yang ketat akan buat seks lebih seronok?

Soalan ini – hanya anda saja yang boleh jawab. Adakah faraj yang ketat akan buat anda lebih berkeyakinan ketika beraksi di ranjang? 

Apa yang perlu anda tahu ialah klimaks (ataupun orgasma) ketika berintiman terhasil akibat rangsangan. Semakin banyak rangsangan, semakin cepat anda dan pasangan akan mencapai klimaks.

Jadi, ia tak bergantung pada betapa ketat faraj anda. Ia mengenai betapa anda dan pasangan “berhubung” secara fizikal dan emosi. 

Tapi, ini tidak bermaksud anda tidak boleh mengamalkan 3 cara ketatkan faraj selepas bersalin ini. Apa yang penting, anda kena yakin dan rasa seksi untuk berintiman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

cara ketatkan faraj selepas bersalin, faraj selepas bersalin, cara ketatkan faraj, ketatkan faraj selepas bersalin, ketatkan miss v, ketatkan faraj dengan cepat, ketatkan faraj secara tradisional,

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini ditulis oleh Deepshikha dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Cara Mudah Untuk Mengetatkan Kembali Faraj – Termasuk Senaman Kegel Selepas Bersalin, Ini WAJIB Cuba Ya!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!