Eh! Bayi Saya Mula Keluarkan Bunyi, Bagaimana Cara Komunikasi Anak Secara Berkesan?

Pernahkah anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cara komunikasi berkesan dengan anak? Jom semak cara mudah ini, barulah anda jadi petah bercakap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara komunikasi yang betul dengan bayi merupakan fasa yang penting bagi perkembangan anak dalam mengenali dunia.

Apabila bayi senyum, ketawa dan mula memanggil  anda dengan gelaran ‘mama’ atau ‘tataaa’, ini adalah cara semula jadi untuk mengajak anda berbual

Ibu harus memberi tumpuan untuk membangunkan kemahiran bahasa anak kerana ia berkaitan dengan banyak perkara.

Bermula dari perkembangan keupayaan membaca, menulis dan hubungan interpersonal pada kemudian hari.

Cara komunikasi berkesan dengan bayi

Credit to sources

Bayi akan berkomunikasi dengan orang terdekatnya untuk memberikan signal melalui tangisan, jeritan, ekspresi wajah dan bahasa tubuh sebelum anak mengeluarkan perkataan buat pertama kali.

Sejak lahir, bayi sudah diberikan kelebihan untuk memalingkan kepala mereka dan memberi respon kepada bunyi suara.

Bukan itu sahaja, keupayaan semulajadi seperti menangis, membebel dan bahasa badan adalah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain.

Aspek yang paling penting dalam merangsang cara komunikasi anak adalah dengan mengajarkan anak bertutur dengan menyebut perkataan pendek.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, anda juga perlu menggunakan penggunaan kosa kata dengan betul. Contohnya, jika anda menunjukkan anak dengan seekor kucing, pastikan anda mengatakan itu adalah ‘kucing’ dan bukannya ‘meooow’.

Dalam hal ini, jika anda ingin mengajar anak dengan bahasa kedua, anda perlu memastikan anak dapat memadankan nama sesuatu objek atau haiwan.

Jika hari ini anda mengajar anak anda ‘’Ini kucing’’. Keesokan harinya pula anda menggunakan item yang sama sebagai ‘’This is cat’’. Kanak-kanak yang menerokai dunia akan banyak belajar melalui pengulangan kata.

Tips merangsang pertuturan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1.  Memerhatikan ibu ayah

Credit to sources

Sebelum anak boleh bercakap dengan lancar, bayi sebenarnya dapat memahami makna kata-kata yang dikatakan ibu secara umum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, bayi juga menyerap pemahaman nada ucapan termasuklah mengetahui perasaan ibu sama ada gembira atau marah.

Dalam hal ini, berikan sedikit masa dan perhatian semasa dia bercakap, tidak kira betapa sibuknya anda.

Dengarkan baby talk ini dengan kasih sayang dan membalas setiap perkataannya, walaupun anda tidak faham maksudnya. Kaedah ini akan memikat anak anda untuk terus bercakap.

#2. Mempelbagaikan bunyi

Lakukan pelbagai jenis bunyi seperti haiwan, kenderaan dan mengajuk semula bunyi yang dikeluarkan dari bibir anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh apabila bayi berkata ‘gu gu’ atau ‘pa pa’, salin kata-kata dan tunggu sehingga dia mula mengeluarkan bunyi yang lain untuk anda menirunya lagi.

#3. Mainkan ekspresi wajah & bahasa tubuh

Credit to sources

Selain bunyi, riak muka atau bahasa tubuh juga merupakan cara untuk berkomunikasi dengan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu boleh meniru cara pergerakan tangan atau menggelengkan kepala si kecil sebagai sebagai isyarat yang anda fahami maksud perkataannya.

#4. Inotasi suara

Anda perlu menggunakan suara yang bernada tinggi dan seperti seolah-olah menyanyi.

Nada suara ini membuat anak tertarik dan memberi tumpuan kepada anda semasa bercakap.

#5. Menerangkan setiap perkara

Dalam melakukan tugas seharian sebagai ibu, lakukannya secara bersama dengan anak.

Anak boleh menerangkan setiap perkara yang sedang anda dan anak lakukan seperti memakaikan baju, menyuapkan makanan atau memandikan anak.

Dalam menggunakan perkataan atau sesuatu frasa mengikut aktiviti rutin harian, ia menjadi cara yang terbaik bagi meningkatkan kemahiran anak untuk berkomunikasi dengan berkesan.

#6. Amalan membaca

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan rangsangan yang menarik.

Dalam hal ini, ibu ayah perlu mempelbagaikan koleksi buku pembelajaran anak dengan saiz yang besar dan berwarna-warni.

Langkah permulaan untuk anak meminati buku adalah dengan cara menerangkan gambar tanpa mengikuti kata-kata bertulis.

Kesannya, pengetahuan anak dapat dikembangkan kerana mereka telah terbiasa untuk menunjukkan setiap objek dengan nama yang betul.

Oleh hal yang demikian, ibu ayah jangan menganggap aspek komunikasi dengan anak-anak sesuatu yang remeh.

Setiap anak mempunyai keunikan tersendiri. Elakkan diri anda membandingkan anak dengan sesiapa apatah lagi dibandingkan dengan saudara kandung mereka sendiri.

Kami menyarankan ibu ayah sentiasa membantu komunikasi berkesan dengan anak-anak melalui penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah dipelajari oleh anak kecil.

Sumber: Pa&Ma

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comanak-speech-delay