Dalam perjalanan kehamilan, salah satu aspek penting yang perlu anda ambil perhatian adalah keadaan rahim. Rahim yang lemah boleh membawa risiko bukan sahaja kepada ibu, malah bayi yang dikandung. Jika anda pernah berdepan pengalaman rahim lemah, pastinya tercari-cari cara kuatkan rahim, kan?
Selain itu persoalan biasa yang muncul dalam fikiran ibu adalah apakah tanda-tanda bahaya yang harus anda perhatikan yang menandakan rahim lemah? Dan adakah terdapat langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk memperkuat rahim demi mencapai perjalanan kehamilan yang sihat?
Isi Kandungan
Cara Kuatkan Rahim Ketika Hamil
Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL membincangkan cara kuatkan rahim semasa mengandung di laman komuniti theAsianparent Malaysia.
Apakah Faktor Yang Membuatkan Rahim Lemah?
Jawapan: Antara risiko menyebabkan rahim lemah adalah pembedahan pada pangkal rahim seperti rawatan kanser pangkal rahim ataupun pembedahan “second stage” caesarean section.
Sesetengah ibu mengalami kecederaan pada cervix, seperti kelahiran forceps ataupun cervical tear adalah diantara faktor risiko rahim lemah. Faktor yang lain tapi jarang adalah berkait dengan masalah “connective tissue diseases”.
Jarang sekali seseorang itu akan ada rahim yang lemah tanpa sebarang faktor risiko.
Dari segi simptom, biasanya rahim boleh berkait dengan kelahiran pramatang, ataupun keguguran berulang pada trimester kedua, selepas 12 minggu, dimana ibu cenderung melahirkan anak tanpa kontraksi kuat ataupun sakit yang lama.
Kongsikan Cara Nak Kuatkan Rahim Terutamanya Ibu Pertama Kali Mengandung
Jawapan: Tips untuk kandungan yang sihat dan untuk pastikan rahim tidak lemah adalah ibu hamil perlu sentiasa aktif dan melakukan senaman seperti berjalan, swimming, berbasikal ataupun jogging. Elakkan jangkitan kuman dan penyakit kelamin.
Bagaimana Ibu Hamil Nak Tahu Rahimnya Lemah? Adakah Spotting Itu Tanda Rahim Lemah?
Jawapan: Lewat makan ataupun breakfast bukan punca rahim lemah. Tetapi, diet yang seimbang dan makan pada waktu yang sesuai adalah penting untuk kandungan sihat dan nasihat saya kepada puan adalah puan perlu amalkan pemakanan seimbang ikut pada masanya.
Breakfast yang seimbang adalah sangat penting untuk semua orang, khususnya ibu mengandung.
Saya Mempunyai Dua Sejarah Keguguran Berulang Pada Awal Kehamilan. Kedua-duanya Dengan Tompok Coklat, Terutama Apabila Saya Aktif Secara Fizikal. Adakah Bedrest Dapat Membantu Menguatkan Kehamilan?
Saya mempunyai 2 sejarah keguguran berulang pada awal kehamilan. Kedua-duanya bermula dengan tompok kecoklatan, terutamanya apabila saya aktif secara fizikal. Adakah bedrest membantu menguatkan kehamilan?
Jawapan: Saya harap puan telah berjumpa pakar kehamilan untuk mencari punca keguguran berulang, terutamanya untuk memastikan anda tidak menghidap diabetes atau penyakit tiroid dan mengambil asid Folik 5mg dan Vitamin D3 1000 IU setiap hari.
Aktiviti fizikal mempunyai banyak manfaat kehamilan dan kesihatan serta sangat selamat semasa kehamilan, terutamanya dalam intensiti sederhana seperti berjalan, berenang dan berbasikal pegun.
Rehat di tempat tidur tidak lagi disyorkan kerana ia benar-benar tidak membantu dalam menguatkan rahim anda sementara ini boleh meningkatkan risiko anda mendapat pembekuan dalam urat anda yang dikenali sebagai DVT.
Adakah Cara Untuk Kuatkan Rahim Dari Segi Pemakanan?
Jawapan: Terdapat pelbagai cara untuk elakkan rahim lemah, antaranya adalah memastikan ibu hamil makan dengan seimbang dan elakkan makanan mentah dan yang tidak dimasak, termasuk susu yang tidak diproses.
Selain itu:
- Elakkan jangkitan kuman, terutamanya penyakit kelamin, jangkitan kuman pada air kencing dan vagina. Kebersihan diri adalah sangat penting.
- Senaman seperti berjalan kaki ataupun berenang digalakkan waktu mengandung
- Memastikan persekitaran yang sihat, tanpa pendedahan pada asap rokok dan bau yang toksin.
Ubat untuk kuatkan rahim adalah tidak berkesan dan cara yang paling penting ialah gaya hidup yang sihat dengan pemakanan yang seimbang.
Bed rest jugak tidak digalakkan untuk kuatkan rahim. Sekiranya tidak ada faktor risiko rahim lemah, puan tidak perlu bimbang tentang masalah ini.
Adakah Persekitaran Kerja Yang Busuk dan Panas Serta Mengangkat Berat Membuat Rahim Lemah?
Jawapan: Persekitaran yang terlampau panas ataupun ekstrem adalah tidak digalakkan untuk kehamilan sihat. Persekitaran yang terdedah kepada bau toksin juga tidak baik bagi wanita mengandung.
Angkat berat biasanya tidak berkait dengan rahim lemah tetapi semuanya perlulah dilakukan secara sederhana. Berat yang melebihi 5 kg biasanya tidak digalakkan ketika hamil.
Jika Hamil 21 Minggu Rasa Sakit Bawah Perut Sebelah Kiri, Adakah Ia Normal?
Jawapan: Sakit ligamen, khususnya di sebelah kiri ataupun kanan rahim adalah normal dan berkait dengan rahim yang makin membesar.
Sakit ini biasanya tidak terlalu kuat, hampir sama seperti “dull”, “mild” ataupun “period pain” dan lebih berkait dengan aktiviti seperti pergerakan.
Tetapi sekiranya ia semakin teruk ataupun anda mempunyai faktor risiko rahim lemah, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor pakar puan.
Adakah Cara Untuk Kuatkan Rahim Semasa Mengandung?
Jawapan: Terdapat pelbagai cara untuk elakkan rahim yang lemah, antaranya adalah:
- Memastikan ibu hamil makan dengan seimbang dan elakkan makanan mentah atau tidak dimasak, termasuk susu yang tidak diproses
- Selain itu, elakkan jangkitan kuman terutamanya penyakit kelamin, jangkitan kuman pada air kencing dan vagina adalah sangat penting
- Senaman seperti berjalan kaki ataupun berenang digalakkan ketika hamil
- Adalah jugak penting untuk memastikan persekitaran yang sihat, tanpa pendedahan pada asap rokok dan bau yang toksin
- Bed rest jugak tidak digalakkan untuk kuatkan rahim
- Cara lain untuk kuatkan rahim adalah untuk memastikan puan tidak ada faktor risiko untuk rahim yang lemah seperti pembedahan cervix, second stage caesarean section
Jawapan: Dinding rahim yang tebal pada ultrasound adalah sesuatu yang normal dan tidak berkait dengan rahim lemah.
Apakah Makanan Kuatkan Rahim?
Jawapan: Makanan yang seimbang, dengan supplement seperti Vitamin D3 1000Iu, Calcium 1mg, dan folic acid 400mcg adalah antara supplement yang disyorkan.
Makanan mentah ataupun yang tidak dimasak serta susu segar yang tidak diproses adalah tidak disyorkan. Walaupun tiada makanan ataupun ubat yang khusus untuk kuatkan rahim, yang penting ialah gaya hidup yang sihat, persekitaran yang bersih, tiada pendedahan pada asap rokok dan pemakanan yang seimbang adalah faktor-faktor yang penting untuk kandungan yang sihat dan rahim yang “kuat”.
Semoga sesi tanya pakar ini bermanfaat untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia