Cara Masak Daging Goreng Kunyit Ikut Resepi Che Nom, Lembut & Sedap

Masalah yang sering dihadapi setiap kali memasak hidangan ini adalah daging keras dan liat, jom cuba cara masak daging goreng kunyit Che Nom.

Daging goreng kunyit adalah satu hidangan yang mudah disediakan tetapi jika tak reti memasak daging boleh jadi liat dan tidak sedap, apa kata cuba cara masak daging goreng kunyit resepi kegemaran Che Nom sekeluarga.

Cara Masak Daging Goreng Kunyit Ikut Resepi Che Nom

Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang digunakan, tetapi Che Nom juga menambahkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih.

Dengan tambahan bahan-bahan ini, daging akan mempunyai rasa yang lebih lazat dan aromatik apabila digoreng nanti, hasil kombinasi rempah-rempah tersebut.

Namun, jangan  risau jika tiada serbuk ketumbar dan jintan putih, anda boleh menggunakan serbuk kunyit sahaja.

Bawang putih pula dimasukkan selepas daging digoreng untuk mengelakkan bawang putih daripada hangus dan memberikan rasa pahit jika digoreng terlalu lama.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging
  • minyak, untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • carrot, hiris memanjang
  • capsicum hijau
  • cili merah
  • 1 biji bawang besar, hiris membulat
  • daun bawang, hiris nipis

Bahan untuk perapan:

  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Hiris nipis daging, bersihkan dan tos airnya .
  2. Gaul dengan bahan-bahan perapan dan perap seketika.
  3. Goreng daging di dalam minyak sehingga kering airnya. Kacau perlahan supaya daging digoreng sekata.
  4. Apabila air daging sudah kering, masukkan bawang putih dan kacau sehingga bawang kekuningan.
  5. Masukkan carrot, diikuti capsicum dan cili merah.
  6. Masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang sedikit layu.
  7. Angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang.

Tip Supaya Daging Lembut & Tidak Liat

tips daging tak liat

Untuk memastikan daging tidak liat apabila dimasak, pastikan daging dipotong melintang urat. Jika tidak, daging akan menjadi liat dan sukar untuk empuk.

Boleh guna daging batang pinang atau daging bahagian lain yang sesuai untuk gorengan.

Jika suka, boleh tambah sayur-sayuran seperti kacang panjang atau brokoli untuk variasi.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!

Baca juga: 15 Petua Lembutkan Daging Dengan Mudah Agar Lebih Empuk, Memang Menjadi!

Baca juga: Nak Cuba Kelainan Dari Ayam Goreng Biasa? Ini Variasi Resepi Yang Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!