Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Yang Ekspres Tanpa Perlu Rendam Beras Pulut

Cara masak pulut kuning guna rice cooker amat mudah berbanding menggunakan periuk pengukus. Setengah jam dah boleh siap masak

Pulut kuning adalah hidangan tradisional yang biasanya dihidangkan pada majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan, majlis khatam Al-Quran, dan hari-hari kebesaran. Dalam artikel ini, kami kongsikan cara masak pulut kuning guna rice cooker yang begitu mudah.

Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker

Perkongsian Nazra Queen, resepi masak pulut kuning rice cooker ini tidak memerlukan anda merendam beras pulut terlebih dahulu. Malah dalam masa setengah jam sahaja sudah siap masak. Memang mudah!

Berikut cara masak pulut kuning guna rice cooker yang dikongsi:

Bahan untuk resepi pulut kuning rice cooker

  1. Basuh 300g beras pulut dan tos air. Tidak perlu rendam.
  2. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1/2 sudu kecil garam, 2 sudu makan gula, 2 sudu makan minyak masak
  3. Tambah air ikut paras pulut.
  4. Potong daun pandan dan masukkan ke dalam pulut.
  5. Tekan on pada rice cooker, biarkan ia masak seperti nasi
  6. Selepas 10 minit, kacau pulut. Masukkan santan menggunakan setengah biji kelapa dan kacau sebati (anggaran 200ml-250ml).
  7. Agak-agak nampah basah, berhenti curah santan. Tidak perlu habiskan santan untuk elakkannya lembik.
  8. Biarkan 5 minit supaya pulut menyerap santan.
  9. Tekan on sekali lagi pada rice cooker. Biarkan pulut masak dan berkilat dalam 10 minit. Siap!

cara masak pulut kuning guna rice cooker, resepi pulut kuning rice cooker, masak pulut kuning guna rice cooker

Resepi Rendang Daging Pulut Kuning

Bahan-bahan rendang daging:

  • 1 kilo daging(potong ikut suka)
  • 4 cawan santan pekat(daripada 2 biji kelapa)kalo tiada, guna santan kotak 2 kotak kecil
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 sdb gula
  • 2 sdt garam(jika kurang sila tambah)
  • Sedikit bahan perasa(jika suka)
  • 4 sdb kerisik (paket kecil guna 4 paket)
  • 3 helai daun kunyit (hiris halus)
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 senduk minyak masak utk menumis

Bahan kisar

  • 30 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia(sebesar ibu jari nak 2)
  • Lengkuas(sikit sahaja)
  • 5 batang serai
  • 1 1/2 sdb biji ketumbar
  • 1 1/2 sdb jintan manis

cara masak pulut kuning guna rice cooker, resepi pulut kuning rice cooker, masak pulut kuning guna rice cooker

Cara Buat Rendang Daging:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan daging, santan, air dan daun limau purut. Masak hingga kuah mula kering. Masukkan asam keping, gula, garam dan bahan perasa.
  3. teruskan masak hingga kuah rendang pekat..tabur daun kunyit…gaul seketika dan tutup api.. (jika daging masih liat bleh tambah air.
  4. Masaklah hingga daging empuk)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sedapnya! Resepi Daging Harimau Menangis Khairul Aming Pasti Buat Anda Terliur!

Baca juga: Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

Baca juga: Resepi Open House Berasaskan Ayam Yang Rare & Sedap, Buat Tetamu Makan Hingga Licin Pinggan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!