TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

3 min bacaan
Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

Harga barang naik menyebabkan ramai suri rumah dan peniaga terkesan. Seorang doktor kongsikan beberapa langkah penjimatan minyak masak

 
Memang runsing dibuatnya apabila harga barang naik terutamanya keperluan barang dapur. Kesannya boleh dirasai oleh semua pihak terutamanya bagi mereka yang memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
 
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
  • Doktor kongsi tips jimatkan minyak masak ketika musim harga barang naik
  • Tanda-tanda minyak masak tidak boleh digunakan semula untuk menggoreng
Pemansuhan subsidi minyak masak bermula 1 Julai membuatkan ramai suri rumah terbeban kerana ia adalah keperluan harian bagi menyediakan hidangan buat keluarga tercinta.

Doktor kongsi tips jimatkan minyak masak ketika musim harga barang naik

Seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsikan beberapa langkah penjimatan ketika harga barangan dapur semakin meningkat.

#1. Tukar menu bergoreng kepada rebusan, singgang, renehan, atau stim

Kurangkan penggunaan minyak masak anda dengan menukar cara anda memasak menu gorengan. Kaedah ini lebih menjimatkan dan merupakan hidangan yang lebih sihat. 

#2. Pilih alternatif selain menggoreng atau gunakan air fryer

Membakar atau memanggang tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Selain itu, anda juga boleh gunakan air fryer yang tidak memerlukan langsung minyak untuk menggoreng masakan.

#3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick)

harga barang naik tukar pililhan jimat

Kuali pan fry dapat membantu untuk mengelakkan anda menggunakan minyak yang banyak kerana anda hanya perlu menggoreng menggunakan minyak yang sedikit tanpa lekat.

#4. Pastikan suhu minyak 180-190°C s jika anda “deep dry” makanan bersalut tepung

Suhu minyak yang betul boleh membantu mengelakkan tepung menyerap minyak yang banyak. Kalau tidak, anda asyik perlu menambah minyak untuk menggoreng.

#5. Tips berjimat ketika harga barangan naik: Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa

harga barang naik dengan minyak

Lebih banyak minyak akan diperlukan sekiranya anda menggoreng makanan dengan banyak serentak. Hadkan makanan untuk menggoreng.

#6. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas dan jangan campurkan minyak baru dengan yang lama

harga barang naik harus berjimat

Perbuatan ini boleh merosakkan minyak dan menjadikan ia tidak selamat untuk diulang guna. Malah sekiranya anda mencampur minyak baru dan lama, ia akan mencemarkan minyak baru dan memendekkan jangka hayat selamatnya. 

9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna
 
Gunakan bekas kedap udara untuk tujuan ini dan pastikan tiada bahan terampai. 
 
10. Menjual semula minyak masak terpakai
 
Ini paling menarik sekali. Anda boleh menjual semula minyak masak yang telah anda gunakan untuk diproses menjadi biodiesel. Harganya adalah sekitar RM2 hingga RM3 untuk sekilo.
 

Tanda-tanda minyak masak tidak boleh digunakan semula untuk menggoreng

Sesuatu yang perlu diingatkan untuk anda semua adalah jangan kerana anda terlalu ingin berjimat, anda terus terusan menggunakan semula minyak yang telah digoreng. Ini tanda-tanda minyak masak yang anda tidak boleh gunakan semula. 

  1. Warna minyak bertukar perang pekat
  2. Minyak menjadi lebih likat dan pekat
  3. Minyak berbau tengik
  4. Banyak asap terhasil ketika dipanaskan
  5. Warna makanan yang digoreng terlalu gelap atau makanan digoreng rasa tidak sedap

Langkah-langkah penjimatan ini bukan sahaja dapat membantu anda mengawal pembelian minyak masak. Malah, anda juga boleh mendapat manfaatnya apabila bertukar kepada cara hidangan yang lebih sihat dengan menggunakan sedikit sahaja minyak masak.

Semoga perkongsian kali ini membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak.

Kamarul Ariffin Nor Sadan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Guna Minyak Masak Terpakai Berulang Kali, Boleh Jadi Punca Kanser!

Baca juga: Resepi Cempedak Goreng Rangup & Sedap, Ini Tips Bancuh Tepung Agar Tidak Makan Minyak

Baca juga: 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

 
Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham