X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Pilihan Bubur Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat, Tanpa Bahan Pengawet, Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Sibuk!

Ibu akan ketahui tentang bubur bayi 6 bulan yang lazat untuk anak serta tips berguna untuk perkenalkan makanan baru kepada si comel.

Masuk usia bayi 6 bulan, si manja sudah boleh diberikan makanan pertama selain susu seperti bubur nasi bayi, buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein yang lain. Walau bagaimana pun, selain memasak sendiri, para ibu juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pelbagai bubur bayi 6 bulan yang boleh didapati di pasaran.

Sememangnya makanan homemade lebih baik dan terjamin kebersihannya, namun mujurlah kini banyak produk makanan segera untuk bayi yang dipek dengan baik malah berkhasiat. Bagi parents yang tidak sempat menyediakan snek untuk anak, ini pasti lebih mudah kerana kebiasaannya makanan segera hanya perlu disiapkan dengan menambah air panas sahaja.

Isi Kandungan

  • Panduan Pilih Bubur Bayi
  • 10 Produk Bubur Bayi 6 Bulan
  • Natufoodies Organic Japonica & Quinoa Rice Porridge 
  • Baby Natura
  • Heinz First Steps
  • Izzly
  • Fawwaz
  • Heinz Glass Jar Baby Food 
  • Eatalian Express
  • Cik Pija
  • Hokido
  • NBH
  • Perbandingan Harga
  • Jadual Makan Bayi 6 Bulan
  • Kuantiti Makanan Bayi 6 Bulan
  • Galak Anak Cuba Makanan Baru

Panduan Memilih Bubur Bayi 6 Bulan

bubur bayi 6 bulan

Dalam memilih makanan bayi, harus diperhatikan beberapa perkara terlebih dahulu seperti bentuk, tekstur, rasa serta keselamatan kandungannya untuk bayi. Selain itu, perhatikan juga:

  1. Cara pembungkusan: Produk makanan segera untuk bayi disediakan dalam bungkusan yang berbeza, ada yang dipek dalam plastik, kertas dan botol. Pilih bungkusan yang memudahkan parents dalam keadaan tertentu.
  2. Kandungan bahan yang sesuai dengan usia bayi:  Pastikan bahan di dalam bubur segera bersesuaian dengan usia si manja. Ini kerana tidak semua makanan sesuai untuk bayi di bawah usia 1 tahun. Kebiasaannya ada tertulis usia yang dibolehkan pada pek untuk produk tersebut.

10 Produk Bubur Bayi 6 Bulan Yang Sedap Di Pasaran

Tidak salah memberikan makanan segera pada si manja,  asalkan parents memilih dengan cermat. Berikut merupakan beberapa pilihan kami:

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik
product image
Natufoodies Organic Japonica & Quinoa Rice Porridge
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan Prebiotik
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Baby Natura Organic Baby Meal Brown Rice Porridge
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Untuk Bayi Alahan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Heinz First Steps Porridge
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan 12 Vitamin dan Mineral
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Izzly Serbuk Beras Putih Segera
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Jenama Lokal
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Fawwaz Bubur Berraz Brown Rice Plain
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Beras Perang
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Heinz Glass Jar
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Tak Perlu Dibancuh
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Eatalian Express Little Nuur Ready To Eat Baby Porridge
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan Lauk Sebenar
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Cik Pija Frozen Porridge Set
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Jenis Frozen
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Hokido My First Bite Ready To Eat
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Mudah Dibawa Travel
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
NBH Rice Sweet Potatoes
Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Jimat Boleh Dimakan Banyak Kali
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Natufoodies Organic Japonica & Quinoa Rice Porridge 

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan Prebiotik 

bubur bayi

Bubur nasi bayi dari Natufoodies didatangkan dengan kandungan prebiotik yang baik untuk kanak-kanak.  Prebiotik penting untuk menjana bakteria sihat dan meningkatkan ketahanan imunisasi mereka juga, sangat berbaloi untuk diberikan kepada si manja!

Apa yang kami suka :

  • Bahan-bahan terdiri daripada Nasi Japonica Organik, Serbuk Ubi Jalar Organik, Quinoa Organik, Serbuk Labu Organik, Frutooligosakarida (Sumber prebiotik)
  • Halal
  • Tanpa warna dan rasa buatan, tiada tambahan garam, tanpa gluten, tanpa susu, telur dan kacang
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Dibuat dari beras organik premium dengan prebiotik

Natufoodies Organic Japonica & Quinoa Rice Porridge - RM20.32

dari Natufoodies

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Baby Natura Organic Baby Meal Brown Rice Porridge

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Untuk Bayi Alahan 

bubur bayi 6 bulan

Produk ini sesuai untuk ibu ayah yang mementingkan kesihatan dan bayi yang alah kepada makanan dengan bahan tambahan, pewarna, perasa tiruan dan lain-lain.

Bubur Beras Coklat Organik Baby Natura dapat membantu parents membuat pelbagai makanan yang berbeza untuk bayi kerana didatangkan dalam pelbagai perasa yang menarik dan sedap!

Apa yang kami suka :

  • Boleh didapati dalam pelbagai perasa termasuklah perasa asli, pisang, lobak merah, labu, quinoa dan oat serta keledek manis.
  • Diproses secara organik dengan bahan-bahan yang ditanam di ladang organik tempatan.
  • Tiada susu lembu, tanpa kacang atau soya, tanpa telur, bebas gluten
  • Tanpa bahan kimia, tanpa warna atau perisa tiruan, tiada pengawet tambahan dan tanpa garam atau gula tambahan

Baby Natura Organic Baby Meal Brown Rice Porridge - RM16.99

dari Baby Natura

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Heinz First Steps Porridge

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan 12 Vitamin dan Mineral 

bubur bayi

Mulakan hari si manja dengan menikmati waktu sarapan yang mudah disediakan dengan Bubur First Steps dengan 8 hidangan yang sedap untuk si kecil.

Bubur yang ada pelbagai perisa ini rasanya enak dan mengandungi 12 vitamin dan mineral utama, dengan ketulan kecil yang sangat sesuai untuk si kecil yang baru belajar mengunyah!

Apa yang kami suka :

  • Pelbagai perisa ditawarkan seperti Bijirin Oat, Bijirin Pisang, Bijirin Oat & Pisang, Bijirin Oat & Apple, Bijirin Beri Biru, Bijirin Buah Buahan, Bijirin Oat & Buah Pic, Bijirin Buah & Yogurt
  • Tambahan vitamin dan mineral
  • Mudah disediakan, hanya masukkan air panas sahaja
  • Mengandungi sudu yang berguna di dalam
  • Tanpa perisa, warna atau pengawet tiruan
  • Garam rendah
  • Mempunyai ketulan kecil untuk bayi belajar mengunyah

Heinz First Steps Porridge - RM25.20

dari HEINZ

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Izzly Serbuk Beras Putih Segera

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Jenama Lokal 

bubur bayi 6 bulan

Produk homemade dari Malaysia ini sebelum ini menggunakan nama Izliyah Kitchen namun telah dijenamakan semula sebagai Izzly Food.

Menjadi pilihan kebanyakan ibu kerana teksturnya yang halus sesuai untuk bayi yang baru mula makan, serbuk beras putih ini hanya diperbuat daripada bahan semula jadi dan boleh disiapkan segera dengan meletakkan air panas sahaja. 

Memandangkan produk ini hanya bubur nasi, ibu boleh meletakkan perasa tambahan yang semulajadi dari pengeluar yang sama juga! Mudah dimuatkan di dalam beg kerana ia dibungkus di dalam pek kecil yang sesuai dibawa travel!

Apa yang kami suka :

  • Produk mesra travel, serbuk beras dalam pek sachet
  • Packaging yang menarik
  • Sesuai untuk bayi yang baru belajar makan, ibu tak perlu risau!
  • Kombinasi yg sesuai bila dicampur dengan serbuk bilis/serbuk ayam dan serbuk sayur/ serbuk buah.
  • Diperbuat daripada beras putih dan beras perang sahaja
  • Tanpa tambahan gula, garam, pengawet, pewarna
  • Dijamin halal dan berkualiti

Izzly Serbuk Beras Putih Segera - RM20

dari Izzly

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Fawwaz Bubur Berraz Brown Rice Plain

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Beras Perang 

makanan bayi

Beras perang banyak khasiatnya untuk orang dewasa mahupun bayi. Jika nak sediakan akan mengambil masa yang lama kerana beras perlu direndam terlebih dahulu sebelum dikisar jadi cara yang paling mudah nak buat bubur beras perang bayi , ibu hanya perlu beli beras perang mudah bancuh dari Fawwaz Baby Food!

Satu cawan beras perang menyediakan 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolestrol dalam badan selain dapat meningkatkan kekuatan imun si manja anda.

Apa yang kami suka :

  • Paling sesuai untuk elak bayi sembelit
  • Cuma perlu tambah air, gaul dan siap
  • Travel friendly, serbuk beras dalam pek sachet
  • Halal, keluaran Bumiputera Muslim
  • Walaupun tanpa bahan pengawet, namun boleh bertahan lama

Fawwaz Bubur Berraz Brown Rice Plain - RM25

dari Fawwaz

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Heinz Glass Jar Baby Food 

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Tak Perlu Dibancuh 

bubur bayi Heinz

Produk ini juga mendapat sambutan ramai kerana tidak perlu dibancuh pun, hanya buka penutup dan sudah boleh disuap kepada si manja. Bukan sahaja kaya dengan vitamin C, makanan bayi Heinz ini diasaskan dari buahan-buahan yang dipuri secara sihat malahan didatangkan dalam pelbagai perisa yang sedap dan menarik!

Apa yang kami suka :

  • Boleh didapati dalam pelbagai perisa
  • Disediakan dalam botol yang mudah dibawa travel
  • Tak perlu dibancuh dan dipanaskan, terus makan sahaja!

Heinz Glass Jar - RM9

dari HEINZ

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Eatalian Express Little Nuur Ready To Eat Baby Porridge

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan Lauk Sebenar

10 Pilihan Bubur Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat, Tanpa Bahan Pengawet, Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Sibuk!

Jika anak anda sudah lulus dengan makanan asas 6 bulan dan mahu memperkenalkan lauk seperti yang dinikmati keluarga namun tanpa bahan perasa, gula atau garam, ibu boleh cuba produk Little Nuur untuk diberikan kepada si manja anda.

Bubur yang berlaukkan Chicken Kung Pao, Beef Bulgogi, Ikan Singgang, Ayam Percik, Daging Kuzi, Green Curry dan pelbagai lagi lauk-lauk yang biasa ibu ayah makan ada disediakan dalam bentuk pouch yang sedia dimakan.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai dibawa sewaktu travel balik kampung, travel overseas dan bekal baby ke babysitter! Tak perlu bancuh, buka pouch dan terus boleh disuap kepada anak.
  • Tanpa garam, gula, perasa, pewarna, pengawet dan telur.

Eatalian Express Little Nuur Ready To Eat Baby Porridge - RM13.90

dari Eatalian Express

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Cik Pija Frozen Porridge Set

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Jenis Frozen

10 Pilihan Bubur Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat, Tanpa Bahan Pengawet, Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Sibuk!

Cik Pija menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan bayi sejuk beku bermula daripada beras, sayur-sayuran, protin sehinggalah ke buah- buahan. Semuanya telah siap dimasak yang berkonsepkan Frozen Cube dan Reheat And Eat.

Penuh dengan bahan-bahan semula jadi yang sihat, hidangan eksotik mereka penuh dengan kepelbagaian dan rasa, membantu mengembangkan citarasa bayi anda untuk pengalaman makanan sepanjang hayat.

Masukkan kiub ke dalam periuk yang telah dipanaskan, boleh gabung kiub dan jadikan sebagai satu menu mengikut citarasa bayi. Tunggu sehingga kiub cair dan tambahkan air jika perlu, siap untuk dihidangkan kepada bayi!

Apa yang kami suka :

  • Resipi makanan bayi dibuat tanpa bahan tenusu, diluluskan oleh pakar diet dan diadun khas untuk perut si manja. 
  • Sesuai untuk ibu bekerja yang mahu menyediakan makanan sebenar tetapi tak sempat nak menyediakannya.

Cik Pija Frozen Porridge Set - RM22

dari Cik Pija

product imageBeli di Shopee

Hokido My First Bite Ready To Eat

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Mudah Dibawa Travel

10 Pilihan Bubur Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat, Tanpa Bahan Pengawet, Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Sibuk!

Pernah tak waktu ibu nak sediakan puri dan bubur, waktu itu anak menangis atau pernah tak waktu nak travel banyaknya perkakas memasak ibu kena bawa. Runsing kan nak berjalan apabila kena memikirkan hal begini?

Kini ibu tak perlu risau lagi kerana hanya perlu bawa bersama pouch dan koyakkan, dan sedia untuk di makan. Hassle free!

Hokido adalah bubur asli atau puri yang sudah lengkap di masak dan terus diproses, diseal ke dlm pouch pada suhu tinggi untuk menghapuskan total bakteria menggunakan proses retort.

Tidak perlu bancuh atau tambah air panas, ia sedia untuk di makan. Hanya keluarkan sudu koyak dan terus boleh disuap.

Apa yang kami suka :

  • Travel friendly
  • Tak perlu bancuh
  • Menggunakan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran sebenar

Hokido My First Bite Ready To Eat - RM10

dari Hokido

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

NBH Rice Sweet Potatoes

Bubur Bayi 6 Bulan Terbaik Jimat Boleh Dimakan Banyak Kali

10 Pilihan Bubur Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat, Tanpa Bahan Pengawet, Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Sibuk!

NBH memformulasikan puri dalam bentuk serbuk yang sangat halus, mudah disediakan dan dibawa kemana sahaja seperti bercuti, ke rumah pengasuh atautaska, nak bancuh dalam kereta atau kapal terbang pun mudah.

Hanya dengan menambah air panas sahaja sudah siap dan boleh disuapkan ke mulut si comel anda. NBH sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan.

Untuk perisa Rice Sweet Potatoes ini, bubur nasi segera diperbuat daripada 100% beras putih, 100% keledek jepun unggu di mana 1 botol bubur boleh dimakan 10 kali.

Apa yang kami suka :

  • 100% halal dan buatan Malaysia.
  • Tanpa pengawet, tanpa perasa tambahan, dan tanpa pewarna tiruan
  • Hanya tambah air panas atau susu, siap dalam 1 minit
  • Menggunakan bahan-bahan segar 

NBH Rice Sweet Potatoes - RM16.20

dari NBH

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga Bubur Bayi 6 Bulan 

Jenama Harga Berat
Natufoodies Organic Japonica & Quinoa Rice Porridge Sweet Potato & Pumpkin RM20.32 200 gram
Baby Natura Organic Baby Meal Brown Rice Porridge RM16.99 80 gram
Heinz First Steps Porridge RM25.20 240 gram
Izzly Serbuk Beras Putih Segera RM20.00 150 gram
Fawwaz Bubur Berraz Brown Rice Plain RM25.00 150 gram
Heinz Glass Jar Baby Food RM9.00 110 gram
Eatalian Express Little Nuur Ready To Eat Baby Porridge RM13.90 100 gram
Cik Pija Frozen Porridge Set RM22.00 280 gram
Hokido My First Bite Ready To Eat RM10.00 60 gram
NBH Rice Sweet Potatoes RM16.20 150 gram

Jadual Makan Bayi 6 Bulan

10 Pilihan Bubur Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat, Tanpa Bahan Pengawet, Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Sibuk!

Mengikut World Health Organization (WHO) dan KKM, bayi 6 bulan harus mulakan pemakanan yang spesifik bagi memastikan keadaan usus dan sistem pencernaan bayi berada dalam keadaan normal.

  • Nasi (Sumber karbohidrat yang memberi tenaga)
  • Sayur dan buah-buahan (Sumber vitamin dan mineral)
  • Protein seperti daging dan ikan (Membina otot tubuh)
  • Minyak seperti minyak zaitun  (Memberi tenaga dan melicinkan tekstur makanan)

Bila ibu nak beri si manja makan, hidangan makanan utama wajib ada bubur nasi, sayur, buah, minyak, ikan dan daging supaya anak dapat nutrisi yang lengkap!

Pakar pemakanan turut mencadangkan ‘4 Days Wait Rule’ ketika bayi berusia 6 bulan.

Cara ini, ibu boleh kenalkan satu jenis makanan pada si manja dan tunggu selama 4 hari. Kenapa 4 hari? Ini untuk memastikan bayi ada alergi apa-apa atau ada masalah dengan pencernaan makanan seperti sembelit atau cirit-birit.

Selepas 4 hari, baru boleh ibu kenalkan dengan makanan baru, jika tiada reaksi yang tak normal seperti cirit birit, sembelit atau alergi. 

Jadi kalau awal-awal, ibu hanya perlu buat bubur kosong dengan minyak je. Selepas 4 hari, ibu boleh tambahkan protein seperti ayam, ikan ataupun sayur-sayuran seperti lobak merah.

Kuantiti Makanan Bayi 6 Bulan

10 Pilihan Bubur Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat, Tanpa Bahan Pengawet, Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Sibuk!

Kebanyakan bayi 6 bulan tak makan banyak pada awalnya kerana mereka dapat nutrisi yang cukup daripada susu formula atau susu badan yang membuatkan mereka kenyang. 

Ingat, perut bayi kecil sahaja dan mereka hanya mampu menampung sedikit makanan. Makan yang berlebihan juga boleh membuatkan makanan tak diproses dengan baik.

Mama hanya perlukan sediakan makanan dalam portion kecil atau menggunakan mangkuk yang kecil sebagai panduan atau boleh juga mengikut panduan seperti jadual atas.

Cara Galakkan Anak Cuba Makanan Baru

10 Pilihan Bubur Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat, Tanpa Bahan Pengawet, Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Sibuk!

Kredit gambar: Cleveland Clinic Health Essentials

Kadang kala pening dibuatnya apabila si kecil asyik tutup mulut pada waktu makan. Ibu dah cuba bagi pelbagai jenis makanan berbeza, kalau makan pun hanya sedikit, selebihnya dibuat main! Ibu jangan terlalu stress ya, mungkin ada cara yang boleh bantu baby bagi kerjasama untuk makan seperti di bawah;

  • Betulkan emosi si ibu dan bayi. Ibu jangan terlalu stress ketika suap anak makan, bayi pula jangan disuap ketika moody!
  • Lakukan sedikit aktiviti yang memerlukan tenaga supaya bayi akan terasa lapar kerana penat bermain.
  • Sediakan suasana makan yang bersih dan elakkan membuka siaran televisyen ketika anak makan.
  • Jangan memaksa anak makan, biar perlahan-lahan asalkan anak dapat habiskan makanan.
  • Jika bayi bosan dengan bubur kosong, ibu dah boleh mula campurkan dengan perasa semula jadi seperti serbuk ayam atau serbuk bilis. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu ayah!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Sempat Masak Makanan Bayi? Ini 13 Produk Organik & Mudah Sedia Khas Buat Si Manja!

Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Baca juga: Bayi Dah Mula Makan Solid? Ini 7 Resepi Dikongsi Hanis Zalikha Untuk Anaknya Dulu

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

    Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

    Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.