Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Solat sambil menggendong anak adalah cara menjaga anak untuk tetap dalam pengawasan selama ibu bapa beribadah. Untuk melakukannya, semak panduan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali ingin mendirikan solat, ibu atau ayah mesti kena tunggu anak kecil tidur terlebih dahulu. Kalau biarkan nanti mereka akan merayap sehingga ke dapur. Ini akan jadi lebih bahaya dan membuatkan anda hilang rasa khusyuk!

Tidak dinafikan anak-anak yang semakin membesar akan lebih aktif bergerak ke merata tempat, memanjat dan berlari-lari. Ada yang panjat badan, tarik telekung atau kain ketika solat sampai anda tergelak serta tidak dapat meneruskan solat.

Cara solat mudah sambil dukung bayi

Memahami akan kesulitan ibu ayah menunaikan solat, JAKIM telah mengatakan bahawa sama ada imam, makmum atau solat bersendirian dibenarkan untuk mendukung bayi.

Namun, ia perlulah memenuhi beberapa syarat ini:

#1. Bayi bebas daripada sebarang najis. Ibu ayah perlu menukar lampin terlebih dahulu sebelum memulakan solat.

#2. Memastikan dada sentiasa menghadap kiblat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mengawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak 3 kali berturut-turut. Pergerakan lain juga perlu dikurangkan sebaik mungkin agar tidak hilang khusyuk.

#4. Melakukannya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. JAKIM menegaskan adalah lebih baik sekiranya anda memberikan bayi kepada seseorang untuk menjaganya sementara menunaikan solat.

Panduan solat sambil menggendong bayi

#1. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mendukung bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Sewaktu takbiratul ihram, kedua-dua tangan tidak perlu diangkat dan tidak perlu diletak di atas pusat sekiranya anda sedang mendukung bayi (menggunakan dua belah tangan). Hal ini kerana takbiratul ihram termasuk dalam rukun qauli (bacaan/lafaz) dan bukannya fi’li (perbuatan).

#3. Baca surah al-fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.

#4. Rukuk dengan tangan memegang erat si manja anda. Tidak perlu meletakkan keduaa-dua tangan di atas lutut sekiranya di luar kemampuan anda berbuat demikian.

#5. Ketika ingin sujud, letakkan bayi di sebelah dan sujudlah seperti biasa. Selesai sujud kedua, dukung semula bayi sebelum memulakan rakaat seterusnya.

#6. Ulangi langkah yang sama sehingga selesai kesemua rakaat. Jangan lupa untuk doa selepas solat walaupun sangat ringkas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara yang perlu dibuat jika bayi berada jauh dari tempat solat

Syarat dibolehkan untuk melakukan pergerakan anggota yang besar ialah 3 kali. Sekiranya bayi anda berada jauh sedikit dari tempat solat, ibu ayah boleh melangkah sedikit ke hadapan, ke sisi atau ke balakang dengan syarat tidak melebihi 3 kali berturut-turut.

Jika bayi melakukan sesuatu yang bahaya, anda boleh menghentikannya selagi tidak melibatkan pergerakan ekstrem atau bercakap. Pastikan dada masih dalam keadaan menghadap kiblat.

Sekiranya bayi menangis atau meragam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh mempercepatkan solat sekiranya anak mula menjerit dan menangis. Terdapat hadis yang membuktikan Rasulullah telah memendekkan tempoh solat apabila terdengar tangisan bayi.

Dalilnya tersebut dalam sebuah hadis Qatadah bahawa Anas Bin Malik menceritakan kepadanya:

Bahawa Nabi S.A.W bersabda, ” Sesungguhnya aku berminat untuk memanjangkan solat itu. Tiba-tiba aku mendengar tangisan seorang anak lalu aku memendekkan solat itu kerana mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya,”

Keadaan yang patut anda membatalkan solat

Pada asasnya apabila seseorang Muslim mula solat, dia tidak boleh membatalkannya kecuali disebabkan oleh keuzuran. Para ulama ada menyatakan beberapa keadaan yang membolehkan anda batal solat adalah seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Khuatir akan keselamatan diri sendiri (tragedi gempa atau serangan binatang buas).
  • Harta (orang mencuri barang anda).
  • Menyelamatkan orang lain (doktor terpaksa melakukan pembedahan darurat melibatkan nyawa pesakit)
  • Keadaan ingin buang angin atau air

Ini menunjukkan bahawa solat masih boleh diteruskan sekiranya tidak berhadapan gangguan besar yang menyebabkan anda hilang khusyuk.

Justeru dengan mengetahui waktu solat dan cara menggendong anak ini, ibu ayah tidak ada alasan untuk meninggalkan rutin wajib sebagai seorang manusia di muka bumi. 

Menjaga waktu solat dan khusyuk mampu membantu anda memperoleh kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat. Anak-anak yang terbiasa dengan solat turut dikatakan mudah dengar kata dan akan mengikuti perkara yang sama.

Solat adalah tiang agama. Sekiranya ibu ayah sendiri meninggalkan kewajipan ini, jangan pelik jika anak-anak pun sama, enggan solat meskipun sudah disuruh berkali-kali. Segalanya bermula dengan corak didikan ibu bapa dan kemampuan anda dalam menjadi role model yang terbaik.

Sumber: Vanilla Kismis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.companduan-solat-tahajjud