Selongkar almari dan sepahkan baju di dalamnya antara kegemaran anak kecil terutama yang baru mula pandai meneroka. Jadi kali ini kami kongsikan cara melipat baju tuck in supaya ia sentiasa kemas dan ‘selamat’ walaupun di selongkar ganas.
Memang perkara biasa bagi bayi terutama yang baru berjalan, baru belajar untuk meneroka akan suka sangat melongkar almari baju mereka.
Kalau ibu tidak sibuk, tiadalah nak marah sangat, tetapi jika ibu sedang sibuk, mulalah rasa nak naik angin. Sudahlah penat melipat, ada pula yang ‘rajin’ sangat selongkar.
Cara melipat baju tuck in, elak baju bersepah teruk jika almari pakaian di selongkar bayi
Cara ini dikongsikan Ojie Ismail iaitu seorang ibu yang sudah pasti mempunyai pengalaman sama iaitu anaknya menyelongkar almari dan akhirnya bersepah!
Lipat baju baby cara saya..
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju..
Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer.. Dah tak payah penat2 lipat balik.. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu..
Sesaja share, mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama.. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik..dah nak kena lipat lagi..rajin pulak aku update nih..
Cara lipat baju:
- Butangkan butang paling atas dan bawah..Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
- Terbalikkan baju
- Letak seluar
- Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju
- Lipat bahagian badan baju.. Pastikan bahagian bahu lurus.. Sbb nak create ‘pocket’
- Lipat lengan baju.
- Lipat lagi sebelah.
- Lipat 1/3 baju.
- Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.
Cara lipat tuala mandi:
-
Lipat dua tuala. Cara ni juga boleh digunapakai untuk lipat kain lampin, kain bedung, selimut baby, sapu tangan, dan lain-lain
- Lipat 1/3 tuala
- Tuck in kan hujung tuala mcm ni
Kenapa bayi suka buat sepah?
Apa yang perlu difahami, apabila anak membuat sepah ketika bermain, dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria. Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh, hidu, lihat dan dengar.
Selain itu, tangannya akan bergerak secara aktif dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Secara semula jadinya, si kecil gemar bereksperimentasi kerana daya ingin tahu dan meneroka.
Fitrah kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap dunia persekitarannya. Pada peringkat umur ini, dia mula menguasai konsep yang dinamakan object permanence di mana dia memahami bahawa suatu objek itu wujud walaupun tidak kelihatan di hadapan mata.
Oleh itu, ini adalah sebab kenapa si kecil suka menyelongkar barang pada bahagian yang tersembunyi. Hakikatnya, dia sebenarnya sedang membuat eskplorasi dengan dunia kecilnya.
Tambahan pula bunyi pintu yang terhasil apabila membuka dan menutup laci atau peti sejuk itu memuaskan seperti suatu pencapaian baginya.
Dah sepah, kemas semula
Tidak terlalu awal untuk ibu bapa mendisiplinkan anak pada usia ini untuk menyimpan barang permainannya selepas bermain. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang akan mencorakkannya.
Anda sudah boleh mula mengajar si kecil untuk mengemaskan kembali barang permainan setiap kali sesi bermain tamat. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif dalam rutin bermainnya, malah ia bagus untuk memupuk amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, anda juga sebenarnya mendidik si manja untuk lebih bertanggungjawab terhadap barang kepunyaannya sambil merangsang kemahiran hidup.
Jika dalam keadana terlalu bersepah pun tidak okay juga kerana anak ada terlalu banyak benda untuk fokus akhirnya mereka langsung jadi tidak fokus.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Kredit foto: ojieismail
Baca juga: Teknik Lipat Baju Dan Seluar Dengan Lebih Pantas Dan Efisien!
Baca juga: Cara Simpan Baju Bayi Yang Tidak Lagi Digunakan, No.3 Parents MESTI Buat
Baca juga: Cara Simpan Tudung Supaya Kemas & Mudah Gosok, Barulah Nanti Nampak Cantik!